Pandangan Adela Quraisyah tepat kepada
sepasang suami isteri dan anak-anak mereka yang berjalan di tepian pantai.
Adila tersenyum sendiri tatkala melihat gelagat keluarga itu. Mereka
berkejar-kejaran sesama sendiri. Adela amat menginginkan kehidupan seperti itu.
Mempunyai suami dan anak-anak yang comel. Dia sangat merindukan kenangan
bersama insan yang pernah bertakhta di hatinya. Dia cuba untuk melenyapkan
kenangan-kenangan yang lalu. Terlalu perit untuk Adela mengingati peristiwa
itu. Luluh hatinya saat mengingati bicara dari seorang insan yang pernah beliau
sayang.
“Sudah! Aku mesti lupakan dia.” Bisik hati
Adela.
Adela bingkas bangun meninggalkan keluarga
itu. Dia melihat kebahagian mereka dari kejauhan. Adela terus berjalan di
tepian pantai. Kakinya terasa begitu dingin tatkala ombak kecil memukul pantai.
Terasa kedinginan cintanya kepada insan itu. Dia terus berjalan melihat
keindahan laut yang terbentang luas.
Melihat ketenangan yang ada di situ, Adela
ingin sekali menjerit sekuatnya bahawa dia amat mencintai insan yang pernah
bertakhta di hatinya.
*********
“Awak, terima kasih awak menerima saya
dalam hidup awak.”
“Sama-sama, terima kasih untuk awak juga
yang menerima diri saya sepenuhnya.”
Ungkapan itulah yang sering dilafazkan oleh
Haziq setiap kali dia bertemu dengan Adela. Cinta mereka begitu mekar. Usia
percintaan mereka kini mencecah 2 tahun. Pada awal perkenalan lagi Adela
mengharapkan sesuatu yang akan pasti membawa kebahagiaan dalam hubungan mereka
sehingga ke akhir usia mereka. Bagi Adela, suatu hari nanti Haziq pasti akan
menjadi suaminya dan mereka akan berkahwin.
Haziq merupakan pemuda yang berumur 30
tahun dan Adela seorang gadis yang berumur 22 tahun. Perbezaan umur ini tidak
langsung menjadi batu penghalang buat hubungan mereka. Bersilat kata dan
bermain rasa lumrah cinta untuk mereka. Hubungan mereka mendapat restu dari
kedua-dua keluarga mereka. Tapi kadangkala Haziq perlu berulang kali meyakinkan
ibunya tentang pilihan hatinya itu. Bagi Haziq, restu keluarga amatlah penting
untuk hubungan ini. Mereka perlu meyakini keluarga mereka bahawa pasangan yang
dipilih itu adalah pasangan yang cocok dengan mereka.
“Awak, dah hampir 2 tahun hubungan kita
kan?” soal Adela
“Ye awak.”
Awak, saya rasa usia kita pun dah
meningkat. Dan kita perlu fikirkan kesudahan hubungan kita nie” sedikit
kegusaran di dalam hati Adela.
“Saya tahu awak. Saya pun dah berbincang
dengan keluarga saya. Cuba mereka minta supaya saya mencari waktu yang sesuai
untuk melangsungkan perkahwinan kita. Kesibukan saya kadang-kadang melebihi
keperluan untuk diri saya.” Balas Haziq.
“Awak, saya boleh menunggu awak, tapi bukan
untuk selamanya. Awak fahamkan?”
“Saya faham, saya pun tak nak hubungan kita
nie berakhir tanpa ada ikatan yang sah untuk kita. Awak, saya masih ingat
janji-janji kita. Saya berharap awak yang akan menjadi suri di hati saya nanti.”
Haziq mula membuka bicaranya.
“Awak, yakin tak dengan hubungan kita nie?”
Soal Adela lagi.
“ Yakin awak, saya tahu Tuhan akan
pertemukan seseorang yang sesuai untuk saya dan orang itu adalah awak.
“Awak, terima kasih kerana menjaga hubungan
nie. Tapi awak…” luah Haziq
“Tapi kenapa awak?”
