Bismillah, dengan nama
Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah segala puji bagi
Allah yang menciptakan seluruh Alam. Selawat
serta salam buat junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W
Setiap
kehidupan kita pasti diiringi dengan harapan. Hidup tanpa harap ibarat pokok
bunga yang hidup tanpa dibaja dan di siram air. Kehidupan ini dikurniakan dari
Allah kepada kita dan harapan untuk meneruskan kehidupan pula adalah dari kita
kepada Allah. Tanpa harapan kita pasti tidak akan mampu untuk meneruskan
kehidupan kita. Allah telah menyebut dalam kalamnya yang penuh bermadah dan
berhikmah…seperti yang terkandung di dalam surah Al-Insyirah yang membawa
maksud “ dan hanya pada TUHANMU lah engkau bergantung HARAP”. Itulah peri
tingginya sebuah harapan.
Harapan
kita untuk dihidupkan adalah menanam baja-baja kebajikan dan kebaikan.
Pengalaman hidup kita ini akan kita jadikan pengamalan apabila kita berada di
alam yang kekal abadi yakni Akhirat. Kita hidup untuk harapan ke akhirat dan
berharap kita ditempatkan di syurga. Mari sama-sama kita doakan moga kita
terpilih dalam kalangan ahli syurga. Insya Allah.
Dalam
percintaan juga ada pengharapan dalam pernikahan juga disulami dengan harapan.
Selagi kita berharap pada kehidupan berumah tangga yang baik selagi itu kita
akan berusaha untuk menjadi pasangan yang terbaik. Begitu juga dengan alam
percintaan, jika kita berharap bahawa ‘dia’ merupakan harapan kita untuk
menjadi peneman setia kita mestilah persiapkan diri dengan jalan yang paling
suci. Bukan zina apatah lagi melakukan perkara yang lagha (lalai). Tidak salah
berharap dalam cinta tetapi menjadi kesalahan apabila kita bergantung harap
kepada ‘si dia’ kerana hati manusia itu berbolak balik sifatnya. Bercinta boleh
sahaja putus, bertunang juga boleh sahaja diputuskan bahkan berkahwin juga
kadang-kadang kala akan berakhir dengan penceraian kerana semua itu datang dari
Yang Maha Merencana.
Harapan
dalam perhubungan itu perlu diletakkan kepada si pemberi jalan untuk berhubung
yakni Allah. Doa dan istiqamah dalam menjaga ikhtilat itu yang utama. Bagaimana
jika hubungan itu sentiasa berbaur zina dan dosa. Allah pasti tidak redha. Saya
mungkin insan yang tidak layak untuk berbicara soal ini tetapi saya hanya insan
yang berdosa sekadar melontarkan persoalan kepada insan-insan yang sedang di
lamun cinta.
**********************************
“Saya tak nak awak
berharap apa-apa dari saya”
“Kenapa?”
“Saya takut nanti ada
di antara kita ada yang terluka”
“Benar, tapi salahkah
untuk saya memberi harapan”
“Awak yakinlah dengan
Tuhan tentang sebuah perhubungan kerana Tuhan itu Maha tahu apa yang terbaik buat kita.”
“Saya pilih awak bukan
kerana rupa, saya tahu jodoh itu rahsia ilahi tapi jodoh yang baik perlu di
cari”
“Tapi…saya rasa saya
bukan orangnya”
“Tapi saya yakin awak
antara orangnya”
“Hmmm…kalau bukan
bagaimana?”
“Redha. Sebab yang
selebihnya itu urusan dari DIA. Tapi jika benar pula bagaimana?”
“Saya terima. Jika itu
sudah takdir dari yang Esa”
“Mudah-mudahan ada
hikmah di sebalik pertemuan ini”
“Benar, apa yang
berlaku jangan sekali-kali kecewa kerana semua itu ketentuan darinya.
(coretan dari sebuah
mimpi kosong)
1 comment:
I love ur writing en husairi hanafi..
Tenang rasa bila membaca..
Tq for this blog.
Keep up a good work!
Sincerely..,
-YaYa-
Post a Comment