Saya mulakan penulisan
ini dengan memuji Allah S.W.T yang masih lagi memberikan ruang dan peluang
untuk kita semua sama-sama merasa nikmat dunia. Subhanallah. Selawat dan salam
buat junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W.
Insya Allah bicara kali
ini akan mencoretkan perihal tentang kawan. Setiap kita sudah pastinya
mempunyai kawan. Selain keluarga terdekat, kawan juga merupakan insan yang
paling akrab dengan kita, kawan sepermainan semasa kecil, kawan sepengajian pada
zaman sekolah dan universiti dan kawan ketika kita sudah menjangkau usia yakni
yang mengajak ke kedai kopi ataupun ke madrasah ilmu.
Ralat rasanya jika ada di
antara kita yang tidak punya kawan. Syukur pada Allah kerana mempertemukan saya
dengan kawan yang mempunyai pelbagai sikap dan ragam. Terima kasih kawan kerana
mewarnai hari-hari saya. Maaf dan ampun jika tulisan ini mengguris hati anda
semua. Sesungguhnya bukan niat saya untuk membuka aib apatah lagi menunjukkan
kelemahan tetapi jujur dan ikhlas dari hati saya untuk dijadikan pengamalan dan
pengalaman dalam hidup.
Kawan, sahabat atau
teman satu ejaan perkataan yang berbeza dan termaloginya juga berbeza tetapi ia
mempunyai satu maksud yang sama iaitu akrab. Antara ketiga-tiga perkataan itu,
sahabatlah yang sukar dan susah kita cari kerana sahabat itu bermakna sahabat
yang paling dekat. Ada di antara kita yang sedang dan selesa berteman apabila
kita mempunyai nilai RM dan juga hidup yang bahagia. Cuba kita renung pada diri
jika kita dipertemukan dua orang insan yakni seorang itu mempunyai jawatan
tinggi dan berharta dengan seorang pengemis dijalanan yang busuk dan tengik
baunya. Antara kedua-dua insan tersebut saya yakin sudah pasti ada yang ingin
menemui orang yang berharta itu. Untung-untung kita mendapat faedah dunia.
Tetapi jika ada yang memilih bertemu dengan orang miskin itu. Sudah tentu
keuntungan kita akan berganda di akhirat dengan syarat kita ikhlas menolongnya.
Pengalaman hidup
bersama dengan kawan yang pelbagai sifat ini telah membuatkan saya berfikir dan
terus berfikir. Hebatnya Allah dalam menciptakan manusia. Ada kawan yang penuh
santunnya apabila berbicara dan ada juga kawan yang laser tuturnya apabila
mengungkapkan kata. Ada juga kawan yang selalu mengambil kesempatan di saat
kita menghadapi kesempitan dan ada kawan yang sentiasa memberi pertolongan tanpa
kita mengharapkan secebis bantuan. Allahu Akbar, jika kita mendapat kawan yang
tidak berkenan di hati kita maka bersyukurlah kerana Allah sedang memberi
pahala percuma kepada kita bahkan Allah telah melatih kita untuk sabar.
Sabarlah dalam
menghadapi kerenah kawan kita. Jangan fikir mereka sempurna tapi fikirkanlah
kesempurnaan yang Allah ciptakan kepada setiap manusia. Kembali pada Allah.
Insya Allah, hati kita akan kembali tenang dan aman. Jika kita terguris hati
dengan kawan, ingatlah kembali setiap kebaikannya yang diberikan kepada kita
dan keburukan kita yang diberikan kepadanya. Astagfirullah. Jika kita
bertingkah dengan kawan, jangan ambil masa yang lama untuk memaafkannya kerana
mati kita tidak tahu waktunya. Bagaimana jika kita mati sebelum kita sempat
meminta maaf atau memberi maaf kepada kawan kita???
Hidup ini terlalu
singkat untuk membenci. Saya tahu ramai kawan yang kadang-kadang terguris hati
dengan perlakuan dan percakapan saya. Mungkin cara saya berlawak dan menegur
tidak kena dengan selera anda. Saya memohon keampunan Allah dan anda semua.
Maafkan saya kawan. Niat saya cuma satu, saya ingin bersatu kerana yang satu.
Saya tidak suka berpecah kerana nanti sukar menuju jalan dakwah. Jangan biarkan
saya pergi ke neraka. Saya mohon bantuan anda semua kawan.