“Saya takut sangat saya menjadi hanyut,
saya takut bila usia cinta kita terlalu lama, kita akan menjadi lalai dan dosa
kita makin banyak. Mungkin akan membawa kepada zina. Awak saya cuba sedaya saya
untuk mengelak dari segala zina.”
“Erm..ye awak. Tapi saya perlukan masa.
Soal perkahwinan ini bukan mudah. Banyak perkara perlu saya fikirkan.”
“Bukan awak yang fikirkan tapi kita akan
fikirkan bersama.”
“Saya tahu, awak mesti yakin kalau jodoh
saya dengan awak pasti takkan ke mana. Walau lama kita menanti. Saya tak mampu
menjadi seorang suami kepada awak andai saya masih banyak kekurangan. Awak,
perkahwinan kita bukan kerana nafsu tapi kerana ilmu.”
“Ilmu boleh kita cari kan awak? Boleh kita
kongsikan awak?” Soal Adela.
“Ye awak…tapi saya tak sanggup biarkan awak
terkapai-kapai nanti”
“Awak seorang yang hebat. Awak boleh
menjadi ketua di tempat bekerja awak. InsyaAllah awak pasti boleh menjadi ketua
kepada saya dan anak-anak kita nanti. Situasi dan arahan berbeza tapi gaya
untuk menjaga hati dan mendidik tetap ada yang sama kan awak?”
“Ye awak. terima kasih.”
“Awak, saya bercakap nie bukan saya
terdesak untuk berkahwin tapi saya tak nak kita menjadi hanyut. Saya bukan
berdoa untuk ini tapi untuk bersedia di kemudian hari. Saya nak pelihara
kesucian saya.” Ungkap Adila seakan meluah rasa.
“Awak, sepanjang perkenalan kita, sikit pun
saya tak pernah sentuh awak. Kenapa awak cakap macam tue?”
“Awak, saya tahu. Nafsu kita memang boleh
di kawal. Tapi bila sampai di luar kawalan kita nanti. Awak tahukan apa yang
terjadi?”
“Awak, andai hubungan kita nie berhenti di
separuh jalan awak boleh tak terima kenyataan?”
“Tak awak, awak dulu yang curi hati saya
dan sekarang nie hati saya dah tersimpan rapi untuk awak.” Sayang Adela
terhadap Haziq tidak berbelah bagi. Baginya Haziq adalah segala-galanya buat
Adela.
“ Awak, perit untuk saya terima kenyataan
itu awak.”
“Awak, saya bercakap nie bukan bermakna
saya nak mengakhiri hubungan kita nie. Tapi untuk kita bersedia. Saya sayang
awak. tapi awak..kadang-kadang kehidupan itu berakhir dengan percintaan tapi
kadang-kadang ia berakhir dengan kesakitan. Tapi kita mesti menerima semua
dugaan itu.”
********
Hati kekasih mana yang tidak tersentuh
apabila orang insan yang dia sayang seakan mengelak untuk berbicara soal
perkahwinan. Dia tahu bahawa pasangannya itu dibebani dengan kerja. Adela
membuang sejauhnya sangkaan buruk terhadap pasangannya itu. Dia tahu Haziq
mempunyai alasan tersendiri untuk menangguhkan hari bahagia mereka. Mereka
hanya bercinta. Belum lagi mengikat tali pertunangan apatah lagi pernikahan!
Adela sentiasa berharap agar kesabaran ini
akan memberikannya kenikmatan di kemudian hari. Hari berganti hari dan masa
berganti masa. Haziq begitu sibuk dengan tugasnya. Tapi dia sentiasa akan
menelefon pasangnya itu dan kadang-kadang mereka hanya sempat untuk berbalas
pesanan ringkas sahaja.
Hubungan mereka terpisah dengan jarak dan
masa. Adela tabah menghadapi kerinduan ini. Dia berpegang pada janji Haziq. Dia
pasti suatu hari nanti mereka pasti akan bersatu. Ya! akan bersatu!
Haziq seorang pegawai kanan di sebuah
syarikat yang terkenal di Malaysia. Adela pula bekerja sebagai juruwang di
sebuah pasar raya. Haziq tidak langsung mempersoalkan kerja Adela. Baginya
cukuplah kerja itu kerja yang halal. Pertemuan mereka juga bermula di pasar
raya tempat Adela bekerja.
