Labels

Pages

Followers

Wednesday, July 25, 2012

Aku seperti Sampah !



Salam Ramadhan, Alhamdulillah sudah hari kelima kita berpuasa. Syukur pada yang Esa dalam kesibukan bekerja saya masih lagi diberikan kesempatan untuk menitip sedikit coretan di halaman ini. Kisah pengalaman kerja. Ya! itulah yang akan saya coretkan untuk untaian ini.

Hari ini berkesempatan untuk melawat  kawasan pelupusan sampah. Kami diminta untuk melupuskan beberapa barangan kolej dan saya diarahkan untuk menjadi cameramen untuk mengambil bukti pelupusan tersebut.

Sampai sahaja di kawasan pelupusan itu, kami disambut dengan beberapa orang pekerja yang diketuai oleh seorang lelaki berbangsa India yang saya gelar uncle.  Perwatakannya agak garang. Mungkin dia berketurunan Mamak.

Hati saya menjadi sayu apabila melihat keadaan dan pekerja di situ. Ini bukan melihat rancangan Bersamamu. Ini bukan soal menonton filem sedih di You Tube! Tetapi saya melihat dengan mata dan hati saya sendiri. I see with my own eyes. Timbul persoalan dihati saya. Sanggupkah saya bekerja di tempat yang berbau busuk, di penuhi lalat dan ulat. Cuba anda bayangkan kawasan lubang yang besar dipenuhi sampah dan anda melihat ulat sampah menari-menari riang di kawasan itu. Di selangi pula dengan aroma yang mengugat sistem pernafasan anda.

Tetapi, masih ada insan yang mencari rezeki HALAL di situ. Apa yang mereka lakukan? Mereka bekerja di kawasan itu. Bau yang busuk, ulat dan lalat menjadi tatapan harian mereka. Ini bukan kerja HINA! Ini adalah kerja yang paling MULIA bagi saya! Berapa ramai yang sanggup bekerja di kawasan ini? Bangsa apa yang sudi untuk mencari rezeki di dalam lapangan ini? Anda nilailah sendiri.

Kebanyakan pekerja di kawasan itu adalah dari rakyat berbangsa asing. Bangsa Melayu? Ada. Sila lihat di Lorong Kunyit, Lorong Haji Taib, Disko-disko, Pusat Serenti, Penjara dan kawasan- kawasan semak yang menjadi syurga untuk penagihan dadah. Saya bukan hendak menyalahkan bangsa kita tapi semua ini ada di hadapan mata kita. Lihat sahaja di dada akhbar dan media massa. Berapa banyak kes yang melibatkan bangsa kita. Kes tak puasa  jangan dikira. Hebat bangsa kita! Bernaung di bawah raja yang tidak boleh kita derhaka, mengikut telunjuk pemerintah setaatnya. Bukankah mereka yang menjadi hamba kepada kita? Kita yang memilih mereka..mereka yang harus berbakti kepada kita. Sudah menjadi kewajipan pemerintah untuk menyediakan kemudahan kepada kita.

Saya bukan mahu berbicara panjang berkenaan dengan politik. Cuma saya ingin berkongsikan buah fikiran saya di ruangan ini. Mungkin ada pembaca yang hairan kerana banyak tulisan saya sebelum ini berbentuk cinta. Apa? berbentuk cinta? Ya saya akui. Tetapi harus diingat bukan soal cinta kosong tapi berbicara tentang soal ke mana arah cinta itu di bawa. Terpulang pada pembaca untuk menilainya.

Apa yang yang menyentuh hati saya ketika mana berbicara dengan uncle yang ada di kawasan pelupusan sampah itu. Begini situasinya

Saya : “Uncle kami minta maaf tadi ada masalah sikit ada problem.”
Uncle : “Ok no hal. Cuma lain kali u kena hati-hati okay. Adik, u tak pe ke masuk kawasan sampah ni.”
Saya : “Err.. okay uncle (dalam hati macam-macam yang saya fikir).”

Sampah-sampah dan barang yang akan dilupus akan dibuang di sebuah lubang sampah. Sebagaimana yang saya katakan tadi. Baunya yang begitu menguji sistem pernafasan kita di bulan puasa ini dan melihat pula lalat yang begitu banyak. Jumlah yang lebih banyak dari penonton yang menyaksikan perlawanan Malaysia dan Arsenal malam tadi. Tiba-tiba uncle bersuara…

Uncle : “ Man, itu plastik yang ada nasi jangan buang dalam lubang tue, simpan untuk bagi anjing-anjing dan kucing-kucing.” Bisik Uncle kepada pekerjanya
Saya : “( bermonolog dalam hati: mulianya hati beliau. Tidak membiarkan anjing-anjing kelaparan. Walau memang itu tempat mereka. Binatang juga turut mempunyai perasaan seperti kita. Cuma yang membezakan kita adalah akal dan fikiran. Otak mereka pun ada.)”
Uncle : “Saya tau u orang puasa. Jangan tak selera pulak makan bile tengok tempat nie.”
Saya : “Eh, xdala uncle.. saya cuma terkejut jer”
Uncle : “Kenapa?”
Saya :  “Tak ramai yang nak buat kerja macam nie. Saya salut pada uncle dan pekerja-pekerja uncle.”
Uncle : “Apa boleh buat dik ini memang kerja kitorang. Asalkan halal dan dapat bagi makan anak bini kitaorang dah syukur pada Tuhan. Rezeki tue kan Tuhan yang bagi.”
Saya : “Iye uncle.”

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...