Labels

Pages

Followers

Sunday, July 22, 2012

Bebaslah Kamu Kerana Allah


Pandangan Azlan tepat ke mata rakan karibnya. Dia diam tak mampu berkata apa-apa. Nafasnya kencang tapi bibirnya seakan terkunci. Bagai ada sesuatu yang hendak diluahkan kepada Hazri rakannya itu. Mereka saling berpandangan. Pertemuan kali ini bagai ingin membongkar gelodak jiwa yang ada dalam diri Azlan.

Hazri seorang kawan yang baik yang selalu menjadi pendengar setia tatkala Azlan menghadapi masalah. Mungkin luka lama berdarah kembali. Bisik hati Hazri. Kali ini wajah Azlan berbeza dari sebelumnya. Wajah ceria dan jenaka yang ada pada dirinya seakan hilang pada pertemuan kesekian kalinya ini. Lantas bibir Hazri memula bicara memutar segala rahsia…..

“Lan, kau nie kenape? Aku tengok ko macam kerang busuk je muka tue? Muka pun macam orang yang mati bini jer? Cuba cerita dekat aku”
“Xde apela Ayie. Aku okay jer.” Panggilan Azlan kepada Hazri
“Ko nie aku cakap kalau period kang marah pulak. Bagitahu jerla kawan. Aku kenal ko la”
“Betul aku cakap takde apa-apa. Ko tak percaya aku ae? Percayalah…”
“Cis, ko nak tipu orang yang selalu ada dengan ko. Awek ko bolehlah ko tipu. Hahaha”
“Erm…sebenarnya..sebenarnya”
“Sebenarnya ape Lan? Ko nie nak nyanyi lagu Yuna ke dan sebenarnya cinta..lalalaala..”
“Ayie! Ko nak aku cerita tak nie? Aku serius weh, ko nak gurau pulak”
“Yela, sorila,, habes tue aku tengok muka ko nie dah macam Mr.Bean jer..”
“Sudah! Cukup sudah!”
“Perg! ayat ko macam lagu kumpulan Nirwana la.sudah…cukup..cukup..sudah..haha”

Azri sengaja melontar peluru  jenaka agar kawannya itu kembali tenang dan ingin membuka ceritanya. Dia masak benar tentang perubahan Azlan. Banyak perkara yang telah mereka berkongsi bersama. Hatta cerita berkenaan dengan pasangan mereka pun turut mereka kongsikan.

“Aku dah break” Luah Azlan
“Break apa Lan? Kenapa dengan motor ko break rosak?”
“Hmm..dapat kawan pun…maksud aku aku dah putuslah dengan Linda. Semalam.”
“Hah? What? Ko nie nak bergurau pun agak-agakla bro.”
“Aku serius la Ayie, mungkin kami tak sehaluan.”
“Ceh ayat orang selalu guna bile putus cinta. Lan, cuba cerite dekat aku apa yang terjadi sebenarnya? Bukan mak ayah ko dan mak ayah dia dah tahu ke tentang hubungan korang?”
“Iye. Tapi..mungkin dah takde jodoh kami rasanya. Iyela aku rasa faktor umur yang menyebabkan hubungan kami tak dapat bersatu kot. Aku dan dia berbeza 5 tahun. Dah boleh aku panggil kakak la.”
“Lan, lan..aku rasa faktor umur bukan menjadi punca untuk korang break. Cuba ko kaji sikit sejarah Nabi dulu. Baginda Rasulullah berkahwin dengan Saidatina Khadijah kan berbeza umur. Bahkan bahagia lagi. Khadijah antara isteri yang paling Nabi cintai. Pergh! Pandai jugak aku nie lan. Hehehe”
“Itu memang betul Ayie, tapi nabi bercinta dan menjalin bahagia bersama pasangannya selepas berkahwin. Aku nie, sebelum berkahwin. Tak de barakah kot..hmm..lagipun dia pernah cakap dengan aku, kawan-kawan dia banyak bertanye hubungan kami. Diorang cakap, tak sesuai la, aku terlampau muda la, banyak lagi lelaki yang lebih matang dari aku, buka jer kawan-kawan dia tapi family dia pun cakap macam tue jugak. Apa lagi yang harus aku pertahankan Ayie?”
“Owh..ko jadi anak ikan dia la? hehe..sori-sori..jangan marah..kita bincang okay? Aku tengok Linda tue okay jer, cantik, cute, dan baik. Cuma terlebih umur dari ko jer.”
“Aku pun rasa macam tue. Betullah apa yang orang kata. Kalau kita memilih rupa pasti takkan bertahan lama, rupa pada usia muda cantik bak bidadari semesta tapi bila tua berkedut  di setiap penjuru muka. Aku pilih dia dulu bukan kerana agama dan sifat dia Ayie, tapi kerana rupa! Dan aku dah dapat imbuhan dari Tuhan. Dulu aku buta, aku pilih kaca aku buang mutiara!
“Lan, ko kena bersyukur Lan, Allah dah buka ruang untuk kau berdamping dengan DIA, cinta antara kau dan Allah tanpa dicemari cinta dengan insan yang tak sepatutnya.”
“Aku tahu Ayie, siapa aku di mata dia. Orang cantik semua orang nak. Tapi wajah cantik tue hanya plastik jer. Aku pun dah tertipu.”
“Lan, sekarang kita tak perlu nak mencari solehah, kita mesti jadi soleh dulu! Okay? Eh, dah nak masuk waktu solat jom solat.”
“Hehe..ko nie tengah nak nasihat pun sempat nak buat kelakar ye. Tak masuk waktu lagi lah. Ko Qada ke? Eh jap-jap, ko nie nasihat aku macam terkena jugak jer..ha baik ko cakap? Tak pernah-pernah ko mahir dalam bab nasihat cinta nie? Ke ko nak jadi Profesor Cinta? Haha”

Azlan seakan dapat menangkap hati dan perasaan kawannya itu. Dia juga cuba merungkai rahsia dari Hazri. Mungkin ceritera mereka sama, cuma watak yang berbeza.