“Berapa ye harga gula dan tepung ini puan.”
Soal Haziq
“Maaf encik, saya bukan puan saya cik.”
Adela tersenyum malu
“Err..maaf ye.” Pandangan Haziq tertumpu
pada wajah Adela. Bagai ada tarikan magnet pada wajah gadis itu.
“Erm..encik boleh hulurkan duit? Orang dah
ramai beratur dekat belakang tue.”
“Err..maaf cik,”
Dalam kekalutan itu Haziq mengeluarkan
dompetnya dan mengeluarkan sekeping not Rm50. Bukan sahaja duit kertas yang ada
di dalam dompet itu tetapi duit syiling juga turut di keluarkan oleh Haziq.
Malangnya, semasa hendak mengeluarkan duit kertas itu duit syilingnya juga telah
terjatuh ke lantai
“ting….ting..ting..” duit syiling 50 sen
dan 20 sen berlari-lari di lantai pasar raya itu dan berhenti di hadapan
seorang wanita tua yang ada berdekatan dengan kaunter pembayaran. Haziq terus
mendapatkannya. Wanita tua itu agak terkejut.
“Eh, ape awak buat nie?”
“Err..mak cik, saya minta maaf duit syiling
saya terjatuh di bawah kain mak cik.” Agak keberatan Haziq untuk menyatakannya.
“Owh..mak cik ingatkan kau nak ape-apekan
mak cik tadi nak. Mak cik dah tua. Takkan kau masih berselera?” Usikan wanita
tua itu disambut dengan helai tawa pelanggan yang berada di situ. Muka Haziq
merah padam!
“Ish mak cik nie..”Bisik hati Haziq.
Haziq terus membayar barang yang dia beli
itu. Dia terus berlalu meninggalkan Adela. Malang sekali lagi menimpa Haziq,
semasa hendak beredar dari kaunter pembayaran itu Haziq telah bertembung dengan
seorang budak kecil yang berlari mengejar ibunya.
“Prap..” Plastik yang dipegang oleh Haziq
itu terlepas dari tangannya dan tepung yang ada di dalam plastik itu telah
bertaburan. Malu Haziq tidak dapat dibendung lagi.
Adela yang melihat kejadian itu terus
membantu Haziq. Di situlah bermula kisah mereka. Perkenalan mereka bukan di
laman muka buku tapi di situ! Di sebuah pasar raya itu!
*********
Malam itu, Adela terpaksa menggantikan
kawannya. Dia pulang lewat dari tempat kerjanya. Jarak di antara rumahnya dan
pasar raya tidak begitu jauh. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Seperti
kebiasaan hari-harinya. Adela akan pulang bersama kawannya tetapi malam ini
Adela hanya pulang berseorangan sahaja. Adela melintasi sebuah lorong yang agak
gelap.
Pandangannya meliar. Rasa takut
menyelubungi dirinya. Namun dia gagahkan kakinya untuk pulang ke rumah. Bagai
ada sesuatu yang memerhatikan gerak-gerinya. Adela terasa bagaikan ada sesuatu
yang mengekorinya. Dia mempercepatkan langkahnya. Malangnya daya seorang wanita tidak dapat melawan kelajuan
kelibat itu. Seorang lelaki yang tidak dikenali muncul di hadapannya!
Adela menjadi kaget. Dia cuba untuk
meloloskan diri tapi dihalang oleh lelaki itu. Adela tidak mampu lagi
meneruskan langkah. Lelaki itu telah mengacukan pisau di hadapan mukanya.
“Serahkan beg tangan kau. Cepat! Gertak
lelaki itu.
“Maaf encik, saya tidak bawa beg tangan.”
“Kau jangan nak cuba menipu aku”
“Zapp..” Lelaki itu merampas beg tangan
yang ada pada Adela. Dia menolak Adele sekuatnya.
Gadis itu tidak mampu melakukan tindak
balas kerana khuatir akan nyawanya. Dia hanya mampu menangis.
Lelaki itu tersenyum puas.
