Saya lebih selesa begini
Saya tidak bergantung hati pada sesiapa lagi
Hanya pada pencipta saya, saya meletak harap
“Wa ila Rabbika Far Ghob”
Jua pada keluarga saya berpaut pohon semangat
Meniti jambatan kasih bersama ketelusan kalbu bersih
Tidak perlu meletak gumpalan darah yang tercipta ini pada yang tidak menerima
Mengapa perlu tulus andai dia sudah punya ‘nama’
Bukan saya
Bukan jua ana
Dan bukan kita
Cukup sekadar ini saya menguak sayap harapan
Kerna sudah punya yang lilitan pilihan
Tak mampu meletak sasaran pada yang tak pasti
Hanya cukup sekadar memerhati
Biarlah dulu menjadi ingatan memori
Kerana saya sudah punya pilihan sendiri
Saya kuat hadapi
Saya rasa tenang dengan beban ini
Allah maha mengetahui
Dia pemilik hati
Jua pemberi rezeki
Bukan milik saya tanpa restu dariNYA
Doa saya moga sampai bahagianya
Moga kekal selamanya
Senyum mengukir dijiwa
Sendu menangisi gembira
No comments:
Post a Comment