Jangan
bila kita sudah mula berubah dan melangkah kita merasakan diri kita cukup
sempurna dan diredhai Allah. Jangan pernah kita rasa sombong dengan insan yang
bernama manusia. Sebuah pertemuan kadang-kadang diuji dengan percintaan dan
kadang-kadang akan turut terruji dengan perpisahan. Berpisah itu lumrah dan
pertemuan itu sebenarnya datang dari Allah.
Benar
ada perhubungan yang terpisah. Kadang-kadang masa lalu itu kita tinggalkan
perlahan dan hilangkan tanpa ada kesan. Tapi jangan sekali-kali membenci dan
memandangnya nista. Kita bukan sempurna mungkin kita berubah natijah darinya.
Lucu ada yang cuba melarikan diri apabila bertemu bahkan ada yang memalingkan
muka seolah-olah melihat hantu. Kita sedar diri kita penuh dosa tapi kita juga
sedar takkan selamanya kita hendak berdosa. Perbuatannya menghukum seolah-olah
kita pendosa yang akan pasti masuk ke neraka. Allah moga dijauhkan dari
kejahatan ini.
Acap
kali terjadi, jangan rasa khuatir..kita takkan ada lagi permainan atau ayat
yang mengukir. Kita hanya hendak bersahabat bukan memikat jauh sekali untuk
terpikat. Kita sedar kita siapa. Tapi jika tiada kesudian kita tidak memaksa.
Ya, mungkin kita ini dipandang dan dihidu busuk dengan dosa. Moga Allah
menerima taubat kita. Ameen
Kita
berbicara dengan bonda bukan bermakna kita berkehendakkan menabur gula apatah
lagi menitiskan cuka pada luka di dada. Tidak. Kita hanya berbicara ikhlas dari
hati seorang anak muda. Kita bukan bersengketa tapi kita sedaya menyusun kata
dan gerak untuk sebuah cerita. Usah dikhuatir kita takkan sesekali cuba
meningkah. Kita takkan merosakkan apa yang telah di bina..Kita hanya ingin
melihat senyum dan bukan pandangan dosa.Itu sahaja dari kita.
No comments:
Post a Comment