Bismillah dengan nama
Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah kita masih lagi
diberi ruang dan nafas untuk merasa nikmat dunia ini. Ketahuilah bahawa dunia
ini penuh tipu daya. Jangan sesekali kita menyesal apabila kita sudah kembali ke
dalam perutnya yakni mati.
Dunia
ini penuh tipu dan hasad. Dunia ini kejam dan pasti akan memudaratkan bagi
insan yang mengejarnya. Kita dihidupkan di dunia adalah untuk matlamat di
akhirat. Itu sebenarnya tujuan kita hidup. Setiap kali kita bernafas harus kita fikir
bagaimana jika Allah menarik kembali nikmat kita yakni nikmat kehidupan.
Bayangkan nikmat tidur, makan, sihat, gembira itu sudah tiada lagi dalam diri
kita. Astahgfirullah. Moga Allah masih memberikan lagi semua nikmat itu.
Dalam
dunia yang penuh pancaroba ini Allah telah ciptakan satu makhluk yang bernama
manusia. Adam di ciptakan di syurga. Lantas atas rasa kesepian dan cinta Allah
ciptakan pula pasangannya yakni Hawa. Pertemuan mereka indah di syurga, namun desakan
nafsu dan rasa mereka diturunkan ke dunia. Itulah ujian Allah buat nabinya.
Lelaki
itu pasangannya wanita. Itulah hakikat. Namun, jika ada yang mencintai kaum
sejenis, saya nasihatkan cuba check
berkali-kali anggota peranakan anda. Ya. Pastikan lihat dengan penuh rasa
keinsafan! Dalam Al-Quran Allah sudah
menimpakan balasan kepada kaum sejenis ini. Mengapa Allah memberikan mereka
balasan? Ketahuilah setiap apa yang Allah larang itu penuh hikmah dan
barakahnya. Bukankah nikmat ‘bersama’
itu untuk pasangan berlainan jantina yakni lelaki dan wanita. Namun harus
diingat bukan hubungan yang haram yakni penzina tetapi melalui perkahwinan!
Saya ulangi nikmat melalui perkahwinan! Jika nikmat itu anda sudah merasakannya
sebelum berkahwin, tunggulah balasan dari Allah. Manis itu akan hilang, bukan
lagi menjadi penawar seperti madu tetapi akan mendatangkan banyak penyakit dan
racun seperti gula dan susu!
Mungkin
mereka yang sudah melalui alam perkahwinan ini sudah merasai nikmatnya dan
mungkin ada juga yang belum atau sudah bosan. Tidak mengapa itu hak dan
tanggungjawab anda. Tetapi nasihat saya kepada pasangan yang baru berkahwin. Tunjukkanlah kebaikan di dalam perkahwinan
bukan menunjuk-menunjuk! Tidak salah anda hendak upload gambar anda di
facebook dan sebagainya. Tetapi gambar intim seperti berlaga pipi, bertentang
mata atau berpeluk sini sana atau lebih rare main lambung-lambung lagi. Ataupun
gambar di sawah padi, kolam mandi, dalam jamban dan sebagainya tolonglah
simpan. Biarlah anda dan pasangan anda sahaja yang mengetahuinya. Posisi
bagaimana pun tidak mengapa kerana itu hak mutlak anda suami isteri. Ketahuilah wahai pasangan yang bahagia,
saat kamu menceritakan kebahagiaan dan keintiman kamu ada insan lain yang masih
menderita dan bersedih kerana masih belum bertemu jodoh! Bukan mereka tidak
mahu tapi senang mencuba sepenuh daya.
Kasihanilah
perasaan dan nafsu seorang insan bujang yang masih belum mampu untuk berbahagia
seperti anda! Anda sudah menjadi seorang penembak tepat tetapi insan-insan
bujang ini masih terkial-kial untuk mencari dana mendapatkan senjata api yang
berkesan. Tolonglah…berpada-padalah dalam menyebarkan gambar perkahwinan anda,
saya risau dari ucapan bahagia bertukar kepada ucapan cerca. Mungkin anda
merasakan bahawa anda sudah halal dan pedulikan apa orang kata. Ya betul! Tapi
cuba fikirkan pula apa Allah kata dan
bagaimana malaikat menerimanya. Adakah itu di dalam catatan kiri atau
kanannya. Terpulang pada niat anda.
Cuba
bayangkan jika zaman para nabi atau para sahabat sudah ada teknologi ini?
Adakah mereka juga seperti kita dalam menikmati alam perkahwinan. Maaf saya
bukan menghina atau membandingkan Cuma sekadar memberi pandangan dari seorang
insan yang hina dan belum berkahwin!
Ada
pula yang terlalu rindukan suami, berbicara di facebook. Sweet sana sweet
sini..ya itu halal…tapi tidak menjadi kesalahan jika perbualan atau dialog anda
cukup sekadar anda pasangan anda sahaja yang mengetahuinya. Tidak perlu print
screen!!! Hendak masak lauk untuk suami pun perlu di print screen dan di upload
di facebook. Saya nak bertanya..suami anda ada berapa banyak di facebook???
Bagi
mereka yang sudah atau akan bertunang ikutlah nasihat nabi..rahsiakan
pertunangan itu. Mungkin ada yang berpendapat bahawa jika disebarkan
pertunangan itu lebih baik. Kononnya bunga sudah di lamar orang dan tunggu masa
untuk disunting. Benar. Bagaimana jika pertunangan itu tidak menjadi atas
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan?? Malu bukan. Kesiannya kita.. Sombong
benar dengan nasihat nabi ini. Jika kita faham dengan nasihat nabi ini sudah
tentu kita akan ‘take care’ si dia dalam kerahsiaan. Cukuplah sekadar keluarga
terdekat yang mengetahuinya. Jangan budget sangat diri anda itu ‘hot’ kerana
jodoh pertemuan itu adalah urusan Allah. Kita hanya merancang!
Perkara
yang pasti buat kita adalah mati. Itu sahaja!
Akhir kalam..jodoh itu
sememangnya akan datang kepada kita. Namun harus dingat bahawa mati juga akan
pasti datang kepada kita. Jika jodoh itu tidak datang maka matilah yang akan
menjadi perkahwinan kita.
p/s: sekadar luahan
daripada penulis. Maaf jika ada yang terkena kepada batang hidung
masing-masing. Ia sememangnya di sengajakan. Ha Ha Ha!!
3 comments:
It's really awesome post. Your post is really useful for me.
Keep update your blog.
Nikmat perkahwinan
Impressive! I really like this blog.
Thanks for giving this information…
Nikmat Perkahwinan
Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
kadkahwinservices
Post a Comment