Labels

Pages

Followers

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Vs Queen Park Rangers (QPR)


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan dilautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan serta mengisi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman : ‘masanya telah hampir tiba bilaman hamba-hambaku yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar ( di dunia) dan akan mendatangimu.’ Pada bulan ini syaitan-syiaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW bertanya: ‘wahai pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?’ Dijawan oleh Rasulullah SAW: ‘tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya’

Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah pada pagi yang mulia ini kita masih diberikan ruang dan peluang oleh Allah s.w.t untuk merasa nikmat Ramadhan. Syukur tidak terperi kerana Allah telah memlilih kita untuk merasa bulan umat dan nikmat ini. Saya antara hamba yang dipilih Allah. Syukur!

Sahabat sekalian bukan semua dapat merasa nikmat untuk bertemu Ramadhan kali ini. Ada sahabat kita yang sempat merasa menyambut Ramadhan pada tahun lepas sahaja dan ada keluarga kita yang tidak sempat langsung merasa Ramadhan. Dipilih untuk bertemu Allah pada usia yang masih kecil berseri.

Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Allah memberikan peluang buat kita untuk merasa Ramadhan buat sekian kalinya. Tapi apakah kita hargai pemberian Allah ini? Bulan ini wajah umat yang berpuasa berseri! Rebutlah peluang ini! Ayuh sama-sama kita merubah diri dan peribadi!

Bagaimana ya persiapan pertama kita untuk menyambut Ramadhan?  Bagaimana dengan amalan kita untuk bertemu bulan yang penuh mulia ini? Bagaimana kita memupuk rasak kita supaya beristiqamah dalam bulan ini?

Tajuk pertama yang saya bicarakan di sini bukan hendak menyoal tentang Konsep 1 Israel. Maaf! 1 Malaysia. Tetapi ingin merungkai berkenaan dengan langkah pertama kita untuk mengembara ke highway Ramadhan! Kita bermula dengan tarawikh pertama. Adakah kita laksanakan? Tahniah kepada yang berjaya melaksanakannya! Saya merasa kesal kerana masih ada lagi mahasiswa /I kita yang masih tidak sedar akan kehadiran bulan mulia ini. Ketika jemaah sedang melaksanakan solat sunat Tarawikh, mereka sibuk dengan urusan lain! Memang hanya solat sunat tapi besar ganjarannya. Setahun hanya sekali. Salahkah untuk kita raikan Ramadhan ini? Adakah sudah terlalu banyak pahala kita? Tepuk dada tanya iman anda.

Satu lagi keajaiban berlaku di bumi Malaya yang tercinta ini. Pesta bola masih lagi dihidangkan pada awal Ramadhan. Adakah ini cara kita meraikan sambutan Ramadhan? Bohong! kalau jadual ini hanya kebetulan. Semestinya perancangan sudah rapi lagi tersusun. Tiadakah tarikh lain yang sesuai untuk diadakan perlawanan ini. Adakah ini cara sang juara menyambut Ramadhan. Mungkin ini antara perancangan kaum kuffar Yahudi Laknatullah untuk merosakkan umat Islam seawal menyambut Ramadhan. Ingat bola lupa semua. Memang ada yang bertarawikh tapi berapa ramai pula yang “berhibur weh”!

Untuk mereka yang buta sejarah ingin sekali saya rungkaikan sedikit kisah berkenaan dengan bola sepak Malaysia terutama berkenaan dengan sejarah Piala Malaysia yang kita agung-agungkan selama ini. Sila baca dengan teliti.

          Hubungan yang lebih bermakna di antara Sultan Perak dengan British pernah ditunjukkan oleh Sultan Idris Murshidul A’zam Syah (1887-1916), iaitu saudara sepupu kepada Sultan Abdullah (1874-1876) yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles itu. Frank Swettenham pernah menganggapnya sebagai ‘raja Melayu yang sangat berkebolehan’. Ini mungkin disebabkan Sultan Idris mempunyai hubungan yang istimewa dengan British. Satu contoh yang jelas pada ialah pada zaman Perang Dunia Pertama (1914-1918) Sultan Idris telah mengetuai sembilan Rakannya dari Negeri-Negeri Melayu bersekutu untuk memungut derma bagi membantu kerajaan British yang terlibat di dalam perang tersebut. Sumbangan wang sejumlah £22 juta berjaya dikirimkan ke England dan sebagai tanda penghargaan kerajaan British kepada daya usaha Sultan Idris itu, sebuah masjid dengan pembiayaan kerajaan Brtisih di dirikan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid Ubudiyah yang terletak berhampiran dengan istana raja itu kini sudah menjadi lambang yang popular dan sering dikaitkan sebagai salah satu imej bagi negeri Perak selain dari labu sayangnya.

Dengan sumbangan tersebut kerajaan British telah membeli sebuah kapal perang dinamakan H.M.S Malaya dan apabila perang tamat kapal ini pernah membuat kunjungan hormat ke tanah Melayu. Dalam kunjungan ini anak kapal tersebut telah menghadiahkan Piala Malaya (Malaya Cup) pada 11 November 1919 sebagai tanda ingatan dan membalas budi baik raja-raja Melayu. Piala yang menjadi rebutan pasukan bola sepak terkemuka di Tanah Melayu sejak itu ditukarkan namanya menjadi Piala Malaysia selepas Malaysia ditubuhkan.[1]

Apa? British yang menghadiahkan Masjid yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu? Ya. Apa? British yang mencetus piala tersohor di Malaysia? Ya.

Bicara saya kembali ke medium Ramadhan. Ubahlah diri kita untuk bertemu ramadhan. Apa salah kita tinggalkan perkara yang kurang penting itu dan kita raikan perkara yang amat penting ini. Ayuh! Letakkan rasa rindu dan cinta melebihi rasa rindu dan cinta kepada kekasih anda(pesanan untuk mereka yang bercinta).

Jangan sesekali kita salahkah budaya Barat yang menjadi perosak kita. Tapi salahkan diri kita. Kenapa kita yang membawa diri kita untuk bersama mereka. Anda mampu mengubahnya! Kejarlah pahala di bulan mulia ini. Mujahadah di dalam lapangan dakwah itu payah. Tapi saya yakin jika ada cekal semangat istiqamah pasti akan mudah! Ajaklah sahabat-sahabat kita untuk berubah bersempena dengan Ramadhan ini.



[1] Adnan Haji Nawang. (1994). ZA’BA: Patriot dan Pendeta Mealayu. Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu. Hlm. 7.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...