Labels

Pages

Followers

Thursday, May 8, 2014

Cinta Pandang Pertama...


Malam itu sebelum aku menutup mata, aku sempat menonton satu movie yang menarik. Jangan salah faham. Movie itu berbentuk ilmiah dan kemanusiaan! Entah kenapa aku rasa bernafsu untuk menonton movie itu. Aku cuba download tapi acap kali gagal. Tolong jangan salah faham. Aku bukan kaki download yang menyebabkan line wifi kolej menjadi slow. Apakan daya..mujur ada movie online. Mata aku masih belum mengantuk lagi. Jadi movie menjadi pilihan. Mesti korang menyoal dalam hati…tengah-tengah malam nie lebih elok buat SOLAT TAHAJJUD!” Dah tentu dapat pahala. Benar banyak keistimewaan solat tahajjud ni tapi korang dah buat ke?. Jika dizinkan nanti aku ceritakan berkaitan dengan solat sunat pendekat hati ini. Biasala aku sering kali lalai dan alpa dengan nikmat dunia. Astagfirullah

Kembali kepada movie tadi, sebenarnya aku tidak bernafsu untuk melihat cerita-cerita berbentuk cinta terutama drama atau filem Melayu yang jiwang-jiwang ni. Terlalu banyak ‘drama’ yang disajikan! Hmmm..bosan. tapi jika filem Hindustan..its okay for me! Jangan salah faham, aku bukan mat bollywood atau syeikh bangla. Aku hanya seorang jejaka yang punya rasa dan jiwa. HA HA HA. Cerita Hindustan ini penuh pengajaran dalam kehidupan. Sasteranya juga tinggi. Melodinya juga indah dan bahasanya juga asyik! (Nora bagi lima bintang). Okay, aku bukan fanatik tapi sekadar melayan sahaja. Aku bukan main tengok sahaja aku juga selektif dalam pemilihan filem. HA HA HA!. Mungkin ada golongan lelaki yang minat cerita bollywood ni tapi cover line, muka gangster tapi duduk dalam bilik sorang-sorang pasang cerita KUCH KUCH HO TA HAI!...ada yang sampai menangis kot..HO TAK HANG!. Itu belum sentuh yang kaki KOREA lagi. Ketagihannya terhadap drama Korea melebihi kaum wanita. Ish..ish..

Buat wanita, keras mana pun lelaki termasuk anggota peranakannya tapi percayalah apabila terusik jiwa, kalbunya mudah menjadi lembut seperti sutera. Walau mukanya seperti raksasa tapi ketulusannya mampu mencairkan hati wanita. Ini fakta! Tengok saudara Malik Noor, seorang insan yang bertubuh sasa akhirnya tetap bertemu jodohnya.(Ini cerita lama, macam takda kaitan je)

Okay, mungkin ada juga yang salah faham, cerita Hindustan ni tengok berdosa. Boleh buatkan anggota peranakan kita terseksa! Tapi cuba korang bagitahu dekat aku, cerita atau filem Melayu mana yang takda langsung menayangkan aurat wanita??? Ada, mungkin jarang-jarang. Contoh filem “USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG” Itu pun sebab ada UAI, kalau takda beliau lingkup dan bungkus filem tu. Mungkin ada yang perasan filem itu sebenarnya bukan fokus tentang UAI tapi tentang DAKWAH. Dakwah melalui jemaah TABLIGH. Bro Pierre mungkin hendak menukar persepsi negatif masyarakat terhadap JEMAAH TABLIGH ni.  Benar, sebenarnya kita ramai yang tersalah anggap kepada mereka hakikatnya mereka melakukan tugas dakwah! Jika kita tidak mampu menjadi seperti mereka jangan sekali membenci tapi kirimkanlah doa. Mudah-mudahan ada juga terselit pahala untuk kita. Insya Allah.

