Malam itu sebelum aku
menutup mata, aku sempat menonton satu movie yang menarik. Jangan salah faham.
Movie itu berbentuk ilmiah dan kemanusiaan! Entah kenapa aku rasa bernafsu
untuk menonton movie itu. Aku cuba download tapi acap kali gagal. Tolong jangan
salah faham. Aku bukan kaki download yang menyebabkan line wifi kolej menjadi slow. Apakan daya..mujur ada movie online.
Mata aku masih belum mengantuk lagi. Jadi movie menjadi pilihan. Mesti korang
menyoal dalam hati…tengah-tengah malam nie lebih elok buat SOLAT TAHAJJUD!” Dah
tentu dapat pahala. Benar banyak keistimewaan solat tahajjud ni tapi korang dah
buat ke?. Jika dizinkan nanti aku ceritakan berkaitan dengan solat sunat
pendekat hati ini. Biasala aku sering kali lalai dan alpa dengan nikmat dunia.
Astagfirullah
Kembali
kepada movie tadi, sebenarnya aku tidak bernafsu untuk melihat cerita-cerita
berbentuk cinta terutama drama atau filem Melayu yang jiwang-jiwang ni. Terlalu
banyak ‘drama’ yang disajikan! Hmmm..bosan. tapi jika filem Hindustan..its okay for me! Jangan salah faham, aku
bukan mat bollywood atau syeikh bangla. Aku hanya seorang jejaka yang punya
rasa dan jiwa. HA HA HA. Cerita Hindustan ini penuh pengajaran dalam kehidupan.
Sasteranya juga tinggi. Melodinya juga indah dan bahasanya juga asyik! (Nora
bagi lima bintang). Okay, aku bukan fanatik tapi sekadar melayan sahaja. Aku
bukan main tengok sahaja aku juga selektif dalam pemilihan filem. HA HA HA!.
Mungkin ada golongan lelaki yang minat cerita bollywood ni tapi cover line, muka gangster tapi duduk
dalam bilik sorang-sorang pasang cerita KUCH
KUCH HO TA HAI!...ada yang sampai menangis kot..HO TAK HANG!. Itu belum sentuh yang kaki KOREA lagi. Ketagihannya
terhadap drama Korea melebihi kaum wanita. Ish..ish..
Buat
wanita, keras mana pun lelaki termasuk anggota peranakannya tapi percayalah
apabila terusik jiwa, kalbunya mudah menjadi lembut seperti sutera. Walau
mukanya seperti raksasa tapi ketulusannya mampu mencairkan hati wanita. Ini
fakta! Tengok saudara Malik Noor, seorang insan yang bertubuh sasa akhirnya
tetap bertemu jodohnya.(Ini cerita lama, macam takda kaitan je)
Okay,
mungkin ada juga yang salah faham, cerita Hindustan ni tengok berdosa. Boleh
buatkan anggota peranakan kita terseksa! Tapi cuba korang bagitahu dekat aku,
cerita atau filem Melayu mana yang takda langsung menayangkan aurat wanita???
Ada, mungkin jarang-jarang. Contoh filem “USTAZ,
MU TUNGGU AKU DATANG” Itu pun sebab ada UAI, kalau takda beliau lingkup dan
bungkus filem tu. Mungkin ada yang perasan filem itu sebenarnya bukan fokus
tentang UAI tapi tentang DAKWAH.
Dakwah melalui jemaah TABLIGH. Bro Pierre mungkin hendak menukar persepsi
negatif masyarakat terhadap JEMAAH
TABLIGH ni. Benar, sebenarnya kita
ramai yang tersalah anggap kepada mereka hakikatnya mereka melakukan tugas
dakwah! Jika kita tidak mampu menjadi seperti mereka jangan sekali membenci
tapi kirimkanlah doa. Mudah-mudahan ada
juga terselit pahala untuk kita. Insya Allah.
Okay
terlanjur berbicara dan lari dari fokus utama aku nak syorkan beberapa movie
Hindustan yang best untuk ditonton bersama keluarga tapi lebih sweet duduk di
dalam bilik berdua bersama suami dan isteri. Buat suami jangan tidur pulak dan
jangan ganggu fokus mereka semasa menonton movie. Kepada remaja yang bercouple.
