Keindahan
semalam hanyalah sebuah igauan yang sudah sirna. Melangkah pergi kian jauh dan
terus menjauh dan takkan berulang lagi. Mungkin dulu hanya sekali dan dua kali
dan tidak lagi untuk buat kesekian kalinya. Lesu langkahnya mengusir kesilapan
semalam dan dia terus memanah awan….
“Apa yang
telah aku lakukan dulu?”
“Kau
silap..kau yang tidak pernah bersyukur, kau silap”
“Tidak…aku
dah buat apa yang perlu aku buat”
“Apa yang
sebenarnya kau buat? Kau sentiasa tinggikan ego kau dan kau tidak pernah faham
tentang perasaan, kau tak pernah hadam erti sebuah ikatan.”
“Aku minta
maaf....maafkan aku.”
“Ahh..sudah
tiada berguna lagi maafmu itu. Kau selalu buat kesilapan yang berulang”
“Aku tak
bersalah… bukan..bukan salah aku sepenuhnya..takdir yang buat aku jadi begini.”
“Sudah!
Berhenti menyalahkan takdir..kau yang salah mentadbir hatimu. Sekarang kau
terima pembalasannya.”
“Aku tak
peduli aku nak ubah kembali apa yang terjadi dulu..”
“Tak perlu
kau ubah..cukup kau hargai apa yang telah kau ada sekarang. Faham?”
“Tapi…”
“Kenapa? Tidak
sama? Carilah persamaan di sebalik perbezaan itu. Sempurnakan apa yang belum
sempurna.”
“Bagaimana?”
“Lihat
pokok kelapa itu. Kalau buahnya tiada masihkah ia berguna dan sempurna?”
“Err…mungkin.”
“Sememangnya
ia masih berguna. Batangnya boleh dibuat titi, daunnya boleh dijadikan lidi,
tingginya ia menutup panas di bumi.”
“Aku faham
sekarang.”
“Kenangan
yang takkan diulang semula. Kau harus abadikan dia. Usah disesali dengan masa
lalu mu itu kerana masa yang ada di hadapan mu itu harus kau hargai dan kau
sayangi”
##########
Kringgggggggggggggggggggggggggggg!!!!Kringggggggggggggggggggg!!!
5.30 AM
Astagfirullah..Aku
bermimpi rupanya.
~sedikit
kelainan di dalam entry kali ini, moga ada unsur dakwah di dalam penulisan
ini.=)
No comments:
Post a Comment