Okay terlanjur berbicara dan lari dari fokus utama aku nak syorkan beberapa movie Hindustan yang best untuk ditonton bersama keluarga tapi lebih sweet duduk di dalam bilik berdua bersama suami dan isteri. Buat suami jangan tidur pulak dan jangan ganggu fokus mereka semasa menonton movie. Kepada remaja yang bercouple. Jangan nak berangan tambah dosa! Dahla dosa bercouple nanti macam-macam jadi! Baiklah dengar sini baik-baik tajuk filem yang aku hendak syorkan. Ni pendapat aku..terpulang pada korang. Pada geng-geng ustaz atau ustazah jangan hukum terus aku masuk neraka ye. Ingat, pelacur pun boleh masuk syurga bila dia berikan air minuman kepada anjing dan ingat lagi ahli agama juga ada yang masuk ke neraka apabila hanya bertukar niat untuk melakukan kejahatan! Oi..mana cerita ni..asyik membebel je.. ok list aku untuk movie pilihan 1. TAARE ZAMEN PARR ( Kisah tentang seorang anak autisme dan guru yang ohsem lakonan Amir Khan) 2. 3 IDIOTS (Kisah tentang 3 orang pemuda yang best dan lawak tapi penuh ilmu). 3. Kabhi Kushi Kabhi Gham ( Kisah tentang kekeluargaan), 4. Kuch Kuch Ho ta hai (Suami yang kehilangan isteri), 5. Rab Ne Bana di Jodi (Kisah tentang love after nikah) dan banyak lagi. Korang tengok la sendiri. Maaf aku sebenarnya sudah tersasar dari objektif dan tujuan penulisan ini! HA HA HA

Berbalik kepada pengenalan aku tadi, cerita yang tengok tu tentang banduan yang berjaya melarikan diri dari penjara. Mungkin ada yang berminat cerita seperti ini dan mungkin juga tidak. Tapi menonton filem ini lebih selamat daripada menonton filem2 yang boleh menyeksa anggota batin anda!!! Sila insaf!! Cerita ini berjudul ESCAPE FROM AL CATRAZ yang diterbitkan pada tahun 1979. Mungkin korang belum lahir dan mungkin juga jodoh ayah dan ibu kita masih tergantung di arasyi Allah s.w.t. Terima kasih ayah dan bonda kerana sudi melahirkan dan menjaga saya. Terima kasih Allah kerana menghadirkan mereka. MMMUUAAAAAHHHHHH. Sayang rindu untuk mereka.=)

ESCAPE FROM AL CATRAZ mengisahkan sekumpulan banduan yang berjaya  meloloskan diri daripada penjara di Pulau Alcatraz, San Francisco, Amerika Syarikat. Kehidupan dan perasaan penjara digarap dengan kemas sehingga menyebabkan aku hampir melelehkan air mata. Sedih kot…Akhirnya dengan strategi dan harapan mereka berjaya keluar daripada pulau itu yang peratusnya sukar untuk meloloskan diri. Silalah tengok jika hendak tahu dengan lebih lanjut. Bagi kaum wanita yang nak tengok filem ini nasihat aku abaikan part golongan banduan (lelaki) tengah mandi. Okay. (Ha…nak tengok la tu..jangan2.. nanti Allah marah aku pun marah!)

Lepas menonton filem tu, aku pun tertidur..tapi sebelum tu sempat pula aku membelek buku yang bertajuk “PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI” ha..tolong jangan salah faham okay ini bukan buku PERMATA YANG HILANG. Buku ini karangan Hamka Kereta Mayat. Mungkin korang juga bertanya.. “kenapa tak baca Quran je, sebelum tidur?” itukan lebih baik dan mendapat pahala. Benar. Tapi tidak menjadi kesalahan apabila kita membaca buku berbentuk ilmiah bukan? Di dalam buku itu ada banyak cerita tentang kehidupan dan persiapan diri untuk bertemu tuhan sebelum kita menjadi mayat dan juga persediaan untuk menghadapi alam rumah tangga! Juga terselit hadis dan juga KALAM Allah. Bukankah membaca maksud ayat-ayat Allah juga mendapat pahala. Lebih baik aku membaca buku seperti itu daripada aku membuang masa melelehkan air mata membaca novel-novel cinta yang entah apa-apa tebal dan banyak mencarut!

Okay tidak lama selepas itu, aku terlelap. Lena. Oh indahnya. Aku pernah ditarik nikmat tidur. Alangkah seksanya jiwa. Ke kanan tidak kena, ke kiri tidak kena. Macam-macam senaman yang aku lakukan tapi tidak juga berjaya. Menjelang subuh baru lah mata terlelap. Hebat syaitan ni! Hari tu subuhku menjadi subuh DINASOUR. Astagfirullah. Telat lagi. Apa nak jadi husairi!!!!!! Suami yang ohsem adalah suami yang bangun di awal subuh bukan di penghujung subuh! Ok. Aku format kembali diri. Doakan aku ya. Wahai sang isteri yang aku tidak tahu siapa, dengarlah bintang hatiku ini..abang akan menjadi seorang yang soleh sebelum melamar dirimu. HA HA HA HA HA HA!!!!!