Ujian dalam kehidupan
sering berkunjung tiba begitu juga ujian dalam persahabatan. Jangan sesekali
kita tinggalkan kawan kita apabila kita sudah mempunyai kesenangan. Saya tidak
kisah jika anda tidak lagi mahu menegur apatah lagi memberi senyuman yang
terpaksa kepada saya. Itu hak anda tetapi sebagai seorang kawan ketahuilah
bahawa saya sama sekali tidak suka bersengketa apatah lagi bermasam muka kerana
kita diciptakan dari tanah yang sama!
Maaf, saya tidak pandai
memujuk kerana anda lelaki saya juga lelaki namun skripnya pasti berbeza jika
anda seorang wanita apatah lagi sudah menjadi isteri saya ( nada serius).
Ketahuilah bahawa kita bersahabat bukan sehari dua tetapi sudah bertahun
lamanya, janganlah disebabkan sedikit kesilapan yang tidak disengajakan kita
terus menghukum dan terus mematikan tingkah! Kita bukan Allah! Hanya Allah
Tuhan yang selayaknya menjatuhkan hukuman. Subhanallah.
Saya sudah memula
bicara tapi disambut hampa. Biarlah itu hak anda. Saya tidak memaksa kerana
kita diciptakan dari tanah yang sama. Maafkan saya andai anda kekhilafahan yang
telah menggugah rasa anda.
====
Dalam kehidupan ini kita memerlukan kawan dan pemilihan
kawan itu adalah yang paling penting. Kawan juga akan sedikit sebanyak
mempengaruhi hidup dan pemikiran kita. Terpulang pada kita yang memilihnya.
Jika baik pilihan maka baiklah jadinya. Jika tidak berlakulah sebaliknya. Dalam
berdoa juga jangan sesekali kita lupa mendoakan kesejahteraan kawan kita. Biar mereka
tidak tahu apa yang didoakan kerana kita sudah punya Allah yang maha mengetahui
segala penciptaan buat makhluknya. Allahu Akbar!
Akhir kalam, mudah-mudahan Allah mempertemukan kita
dengan kawan yang senantiasa mengajak kita ke syurga jika tidak berdoalah moga
kita senantiasa berada di bawah perlindungan Allah.
==
Kawan Sawan
Tumpang
“Oit nak
tumpang ko esok gi kelas boleh?”
“Ok.
Boleh je..”
*Esok
“Hoi
kenapa lambat nie? Ko ingat kelas pukul berapa?hah?”
“Suka
hati akula…sekarang ni kau tumpang sape?” Ko nak naik dengan sape?”
p/s: dah
tau menumpang, diam sudah tak perlu cakap banyak. Kesilapan kita rasa diri tu
bos dan ada driver. Hampeh!
Longkang
“Bro,
esok aku tumpang ko ye..”
“Okey..”
“Ko ni
sentiasa lewat…nanti Dr, marah tau”
“Kau nak
cepat gi beli motor sendiri”
p/s:
menumpang tak salah yang salah mulut kau macam longkang!
Minyak
“Oit..esok aku tumpang ko lagi ye.”
“Okey..”
“Banyak
kali tumpang..hulur-hulur duit minyak sikit” (dalam hati)
“Eh,
buatla amal jariah sikit..(bisik kanan)
“Asyik
aku je yang buat amal jariah,dia? Mentekadarah je kerja (bisik kiri)
p/s :
kita bukan berkira apatah lagi hendak memaksa, tetapi hulur la seiringgit dua buat
penyejuk si kuda tua!
Barang
“Bro
pinjam barang ko.”
“Ok.ambikla…kang
letak balik ye”
“Ok tq
bro”
“Hmmm..aku
susun cara aku susun,jadi ko hantar barang tu macam aku susun la..bukan macam
cara kau susun (dalam hati)”
p/s:
barang aku bukan barang kau!
Baju
“Bro pinjam baju.”
“Ok
ambikla”
----------
“Oi,
baju yang kau pinjam dulu nak guna lagi ke?”
“Eh aku
ada pinjam baju dekat ko ye?
p/s: nie
spesis hampeh!
Kebulur
Tengah
kebuluran…
“Sahabatku
aku bawa makanan untuk kau”
“Wah
best nie..mana2”
“Nah..”
“Minyak
petrol jenama Castrol”
p/s:
tahulah baru tukar minyak hitam, tak payahlah nak bawa balik botol tu pastu
buat aku kebulur. Kau sedap melahap!
Haus
“Aku
mintak sikit ye air ko..macam sedap je..”
“Ok..ambikla..”
“Eh mana
air aku tadi”
“Alamak
aku dah terhabiskanla”
p/s: nie
spesis kawan yang paling ‘rare’!
No comments:
Post a Comment