Labels

Pages

Followers

Sunday, July 29, 2012

Bersabarlah Wahai Temanku..



Temanku usahlah kau berduka, kerana esok masih ada
Binalah semula tembok yang telah mereka runtuhkan
Wahai temanku, andai perlu kau menangis, menangislah sepuas-puasnya
Benar! Hakikat itu pahit.
Biar air mata duka yang jatuh itu menjadi saksi untuk kau menghadapi hari esok
Biarkan air mata itu mengalir laju, alirlah ia sepuas-puasnya
Tapi nanti, binalah keringatmu semula untuk menghadapinya.

Temanku,  janganlah kau gentar atas nama “kehilangan”
Kerana kau akan temui semula sesuatu yang dikau hilang di tempat kehilangannya
Kau akan miliki semula sesuatu yang kau rasa di pengakhiran
Pesanku teman, kau mulakanlah hari mu itu dengan kebaikan

Hai temanku, terkadang dalam persahabatan perlu ada ‘perceraian’
Ia ibarat perkahwinan yang dibina atas dasar akad yang suci
Tapi janganlah kau sulami perceraianmu itu dengan lafaz benci
Jangan kau pendam di dalam lubuk hati mu
Sabarlah menghadapi!

Untuk temanku, undurkanlah langkahmu untuk memiliknya
Usah kau menjadi kaca di celahan permata
Usah kau menjadi racun pada mawar yang tumbuh subur
Kenallah dikau erti bukan kepunyaanmu
Pasrah dan berserahlah tentang apa yang berlaku

Teringat aku pada pujangga dahulu
Khas untukmu teman
Madah mereka…
“apabila dikau kehilangan segala-galanya
Barulah dikau akan menemui dirimu semula”






3 comments:

cik inaz_luqluq said...

setuju!
jangan pernah simpan kebencian dalam diri.. :)

HUSAIRI HANAFI said...

tiada lagi perasaan benci. tapi masa untuk perbaiki diri!Cinta ilahi menjadi misi. bukan lagi pada hati yg boleh membawa pada kelalaian diri.=)

cik inaz_luqluq said...

insyaAllah.masih belum terlambat kan.Teruskan misi.moga istiqamah di jalanNYA. ameen.. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...