Salam peperiksaan buat semua, sebenarnya ana menahan diri dari menulis entry2 yang ingin ana tulis selepas exam nanti. Tapi disebabkan hati membuak-buak ingin meluahkan sesuatu. Akhirnya jari ini tewas juga. Moga ada secangkir ilmu yang dapat ana sampaikan di dalam entri kali ini. Ameen..
Sebelum peperiksaan menjelma ana dikejutkan dengan beberapa ujian. Ujian berkaitan hati, ujian berkaitan perasaan dan kekuatan mental dan fizikal. Bagaimana harus ana mula ya…Allah itu maha kaya maha agung maha pengasih maha penyayang . Apabila sesuatu yang tidak baik datang kepada hambanya diberikan ruang untuk kita rasa dan akan di tarik secepatnya sebelum kita terlanjur sengsara. Saat menerima kesedihan itu. Ana bagai tiada kekuatan, hilang pudar impian yang bersinar..bagaimana untuk menghadapi kekuatan peperiksaan pada hari esok???? Bagaimana untuk membahagiakan ayah bonda dengan keputusan ana nanti??
Persoalan demi persoalan yang ana biarkan diawangan. Malam itu, hadir satu kekuatan dalam diri..kembali teguh..kembali kukuh..seakan mudah lupa tentang apa yang berlaku sejenak. Pada Allah tempat ana mengadu pada ibu tempat ana meluah rasa syahdu..akhirnya ketenangan dalam diri hadir. Tenang setenang-tenangNya…Allah Maha Besar..terpikir ana dengan dosa-dosa lalu..ibarat buih di lautan luas ibarat pasir di pantai riang..Allah adakah ini peringatan buatku? Adakah ini balasan dari MU? Ana redho dengan ketentuan ini. Nikmat yang diberikan walau sekejap cuma itu hanyalah senjata yang buat ana jauh pada Allah..ana bersyukur..ana akur dengan ketentuan ini.
Hari ini sudah kertas yang ke4 ana dapat menjawab dengan baik..Alhamdulillah..tinggal 2 kertas lagi..tetapi kekuatan dan ketenangan ini tidak ana rasakan seperti peperiksaan sebelum ini. mungkinkah disebabkan ujian dari NYA itu? Hati mula menjadi kuat, jiwa mula bergantung pada NYA. Doakanlah moga ana terus istiqamah dengan kekuatan ini..Ameen.. Allah itu dekat tapi ana yang menjauh..=(..Allah itu hampir tapi ana yang meminggir =(..Moga peringatan dan balasan sekian kalinya ini menjadi titik tolak bagi ana untuk berubah ke arah yang lebih baik..CINTA Allah pada hambanya tidak pernah pudar walau sikitpun…DIALAH yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..TERIMA KASIH ALLAH menarik ‘itu’ dan menggantikan ‘nikmat ini’. TERIMA KASIH semua kepada yang mengenali diri ini..bantuan dan doa dari antum semua telah menyedarkan ana yang sering alpa ini.=)SALAM..LAGU DI BAWAH INI HADIAH BUAT ANA UNTUK SEMUA..DENGAR DAN HAYATILAH
No comments:
Post a Comment