Jangan nak berangan tambah dosa! Dahla dosa bercouple nanti macam-macam
jadi! Baiklah dengar sini baik-baik tajuk filem yang aku hendak syorkan. Ni
pendapat aku..terpulang pada korang. Pada geng-geng ustaz atau ustazah jangan
hukum terus aku masuk neraka ye. Ingat, pelacur
pun boleh masuk syurga bila dia berikan air minuman kepada anjing dan ingat
lagi ahli agama juga ada yang masuk ke neraka apabila hanya bertukar niat untuk
melakukan kejahatan! Oi..mana cerita ni..asyik membebel je.. ok list aku untuk movie pilihan 1. TAARE ZAMEN PARR ( Kisah tentang
seorang anak autisme dan guru yang ohsem lakonan Amir Khan) 2. 3 IDIOTS (Kisah tentang 3 orang pemuda
yang best dan lawak tapi penuh ilmu). 3. Kabhi
Kushi Kabhi Gham ( Kisah tentang kekeluargaan), 4. Kuch Kuch Ho ta hai (Suami yang kehilangan isteri), 5. Rab Ne Bana di Jodi (Kisah tentang love
after nikah) dan banyak lagi. Korang tengok la sendiri. Maaf aku sebenarnya
sudah tersasar dari objektif dan tujuan penulisan ini! HA HA HA
Berbalik
kepada pengenalan aku tadi, cerita yang tengok tu tentang banduan yang berjaya
melarikan diri dari penjara. Mungkin ada yang berminat cerita seperti ini dan
mungkin juga tidak. Tapi menonton filem ini lebih selamat daripada menonton
filem2 yang boleh menyeksa anggota batin anda!!! Sila insaf!! Cerita ini
berjudul ESCAPE FROM AL CATRAZ yang diterbitkan pada tahun 1979. Mungkin
korang belum lahir dan mungkin juga jodoh ayah dan ibu kita masih tergantung di
arasyi Allah s.w.t. Terima kasih ayah dan bonda kerana sudi melahirkan dan
menjaga saya. Terima kasih Allah kerana menghadirkan mereka. MMMUUAAAAAHHHHHH.
Sayang rindu untuk mereka.=)
ESCAPE
FROM AL CATRAZ mengisahkan sekumpulan banduan yang
berjaya meloloskan diri daripada penjara
di Pulau Alcatraz, San Francisco, Amerika Syarikat. Kehidupan dan perasaan
penjara digarap dengan kemas sehingga menyebabkan aku hampir melelehkan air
mata. Sedih kot…Akhirnya dengan strategi dan harapan mereka berjaya keluar
daripada pulau itu yang peratusnya sukar untuk meloloskan diri. Silalah tengok
jika hendak tahu dengan lebih lanjut. Bagi kaum wanita yang nak tengok filem
ini nasihat aku abaikan part golongan
banduan (lelaki) tengah mandi. Okay. (Ha…nak tengok la tu..jangan2.. nanti
Allah marah aku pun marah!)
Lepas
menonton filem tu, aku pun tertidur..tapi sebelum tu sempat pula aku membelek
buku yang bertajuk “PERMATA YANG HILANG
KINI DIJUMPAI” ha..tolong jangan salah faham okay ini bukan buku PERMATA
YANG HILANG. Buku ini karangan Hamka
Kereta Mayat. Mungkin korang juga bertanya.. “kenapa tak baca Quran je,
sebelum tidur?” itukan lebih baik dan mendapat pahala. Benar. Tapi tidak
menjadi kesalahan apabila kita membaca buku berbentuk ilmiah bukan? Di dalam
buku itu ada banyak cerita tentang kehidupan dan persiapan diri untuk bertemu
tuhan sebelum kita menjadi mayat dan juga persediaan untuk menghadapi alam
rumah tangga! Juga terselit hadis dan juga KALAM Allah. Bukankah membaca maksud
ayat-ayat Allah juga mendapat pahala. Lebih baik aku membaca buku seperti itu
daripada aku membuang masa melelehkan air mata membaca novel-novel cinta yang
entah apa-apa tebal dan banyak mencarut!
Okay
tidak lama selepas itu, aku terlelap. Lena. Oh indahnya. Aku pernah ditarik
nikmat tidur. Alangkah seksanya jiwa. Ke kanan tidak kena, ke kiri tidak kena.
Macam-macam senaman yang aku lakukan tapi tidak juga berjaya. Menjelang subuh
baru lah mata terlelap. Hebat syaitan ni! Hari tu subuhku menjadi subuh
DINASOUR. Astagfirullah. Telat lagi. Apa nak jadi husairi!!!!!! Suami
yang ohsem adalah suami yang bangun di awal subuh bukan di penghujung subuh!
Ok. Aku format kembali diri. Doakan aku ya. Wahai sang isteri yang aku tidak
tahu siapa, dengarlah bintang hatiku ini..abang akan menjadi seorang yang soleh
sebelum melamar dirimu. HA HA HA HA HA HA!!!!!
Selepas
bersolat aku , aku termenung di tikar sejadah. Sakit itu datang lagi, makin
syahdu sakitnya. Makin ku tahan makin ia melawan. Sakitnya seperti putus cinta.