“Kau kata takda apa-apa ye”
Lelaki itu berlalu pergi. Tetapi bagai ada
sesuatu yang menghalang dia untuk pergi
“Takkan aku nak lepaskan perempuan nie
dengan begitu mudah..”
Matanya tepat memandang ke arah Adela.
Belum sempat Adela melarikan diri. Lelaki itu telah memegang tangannya. Adela
meronta-ronta untuk dilepaskan. Tapi nasib tidak menyebelahinya. Adela di bawa
di sebatang pokok. Lelaki itu menolak Adela dengan sekuat hatinya. Adela
tersunggur jatuh!
“Kau ingat aku akan lepaskan kau begitu je
ke? Rugi kalau aku tak rampas sesuatu yang paling berharga yang ada pada kau.”
Ungkap lelaki itu.
“Encik, tolong lepaskan saya. Saya dah
serahkan beg tangan saya kepada encik. Encik..tolonglah lepaskan saya.” Rayu
Adela.
“Ahh….aku peduli apa dengan kau” Lelaki
yang berwajah bengis itu seakan kerasukan syaitan. Nafsunya tidak mampu
dibendung lagi.
Dia terus menarik pakaian Adela dengan
rakusnya. Wajah suci itu kini akan terpahat secalit noda yang bukan dia pinta!
Kesuciannya yang dipertahankan selama ini akan teragut oleh seorang lelaki yang
berhati binatang itu.
Adela meraung semahunya….
“Kau jangan menjerit. Aku bunuh kau nanti!
Bisik lelaki itu kepada Adela”
Adela tidak mampu lagi untuk melawan. Dia
bagi kehabisan daya. Air matanya tidak mampu lagi berhenti. Keluarga, Haziq,
mati! Sentiasa bermain di kotak fikiran Adela.
“Ya Allah selamatkanlah hambamu ini. Aku
sedang berhadapan dengan syaitan yang berwajah manusia. Allah. Bantulah hambamu
ini” Adela hanya mampu berdoa pada yang maha Esa sahaja.
Sedang asyik lelaki itu ingin menanggalkan
seluarnya. Tiba-tiba…
“Pap” Satu hentakan kuat hinggap di kepala
lelaki itu. Seorang lelaki yang berwatakan perempuan telah memukulnya. Lelaki
itu pengsan.
“Ya Allah nok…kau tak ape-ape ke? Cepat
lari. Kita terus ke balai ye? Nasib mak berani datang dekat kau nok. Mak tak
sanggup tengok kaum seperti mak teraniaya oleh lelaki bangsat nie.”
Mujurlah jeritan Adela itu didengari oleh
insan yang kebetulan melalui kawasan itu.
“Em..abang, terima kasih tolong saya.”
“Eh, bukan abanglah. Ko panggil aku Akak
Sally okay? Dah. kita lari dari sini sebelum lelaki ni bangun.” Lelaki itu
memperkenalkan dirinya sebagai Akak Sally.
Makhota Adela yang dijaga selama ini
terselamat. Bantuan dari Allah untuk hambanya !
********
Laporan polis telah di buat. Akhirnya
lelaki itu berjaya di tangkap. Mungkin Adela dan insan yang telah membantunya
itu telah berjaya menyelamatkan ramai lagi maruah perempuan di luar sana dari
menerima kerakusan nafsu lelaki seperti itu.
Adela terus memberitahu Haziq terhadap
perkara yang menimpanya itu. Adela terus menelefon Haziq.
“Awak, awak ada di mana?”
“Saya ada di rumah.”
“Awak boleh tak datang di Balai Polis
Ipoh?”
“Hah? Kenapa dengan awak?”
“Awak datang dulu ye. Adela menangis
tersesak-esak.”
Beberapa minit kemudian Haziq dan
keluarganya tiba di balai polis Ipoh.
Melihat sahaja kelibat Haziq dan
keluarganya, Adela terus mendapatkan mereka. Adela menceritakan kejadian yang
menimpa dirinya itu. Mujurlah semuanya dalam keadaan selamat.
**********
Kejadian itu memberikan kesan kepada Adela.
Dia kini tinggal bersama keluarganya di kampung. Hubungan Haziq dan Adele
berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari.
