Labels

Pages

Followers

Monday, July 23, 2012

♥ KISAH ABANG DAN SAYANG -(TARAWIH) ♥


Lelaki : Syg, macamane puasa hari nie? Okay?

Perempuan : Alhamdulillah, okay abg, hari nie dah masuk 3 Ramadhan dah kan? Abg pulak mcmne? Okay ke? Ada cuti lagi ker? Hehe

Lelaki : Ewah, awak tue yang ada cuti abg nie kaum lelaki tak da abc (Allah bagi cuti) okay?

Perempuan : Gurau jerla…cik abg oi..mak abg buat apa?

Lelaki : Ntah, jap abg tnya mak dia buat apa.haha

Perempuan : Ish..macamne dengan solat tarawih abg? Abg buat 20 rakaat ae? Atau 8 atau 4 atau 2 atau tak gi langsung? Hee. Jap-jap nak tanya abg, ape hukum solat Sunat Tarawih ye? Boleh tak kita nak buat sorang-sorang?

Lelaki : Eh, orang pergi la..buat 8 rakaat jer..syg oi, bukan kuantiti yang dinilai oleh Tuhan tapi kualiti. Owh..hukum solat sunat Tarawih ialah sunat muakad (yang sangat dituntut) kepada orang lelaki dan perempuan sepanjang malam bulan Ramadhan. Kita boleh solat secara berjemaah atau secara individu.

Perempuan : Owh..macam tue..

Lelaki : Syg tahu, abg pelik la dengan orang kampung kadang-kadang diorang bergaduh pasal rakaat nie. Bertekak kat kedai mamak lepas tarawih. Ada yang sebut buat 20 rakaat afdal, dan ada yang sebut 8 rakaat lagi afdal. Yang bergaduh tue relax jer tak sembahyang tarawih pun siap masuk haji lagi (main dam)
Perempuan : La, nabi kan buat 8 rakaat jer kan bang kan?

Lelaki : Ye, tapi dekat rumah nabi sambung lagi. Pada zaman Rasulullah jugak solat tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat supaya tak timbul keberatan. Tapi ada jugak riwayat yang menyatakan nabi pernah kerjakan solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat. Yang kita nie kalau ada yang paling sikit itulah yang kita ambil. Kalaulah Allah letak ganjaran satu rakaat rm1000 mesti ramai yang buat banyak rakaat nie. Tak pun mesti penuh masjid tue. Kita nie bile ramai time ada moreh jer masjid atau surau penuh.

Perempuan : Amboi bang marah nampak. Jangan marah kite bincang..

Lelaki : Bukan marah, tapi pasal benda remeh tue pun kita nak bergaduh. Itu belum lagi masuk imam bace panjang atau pendek dan ada jugak imam yang baca laju giler! Satu nafas jer tau. Imam bace panjang salah, bace pendek pun salah.

Perempuan : Ala bang biasala tue, dulu imam yang baca laju tue kan dia pernah bawa bas ekspres dan yang bace slow dan panjang tue kan imam retro.

Lelaki : Amboi. Syg nie..sedap mengata orang ae?

Perempuan : Ala abg nie orang gurau jer. Takkan terasa kot.Hihihi

Lelaki : Kadang- kadang kita nie pilih masjid atau surau yang imamnya bace pendek-pendek jer. Kalau imam yang bace panjang mesti kena gosip sampai habes Ramadhan. Kadang lawak tengok muka jemaah bile imam yang diorang suspect bace panjang naik jadi imam tarawih..terus diorang bisik “Alamak..imam Mekah dah start dah.”

Perempuan : Ish..ish..ish….diorang patut beruntung kan bang. Bulan puasa niela bulan barakah.. bulan untuk kite kumpul pahala. Malaikat kan sentiasa sibuk masa bulan nie.

Lelaki : Tahu takpe

Perempuan : Patutnya kan bang, solat tarawih tue kan bersantai-santai. Tarawih tue kan maksudnya berehat-rehat, tak perlu la nak laju-laju. Tak terkejar jemaah. Kadang-kadang bilal pun join sekaki

Lelaki : Iyela. Abg harap sangat dapat buat penuh solat tarawih bulan puasa tahun nie. Nak kejar laila..Eh silap nak kejar malam lailatul Qadar. Kan ade hadis sebut ~ Dari Abu Hurairah r.a bersabda : Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu ( Riwayat Muslim)~

Perempuan : Amboi..gatal ae??..Ameen. Kita doa sama-sama okay! Incik Ustaz. Selamat berbuka!

Lelaki : Baik Ostazahku!



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...