“Oi, Ayie. Kenapa ko diam pulak. Kata orang muka macam kerang busuk. Habes tue ko? Tibe-tibe berubah muka nie? Ko nie Jumaat belum lagi. Asar pun belum lagi. Eh kau nak tau tak, antara tanda-tanda sehari sebelum kematian seseorang itu, selepas dia bersolat Asar, dia akan memandang sekeliling dan berbicara dalam dirinya bahawa inilah Asar yang terakhir buat dirinya. Tiada lagi esok dan seterusnya.”
“Ko nie, sampai hati cakap aku macam tue.”
“Aku bergurau je kawan, janganlah marah, kita bincang ok? Cuba ko pulak cerita kat aku.”
“Macam nie aku kenal seorang wanita Muslimah ni. Penuh dengan ciri-ciri Islamik menawan juga punya wajah rupawan dan siapa yang melihat pasti akan pasang angan.”
“Perg ayat ko!”
“Aku kenal dia agak lama la jugak. Ko tahu kan aku nie jenis memilih sikit nak berkawan dengan perempuan ni. Ntah kenapa kenal dia aku rasa macam tenang jer. Mungkin dia antara calon pilihan aku dan mak ayah aku nanti.”
“Gaya bercakap, pertuturan, pakaian memang Islamik aku cakap ko. Sejuk saujana memandang. Tapi…”
“La kenape ada tapi pulak tue?”
“Hmm..ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya gerimis di tengah hari.”
“Hahaha..dia dah mula buat ayat jiwang dah. Sudah.sudah! Sambungla..”
“Ko tahu rupanya dia tue dah jadi tunang orang? Dah nak kahwin dah pun..#$%^&&* betul la!!!”
“Oi jaga mulut ko baik-baik, sabor- sabor”
“Masalahnya dia tak bagi tahu aku dari awal, dia macam menolak pun tak, dan menerima pun tak. Aku nie yang tak faham bahasa. Last-last aku yang terkena. Bukan apa aku salut dia, gaya dia. Kang aku nak hentam orang yang macamnie susah pulak aku!”
“Oi Ayie, ko nie kenapa? Cuba relex  jangan nak marah-marah.”
“Ko tak rasa ke macam dipermainkan. Kalau taknak cakap taknak. Ini asyik guna perkataan. Jodoh itu milik Allahla..kita hanya mampu merancangla..padahal hati dah suka dekat orang lain. Dia nak gunakan aku sebagai tempat untuk luah perasaan jer. Macam…!@#$ la”
“Wahai sahabat yang ku sayang kerana Allah., tadi ko ajar aku tentang sabar kan? Cuba ko bersabar. Owh..rupanya ini yang menjadi masalah kau. Di permainkan wanita solehah la? Ko dengar sini apa aku nak cakap. Dia bukan nak permainkan ko, dia anggap ko kawan baik dia kawan dunia dan akhirat. Dia taknak hubungan terlarang tanpa ada ikatan. Ko kena faham tue. Memang jodoh itu milik Allah. Itu pasti! Jodoh dia dah ditetapkan dengan lelaki tue. Lelaki pilihan Allah. Kita doakan jerla okay?”
“Iye Lan aku tahu semua tue. Kalau dia nak buat semua tue baik tak payah cari aku. Cari orang lain yang boleh jadi sahabat sejati dia.”
“Tapi Ayie bukan dia yang pilih ko untuk jadi sahabat dia tapi Allah yang pilih!”
“Aku bukan marah, Cuma terkilan tapi takpela. Allah dah pertemukan aku untuk kenal species wanita macam dia. Aku kena persyukur. Yang baik jadikan pedoman yang buruk jadikan sempadan.”
“Tuela Ayie..rupanya kita punya cerita yang hampir sama..kita lepaskanlah mereka, kita bebaskanlah mereka..semua kita buat kerana Allah..hati kita nie hanya layak diberi pada yang sudi jer..dan pada yang sah dan halal untuk kita nanti! Mana tahu mungkin kerana seorang perempuan tue Allah bagi kita ganjaran untuk ke syurga kerana kita dapat selamatkan dia dari maksiat dan sebarang perkara yang boleh rosakkan maruah dia. Ingat tue kawan!”
“Baik.ko pulak ae nak azankan aku? Hehe”
“Hehe..tu la tugas kawan saling ingat mengingati”

Monolog: aku tidak layak menikahi orang yang aku cintai, tapi wajib bagiku mencitai orang yang aku nikahi, wahai puteri..bebaslah kamu kerana Allah, moga ukhwah kita tak terpisah. Bertemu dan berpisah kerananya. Aku mengembara untuk mencari bakal makmumku..meskipun bukan kamu..wahai puteriku..kuatkanlah sayapmu untuk bertemu dengan bakal imammu..meskipun bukan aku..ku titpkan doa agar kau punya yang terbaik daripadaku dan pohon ditipkan doa buatku agar aku juga mendapat yang terbaik walaupun ia bukan daripada mu.

P/S : sekadar rekaan semata-mata, hanya cetusan minda dari penulis ~notafikiruntukzikir~


2 comments:

Etong said...

Save Maryam.
http://zubaidahs.blogspot.com/2012/07/save-maryam.html

Mister Mirull said...

cerita yg best~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...