“Assalamualaikum, Adela, boleh tak saya nak
berjumpa dengan awak?”
“Wassalam, boleh Haziq.”
“Di tempat biasa ye?”
“Baiklah.”
Pertemuan mereka kali ini lebih seperti
baru bermula perkenalan. Diam dan tidak banyak bicara yang diucapkan.
“Haziq, ada apa awak nak jumpa saya? Awak
nak bincangkan soal perkahwinan kita ye?”
“Erm…Awak..sebenarnya..sebenarnya…” Haziq
seakan tidak mampu meneruskan kata-katanya
“Sebenarnya apa awak?”
“Saya minta maaf awak…awak ingat tak lagi
saya pernah ucap kadangkala hidup kita ini akan berakhir dengan percintaan
dan kadangkala mungkin akan berakhir dengan kesakitan.”
“Jadi awak nak akhiri hidup saya dengan
kesakitan? Kenapa awak sanggup buat macam nie Haziq? Awak ragu-ragu dengan peristiwa
hitam yang menimpa saya? Kenapa awak mudah menghukum saya Haziq?” Bertubi-tubi
soalan dari Adela.
“Awak, saya tak pernah sesekali ragu-ragu
tentang awak atau kejadian yang pernah menimpa awak tue..tapi…saya terpaksa
mengikut pilihan keluarga saya. Awak, saya tak pernah bezakan taraf hidup kita.
Saya terima awak seadanya.”
“Awak bohong. Kenapa baru sekarang awak nak
ungkap tentang nie. Awak dah rampas hati saya awak dah curi hati dan perasaan
saya. Awak, kalau dah tak suka saya mohon awak pulangkan balik hati dan
perasaan saya. Tolong awak..” Air mata Adela mula membasahi pipinya.
“Ya, memang saya nak pulangkan hati awak
hari ini dan waktu ini.”
Bagai terkena panahan petir. Adele tidak
dapat lagi menahan kesedihan itu. Perpisahan baginya merupakan satu penyiksaan
yang amat pedih!
“Kenapa awak perlu menunggu selama hampir 2
tahun Haziq? Sampai hati awak permainkan saya.”
“Adela, saya tidak berniat langsung untuk
melukakan awak. Tapi saya terpaksa memilih jalan ini. Jalan untuk melepaskan
awak. Awak, bukan bermaksud saya tidak mahu menikahi awak. saya rasa bersalah.
Saya tersepit antara ibu dan awak. Adela, saya minta maaf.”
“Takpela awak, taatlah kepada ibu bapa
awak. Mungkin Tuhan sudah takdirkan saya begini. Awak saya mohon sesuatu dari
awak. Boleh awak tunaikan permintaan saya ini.” Ungkapan yang agak bersahaja
dari Adela tetapi, jauh di lubuk hatinya beribu duka yang terpaksa dirahsia.
“Baiklah awak”
“ Saya berharap awak takkan lupakan saya
dan takkan sesekali membuang kisah kita.” Balas Adela.”
Pertemuan itu berakhir dengan sebuah
tangisan. Tembok yang dibina bersama kini roboh. Impian yang kini diharapkan
tercapai kini runtuh bersama linangan air mata. Adela pasrah dengan apa yang
menimpa dirinya. Haziq berlalu pergi dengan penuh penyesalan. Dia telah
menitiskan racun pada hati seorang wanita yang dia cinta. Tapi apakan dayanya.
Cintanya kepada keluarga terpaksa diturutinya jua.
“Maafkan aku Adela.” Bisik hati Haziq
********
4 tahun sudah berlalu. Berita mengenai
Haziq tidak lagi diketahui oleh Adela. Dia pun sudah hampir melupakan kisah
cinta mereka. Takdir Allah merencanakan sesuatu buat hambanya. Pada hari itu,
entah kenapa Adela berhajat untuk bercuti di sebuah pulau peranginan. Dia ingin
mencari ketenangan dan membuka sebuah buku baru.
Adela
amat menggemari kawasan percutian yang mempunyai panorama yang indah dan
menarik. Setiap tahun dia pasti akan membawa kedua ibu bapanya untuk bercuti
bersama. Kali ini Pulau Pangkor menjadi tempat percutian mereka. Tempat itu menjadi
saksi pertemuan antara Adela dan ‘dia’.
