Labels

Pages

Followers

Tuesday, July 24, 2012

PUTUS CINTA!


Salam Ramadhan, cinta dan remaja takkan pernah lari dari kehidupan mereka. Ibarat satu pertalian yang erat. Terkadang ada di antara mereka terasa asing bila tidak memiliki cinta sejati. Alahai! Ini yang membahayakan kita. Cinta yang tiada keberkatan. Susah!

Ibarat kata pepatah moden, masa bercinta bau kentut rasa coklat. Segala keaiban yang ada pada pasangan masing-masing menjadi keindahan di mata. Konon ingin menjaga hati dan perasaan. Cinta sejati kata mereka. Ada pula yang menamakan “Islamik Coupleindah pada nama, busuk pada agama. Sungguh bahaya! Awas! Jangan terjerat dengan bisikan yang akan membawa kita ke lembah zina dan menjadi antara ahli untuk ke neraka.

Ketika hangat bercinta sememangnya ada ciri-ciri Islamik yang dipertautkan. Ya! ketika hati mula merasa nikmat kemuncak percintaan. Tapi andainya Allah menjadikan pasangan kita itu sebagai ujian. Hubungan mula terlerai dari tali keakraban. Hati mula gundah ibarat wajah yang tiada bayangan. Layakkah kita berbicara bahawa Pencipta kita cemburu dengan kita kerana cinta yang patutnya diberikan kepada Pencipta kita tetapi kita zahirkan pada yang tidak selayaknya. Ya, itu ujian!

Zina dan remaja turut menggusarkan hati ibu bapa. Bila berbicara soal Zina, terlalu banyak perkara yang perlu dijaga. Jaga hubungan kita dari setiap segi. Elak dari diri menerima zina mata, zina hidung, zina kaki, zina tangan dan zina hati! Hai pemuda pemudi di luar sana sanggupkah anda menghindari semua ini dengan pasangan anda? Tepuk dada tanya iman dan diri anda.

Putus cinta? Ke mana hati ini hendak di bawa?  Bunuh diri? Korbankan maruah diri? Tidak..jalan itu tidak direstui Ilahi. Habis madu sepah dibuang. Tahniah! Kepada mereka yang telah putus cinta dan kembali mempertautkan cinta kepada yang Esa. Sekurang-kurangnya mereka berubah. Kalau dulu hati sentiasa merindu deringan telefon dan suara dari dia. Tapi kini hati mula merindu dengan alunan ayat-ayat sucinya dan suara azan yang merdu! Kalau dulu tempat maksiat jadi kawasan dating, kini masjid menjadi kawasan paling penting!

Tidak perlu mendengar lagu-lagu kecewa cinta bila semua sudah sampai ke penghujungnya! Basahlah lafazmu dengan doa-doa. Hiasilah hatimu dengan alunan surah-surahNYA. Dititipkan di sini beberapa penawar doa bagi mengubat kekecewaan dalam cinta. INSYAALLAH. Akan berhasil. Cubalah! Memang berbaloi! Antara darinya Surah Al-Insyirah. Surah yang penuh motivasi. Mudah untuk dingat dan jadikannya pengubat hati yang penat! Setiap kesulitan pasti ada kemudahan!








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...