HA HA HA HA! Aku cuba tenangkan diri dan beristighfar. Tapi apakan dayaku
sebagai hamba Allah yang penuh dosa. Aku tidak daya. Selepas mempersiapkan
diri, aku memecut laju ke klinik. Roomateku bertanya nak ke mana? Aku cakap ada
date dengan seseorang! Penting! (Muka
selamba menahan sakit)
Akhirnya
aku tiba di sebuah klinik. Oh alangkah bahagianya rasa. Aku lantas masuk ke
bingkai pintu klinik itu. “Aikkk..kenapa kosong je ni…”bisik hatiku. Owh ada
loceng di meja. Pantas jari ku menekan. “kring..”Lantas keluarlah makhluk hijau
bertudung litup. Menyambut aku dengan senyuman. Rasa hilang sementara
kesakitanku. Aku pun berbicara masalah sebenar yang aku hadapi dan selepas dia
mendengar lantas terpacul di mulutnya (eh jap..kenapa macam ayat novel ni. Lantaklah!)
“Awak, nanti Dr. Check
ye, kalau ada masalah mungkin awak akan mengalami pembedahan kecil, jika tiada
aral masalah awak itu mungkin DR. akan selesaikannya secepat mungkin”
“Gulp..kena
bedah???(meremang bulu roma aku)”
“Okay. tunggu sebentar
ya.” Gadis itu tersenyum dengan berbekalkan lipstik merah dibibirnya
“Baiklah..”Aku balas
dengan senyuman yang pahit.
Beberapa minit
kemudian….
“Husairi..” Seorang
gadis memanggil namaku. Oh merdunya suara …
“Ye saya, “ Jawabku..
“Merdu suaranya, itulah
yang dinamakan vokal bukan sekadar rupa!” Bisik hati ku
“Masuk sekarang ye.”
“Baiklah”
Aku
memasuki bilik itu dengan penuh debaran dan kesakitan. Tapi hilang lagi
kesakitan ku apabila melihat senyuman keayuan dari seorang DR. entahlah masih
cik atau puan. Inilah DR. yang menjadi idaman pesakit agaknya.”
“Hasil
kajian aku, muka dan wajah DR juga merupakan antara faktor penyembuhan kepada
pesakit itu. Rupa cantik dan ditambah pula dengan kelembutan dan berhemah
ketika merawat itu adalah nilai tambah. I love u work DR.errrrrrrrr” tapi harus
dingat. KESEMBUHAN ITU DATANG DENGAN KEIZINAN ALLAH, JIKA ALLAH BELUM IZINKAN
PENYAKIT KITA UNTUK SEMBUH MAKA BERSABARLAH. MUNGKIN ALLAH HENDAK MERINGANKAN
AZAB KITA DI KUBUR DAN AKHIRAT.=)
Kadang-kadang ada juga
DR. yang muka dahla macam *&^^*((^^ merawat pesakit pun macam apa lagi.
Geram aku. Aku tahu korang stress tapi pahamilah jiwa orang yang sakit.
Okay, mungkin antara
anda semua yang hendak pilih calonnya dalam kalangan DR. atau jururawat. Itu
terpulang kepada pilihan anda. Ketahuilah bahawa kerja mereka juga adalah kerja
yang mulia!
Lantas CIK DR. itu pun
bertanya..
“Berape hari dah awak
sakit? Malam boleh tidur tak?”
Aku pantas menjawab.. “
Baru je DR. Kalau DR. tanya tentang tidur saya.. Alhamdulillah saya lena je di
ulit syaitan yang direjam. Terlajak subuh lagi”
Satu bilik itu di
sambut dengan hilai tawa
“Diorang ni gelak
pulak. Aku dahla tengah sakit”
“Ok sekarang awak
buka..”
“Hah buka apa DR.?
Teruknya soalan aku
“Muka mulut lah..”
Jawab cik DR. dengan lembut dan senyuman..
“Heeee..”
Korang mesti tahu
sebenarnya masalah yang aku hadapi ini kan?? Ha cer teka…sakit apa yang aku
hadapi???
“Owh..ini tak perlu
dibedah..kita cabut jela..okay?”
“Gulp..terus cabut???”
“Ye, awak jangan risau
ye ada ubat bius. Dengan Izin Allah takkan sakit”
“Ok buka mulut…tahan
ye”
Bius pertama disuntik
ke dalam mulut ku..kemudian kedua dan ketiga…
“Oh inilah yang Melly
Geoslow rasa apabila beliau menyanyikan lagu ..aku di bius cinta” HA HA HA
“Okay awk baring dulu
ye, kita tunggu ubat bius tu bertindak”
Sedang mataku memejam.