“Eh, macam kenal jer pasangan keluarga itu.
Aku pernah lihat lelaki itu” Bisik hati Adela.
Sepasang suami isteri berlari
berkejar-kejaran bersama anak-anak mereka yang begitu comel. Mereka
berlari-lari anak sambil disambut dengan hela tawa. Gembiranya mereka!
Tiba-tiba bola yang dipegang oleh anak
kecil dari pasangan itu telah terlepas dari tangannya dan bantuan sang angin
telah membawa bola itu ke kaki Adela. Ini bukan perlawanan bola sepak. Ini
adalah titik mula pertemuan kedua antara ‘dia’ dan ‘dia’. Sang ayah berlari
mendapatkannya.
“Err..cik maafkan anak saya ye.”
“Eh, takpe dia tak sengaja”
Mata mereka bertentang. Suasana menjadi
tenang…
“Adela?”
“Haziq? ”
“Allah pertemukan kita di sini. Adela, saya
minta maaf menyepi tanpa berita. Err..Awak macam mana keadaan awak sekarang? Erm….Awak
dah berkeluarga?” soalan Haziq tersekat-sekat.
“Alhamdulillah, InsyaAllah, cuma jodoh saya
masih belum sampai. Awak doakan ye. Kenapa awak macam malu-malu jer dengan
saya? Awak, jangan risau. InsyaAllah hati saya dah kuat. Awak tak perlu takut
dan malu dengan saya ye.”
“Abang…” Panggilan dari isteri Haziq.
“Adela, perkenalkan ini isteri dan
anak-anak saya.”
Air mata Adela kembali berkaca. Dia cuba
menahan rasa sebak di dada tapi tidak terdaya. Bukan kerana status Haziq yang
sudah beristeri tetapi kesanggupan dan kesabaran Haziq menerima keadaan
isterinya itu dengan sebaiknya.
Haziq
mempunyai seorang isteri yang cacat sebelah matanya. Hanya mata kirinya sahaja
yang berfungsi. Isterinya begitu solehah, bertudung labuh dan peramah. Mereka
bersalaman tanda berkenalan.
“Haziq kini aku rela kenapa kau tidak
memilih aku, kau telah memilih seorang insan yang istimewa rupa untuk
dibahagiakan. Aku pasti kau juga turut bahagia.” Bicara hati Adela.
“Awak nie Adela kan? Haziq pernah
menceritakan tentang awak. ” soal Fatimah, isteri kepada Haziq.
“Err..ye saya kak…akak, bersyukur pada
Allah ye kerana kurniakan suami macam Haziq. Dia seorang lelaki yang baik kak.”
“Ye dik, Adik akak minta maaf kalau akak
menjadi perampas cinta kamu berdua.”
“Tak kak..cinta saya milik Allah. Allah ada
seseorang istimewa untuk saya. Saya redha kak. Saya rasa bahagia bila Haziq
mendapat seorang isteri solehah macam akak. Terima kasih ye kak”
“Akak tak secantik adik, tapi akak
bersyukur di atas kurniaan ini dik.”
“Umi..jom main” tiba-tiba putera dan puteri
Haziq memanggil uminya.
“Adik, kami minta diri dulu ye. Moga Allah
pertemukan kita lagi ye.” Bicara Fatimah mengundurkan dirinya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumssalam.”
Haziq dan isterinya berlalu pergi. Mereka
sempat berbalas senyuman.
“Moga mereka bahagia di dunia dan akhirat. Akan
ku cari pengganti seseorang seperti kamu.” Doa Adela kepada pasangan
itu.
Buat Haziq terima kasih atas berkenalan lalu..ku
hadiahkan kau sebuah melodi lagu untukmu..aku bangga denganmu.
~Someone
Like You~
~Adele~
I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.
Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.
I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah
You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days
I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah
Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.
Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.
I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah
You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days
I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah
Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah
Dengarlah lagu ini sebelum anda menutup cerita Seseorang seperti
kamu ini!Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah mereka.=)
1 comment:
cerita buat sendiri kah?
Post a Comment