Selepas bersolat aku , aku termenung di tikar sejadah. Sakit itu datang lagi, makin syahdu sakitnya. Makin ku tahan makin ia melawan. Sakitnya seperti putus cinta. HA HA HA HA! Aku cuba tenangkan diri dan beristighfar. Tapi apakan dayaku sebagai hamba Allah yang penuh dosa. Aku tidak daya. Selepas mempersiapkan diri, aku memecut laju ke klinik. Roomateku bertanya nak ke mana? Aku cakap ada date dengan seseorang! Penting! (Muka selamba menahan sakit)

Akhirnya aku tiba di sebuah klinik. Oh alangkah bahagianya rasa. Aku lantas masuk ke bingkai pintu klinik itu. “Aikkk..kenapa kosong je ni…”bisik hatiku. Owh ada loceng di meja. Pantas jari ku menekan. “kring..”Lantas keluarlah makhluk hijau bertudung litup. Menyambut aku dengan senyuman. Rasa hilang sementara kesakitanku. Aku pun berbicara masalah sebenar yang aku hadapi dan selepas dia mendengar lantas terpacul di mulutnya (eh jap..kenapa macam ayat novel ni. Lantaklah!)

“Awak, nanti Dr. Check ye, kalau ada masalah mungkin awak akan mengalami pembedahan kecil, jika tiada aral masalah awak itu mungkin DR. akan selesaikannya secepat mungkin”

“Gulp..kena bedah???(meremang bulu roma aku)”

“Okay. tunggu sebentar ya.” Gadis itu tersenyum dengan berbekalkan lipstik merah dibibirnya

“Baiklah..”Aku balas dengan senyuman yang pahit.

Beberapa minit kemudian….

“Husairi..” Seorang gadis memanggil namaku. Oh merdunya suara …

“Ye saya, “ Jawabku..

“Merdu suaranya, itulah yang dinamakan vokal bukan sekadar rupa!” Bisik hati ku

“Masuk sekarang ye.”

“Baiklah”

Aku memasuki bilik itu dengan penuh debaran dan kesakitan. Tapi hilang lagi kesakitan ku apabila melihat senyuman keayuan dari seorang DR. entahlah masih cik atau puan. Inilah DR. yang menjadi idaman pesakit agaknya.”

“Hasil kajian aku, muka dan wajah DR juga merupakan antara faktor penyembuhan kepada pesakit itu. Rupa cantik dan ditambah pula dengan kelembutan dan berhemah ketika merawat itu adalah nilai tambah. I love u work DR.errrrrrrrr” tapi harus dingat. KESEMBUHAN ITU DATANG DENGAN KEIZINAN ALLAH, JIKA ALLAH BELUM IZINKAN PENYAKIT KITA UNTUK SEMBUH MAKA BERSABARLAH. MUNGKIN ALLAH HENDAK MERINGANKAN AZAB KITA DI KUBUR DAN AKHIRAT.=)

Kadang-kadang ada juga DR. yang muka dahla macam *&^^*((^^ merawat pesakit pun macam apa lagi. Geram aku. Aku tahu korang stress tapi pahamilah jiwa orang yang sakit.

Okay, mungkin antara anda semua yang hendak pilih calonnya dalam kalangan DR. atau jururawat. Itu terpulang kepada pilihan anda. Ketahuilah bahawa kerja mereka juga adalah kerja yang mulia!

Lantas CIK DR. itu pun bertanya..

“Berape hari dah awak sakit? Malam boleh tidur tak?”

Aku pantas menjawab.. “ Baru je DR. Kalau DR. tanya tentang tidur saya.. Alhamdulillah saya lena je di ulit syaitan yang direjam. Terlajak subuh lagi”

Satu bilik itu di sambut dengan hilai tawa

“Diorang ni gelak pulak. Aku dahla tengah sakit”

“Ok sekarang awak buka..”

“Hah buka apa DR.? Teruknya soalan aku

“Muka mulut lah..” Jawab cik DR. dengan lembut dan senyuman..

“Heeee..”

Korang mesti tahu sebenarnya masalah yang aku hadapi ini kan?? Ha cer teka…sakit apa yang aku hadapi???

“Owh..ini tak perlu dibedah..kita cabut jela..okay?”

“Gulp..terus cabut???”

“Ye, awak jangan risau ye ada ubat bius. Dengan Izin Allah takkan sakit”

“Ok buka mulut…tahan ye”

Bius pertama disuntik ke dalam mulut ku..kemudian kedua dan ketiga…

“Oh inilah yang Melly Geoslow rasa apabila beliau menyanyikan lagu ..aku di bius cinta” HA HA HA

“Okay awk baring dulu ye, kita tunggu ubat bius tu bertindak”

Sedang mataku memejam. Aku terdengar gemersik bunyi dan melodi syahdu

“Macam pernah dengan melodi ni tapi di mana ya??” Soal hatiku

Melodi itu berbunyi begini.. “Astagfirullaahal 'azhiim Alladzi laa ilaaha illaa huwal hayyul qaiyyuumwa atuubu ilaih….”