Aku terdengar gemersik bunyi dan melodi syahdu
“Macam pernah dengan
melodi ni tapi di mana ya??” Soal hatiku
Melodi itu berbunyi begini.. “Astagfirullaahal 'azhiim Alladzi laa ilaaha illaa huwal hayyul qaiyyuumwa atuubu ilaih….”
Aku insaf!
Allah,
inilah klinik pertama yang aku pergi yang telah mengingatkan aku dekat dengan
TUHAN! Sentiasa terpasang zikir yang menenangkan jiwa dan menenangkan hati.
Subhanallah. Aku sudah jatuh cinta! Ku lihat di samping peralatan yang canggih
dilengkapi LED TV jenama SAMSUNG dan
speaker yang kena dengan arrangement treble dan bass nya dan suara kumpulan
hijjaz itu. Aku berasa bagai berada di alam bahagia.
Aku
melihat tepat ke arah lampu yang menyala. Aku lantas terbayang bagaimana nanti
ketika keadaan aku ketika di cabut nyawa???Allah permudahkanlah urusan aku pada
waktu itu. Mari kita doakan moga-moga
kita mati dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH. Ameen.. Zikir itu menghilangkan
segala keresahanku.
Kini…tibalah
masa yang di nanti-nantikan. Kesakitan akan hilang…. Selamat tinggal si putih,
bukan ku tak sudi untuk bersamamu lagi tapi apakan dayaku kerana aku terpaksa
melepaskanmu. Terima kasih atas jasamu selama berpuluh tahun sudi berkongsi
hidup dengan ku..aku terpaksa melepaskanmu. Ku relakan jiwa…..
“Okay tahan skit
ye…bunyi ‘krik krik krik tu biasa”
“Awak..tahan ye..anggap
macam tiada apa-apa ye..tarik nafas..lembutkan badan…PUSH..PUSH..PUSH (dialog push
tu aku tambah sendiri)
“Ish nurse sorang
ni..macam aku nak beranak pulak. Mujurlah wajah kau ohsem. Aku ikut nasihatmu.
he he he” Bisik hatiku lagi
“Alhamdulillah, okay
awak dah selesai”
“Aik cepatnya…..”
“Okay lepasni jaga
kesihatan baik-baik ye..Ingat Allah jadikan kita sempurna dan hargai
setiap pemberian Allah itu ye.” Pesan Cik Dr. itu.
Aku
hanya mampu tersenyum. Lidah dan mulutku kaku tidak mampu berkata bukan kerana
kelu dek bertentang mata dengan cik DR itu tetapi mulutku kebas hasil ubat bius
itu. Owh..pertemuan yang singkat penuh hikmat! Moga Allah redha.
Di kaunter..
“Hmm..semua sekali
RM__. Oleh sebab awak masih student, DR. bagi diskaun dan ini ada sedikit
kelengkapan untuk jaga kesihatan awak. Jangan risau yang ini free sahaja. Kos
rawatan dan ubat sahaja yang dikenakan bayaran” Kata Nurse berlisptik merah
itu.
“Terima kasih ye,
nurse..sampaikan terima kasih saya kepada DR ye..tadi tak sempat cakap sebab
lidah saya kelu macam berjumpa cinta pandang pertama!
“HA Ha ha!”
p/s : cerita ini adalah
cerita benar tentang aku. Namun berlaku sedikit pengubahsuaian dalam cerita ini
supaya tidak terlalu sensitif dan terlalu mengarut. Mungkin ada yang bertanya
lagi. “ kenapa tak pergi klinik di universiti atau di klinik kerajaan? Ok untuk
jawapan ini aku jawab.. “SUKA HATI AKULAH NAK PERGI KLINIK MANA!” Okay jika
anda mengalami masalah gigi, saya syorkan anda pergi ke KLINIK PERGIGIAN SHIKIN, TAMAN UNIVERSITI TANJUNG MALIM PERAK atau
boleh hubungi di no 05-4598926. Murah dan indah!! (Tumpang promote ye cik nurse dan cik DR.)
Akhirul kalam memetik kata-kata di kad rawatan aku “KEWAJIPAN MANUSIA HANYALAH BERIKHTIAR. TUHAN SAHAJA YANG MENENTUKAN
SEGALA-GALANYA. SESUNGGUNYA SIHAT DAN SAKIT ITU ADALAH UJIAN DARI ALLLAH S.W.T.
“
p/s ke 2 : Sebelum korang keluar dari titipan ini..luangkan sedikit masa untuk kita sama-sama berzikir..ok ikut video ni ye..1.2.3...
7 comments:
cerita yang sangat menarik ... tergelak juga membacanya ..
berapa ya cabut gigi kat klinik tu? nak pegi,tapi takut mahal.
Salam kene buat appoinment dulu? atau macam mana?
Terbaek. Tq
Post a Comment