Labels

Pages

Followers

Friday, December 21, 2012

Cinta Yang Mengubah...



Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat Allah berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”.

Kesilapan pertama bukan di namakan kesilapan tetapi melakukan kesilapan kedua itulah yang dinamakan kesilapan. Lumrah dan fitrah manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan kerana kita bukan  Nabi yang terpelihara dari dosa dan noda. Bukan bermakna Allah tidak menyayangi kita tetapi itu tanda Allah senantiasa mencintai kita. Taubat itu penawar segala dosa. Kita sebagai hamba harus akur dan menerima segala kesilapan lalu dan jangan sekali kita menyalahkan kesilapan itu. Kita boleh membenci kesilapan lalu tapi jangan terus membencinya kerana tanpa kesilapan itu kita mungkin tidak akan berubah dan terus dengan apa yang kita ada sekarang. Hidup bergelumang dengan dosa!

Cinta itu fitrah dan anugerah dari Allah. Rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa. Ia akan hadir pada tepat masa, siapa, ketika, dan di mana. Ia hadir tanpa kita pinta dan satu perasaan yang sukar untuk kita tafsirkan kerana ia berkaitan dengan raja yang ada dalam diri kita iaitu hati. Hati ini bolak balik sifatnya perlu makanan rohani untuk mengubati segala apa yang tercela di dalamnya. Saya yakin ada yang sudah serik untuk mengenal cinta pada manusia. Kata mereka cukuplah hati dulu yang pernah terluka. Cukuplah buat kesekian kalinya. Cukuplah diri dipermainkan dan biarlah cinta itu selepas alam pernikahan. Saya bersetuju dengan kata-kata mereka yang pernah terluka itu. Tapi ingin saya tegaskan di sini tanpa cinta yang pernah kita kecapi dahulu kita takkan menjadi kita yang hari ini. Kita yang berubah, kita yang digelar Muslimah dan kita yang menjadi solehah. Insya Allah.

Kita menulis bahawa cinta yang pernah kita rasa dulu satu kepahitan satu racun yang pernah ada dalam hati dan diri kita. Tapi jangan kita lupa dengan rencana Allah, hidayah Allah itu datang dengan pelbagai cara. Allah datangkan kita dengan orang yang salah bukan bermakna Allah membenci kita tetapi ingin menguji kesetiaan cinta kita pada yang Esa dan jangan sesekali kita benci pada makhluk yang diberikan oleh Allah untuk menguji kita untuk menguji hati dan perasaan kita. Dia juga manusia yang punya banyak noda dan dia juga sudah belajar dari kekhilafan cinta nan lalu. Tidak perlu untuk kita meluah rencah rasa atas kecewa cinta dahulu kerana Allah maha tahu. Kirimkanlah doa buatnya bukan kata cerca mengherdik manja kerana doa lagi utama dari menitip tinta pena yang tidak ketahuan baik buruknya.

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci dan menyalahkan dan berilah kemaafan. Kenangan lalu jadikan pengajaran bukan igauan ngeri bukan mimpi bukan fantasi. Hakikat ia realiti yang sudah kita tempuhi dan kita berubah kerananya dari seorang wanita kepada seorang Muslimah dari seorang lelaki kepada Muslimin. Sakit itu sakit, tapi ingat itulah dia tarbiah dalam hidup. Itulah rencah dalam menjaga hati. Bersabarlah. Andai kita sudah ditemukan dengan insan yang benar yang akan menjadi suri dalam hati kita. Teruskanlah berdoa dan jangan sesekali putus dari meletakkan pengharapan kita dengan Allah dan andai Allah izinkan dia pasti menjadi milik kita. Cinta itu bukan sekatan tetapi kawalan. Hargai orang yang menghargai kita, cintai orang yang mencintai kita dan sayangi orang yang menyayangi kita.

Daripada satu hadis yang driwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, “Ada seorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk menemui orang itu. Ketika orang tersebut sampai di desa yang dituju, malaikat bertanya, “Mahu ke mana kamu?” Orang itu menjawab, “Aku mahu menjenguk saudaraku di desa ini.” Tanya malaikat selanjutnya, “Apakah dengan mengunjunginya kau memperoleh banyak keuntungan?” Orang itu menjawab, “Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.” Malaikat itu mengatakan, “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk memberitahukan kamu bahawa Allah menyenangimu sebagaimana kamu menyenangi saudaramu kerana Allah.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...