Aku insaf!

Allah, inilah klinik pertama yang aku pergi yang telah mengingatkan aku dekat dengan TUHAN! Sentiasa terpasang zikir yang menenangkan jiwa dan menenangkan hati. Subhanallah. Aku sudah jatuh cinta! Ku lihat di samping peralatan yang canggih dilengkapi LED TV jenama SAMSUNG  dan speaker yang kena dengan arrangement treble dan bass nya dan suara kumpulan hijjaz itu. Aku berasa bagai berada di alam bahagia.

Aku melihat tepat ke arah lampu yang menyala. Aku lantas terbayang bagaimana nanti ketika keadaan aku ketika di cabut nyawa???Allah permudahkanlah urusan aku pada waktu itu. Mari kita doakan moga-moga kita mati dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH. Ameen.. Zikir itu menghilangkan segala keresahanku.

Kini…tibalah masa yang di nanti-nantikan. Kesakitan akan hilang…. Selamat tinggal si putih, bukan ku tak sudi untuk bersamamu lagi tapi apakan dayaku kerana aku terpaksa melepaskanmu. Terima kasih atas jasamu selama berpuluh tahun sudi berkongsi hidup dengan ku..aku terpaksa melepaskanmu. Ku relakan jiwa…..

“Okay tahan skit ye…bunyi ‘krik krik krik tu biasa”

“Awak..tahan ye..anggap macam tiada apa-apa ye..tarik nafas..lembutkan badan…PUSH..PUSH..PUSH (dialog push tu aku tambah sendiri)

“Ish nurse sorang ni..macam aku nak beranak pulak. Mujurlah wajah kau ohsem. Aku ikut nasihatmu. he he he” Bisik hatiku lagi

“Alhamdulillah, okay awak dah selesai”

“Aik cepatnya…..”

“Okay lepasni jaga kesihatan baik-baik ye..Ingat Allah jadikan kita sempurna dan hargai setiap pemberian Allah itu ye.” Pesan Cik Dr. itu.

Aku hanya mampu tersenyum. Lidah dan mulutku kaku tidak mampu berkata bukan kerana kelu dek bertentang mata dengan cik DR itu tetapi mulutku kebas hasil ubat bius itu. Owh..pertemuan yang singkat penuh hikmat! Moga Allah redha.

Di kaunter..

“Hmm..semua sekali RM__. Oleh sebab awak masih student, DR. bagi diskaun dan ini ada sedikit kelengkapan untuk jaga kesihatan awak. Jangan risau yang ini free sahaja. Kos rawatan dan ubat sahaja yang dikenakan bayaran” Kata Nurse berlisptik merah itu.

“Terima kasih ye, nurse..sampaikan terima kasih saya kepada DR ye..tadi tak sempat cakap sebab lidah saya kelu macam berjumpa cinta pandang pertama!

“HA Ha ha!”

p/s : cerita ini adalah cerita benar tentang aku. Namun berlaku sedikit pengubahsuaian dalam cerita ini supaya tidak terlalu sensitif dan terlalu mengarut. Mungkin ada yang bertanya lagi. “ kenapa tak pergi klinik di universiti atau di klinik kerajaan? Ok untuk jawapan ini aku jawab.. “SUKA HATI AKULAH NAK PERGI KLINIK MANA!” Okay jika anda mengalami masalah gigi, saya syorkan anda pergi ke KLINIK PERGIGIAN SHIKIN, TAMAN UNIVERSITI TANJUNG MALIM PERAK atau boleh hubungi di no 05-4598926. Murah dan indah!!  (Tumpang promote ye cik nurse dan cik DR.) Akhirul kalam memetik kata-kata di kad rawatan aku “KEWAJIPAN MANUSIA HANYALAH BERIKHTIAR. TUHAN SAHAJA YANG MENENTUKAN SEGALA-GALANYA. SESUNGGUNYA SIHAT DAN SAKIT ITU ADALAH UJIAN DARI ALLLAH S.W.T. “



p/s ke 2 : Sebelum korang keluar dari titipan ini..luangkan sedikit masa untuk kita sama-sama berzikir..ok ikut video ni ye..1.2.3...





7 comments:

Unknown said...

cerita yang sangat menarik ... tergelak juga membacanya ..

Unknown said...

berapa ya cabut gigi kat klinik tu? nak pegi,tapi takut mahal.

Unknown said...

Salam kene buat appoinment dulu? atau macam mana?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Terbaek. Tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...