Labels

Pages

Followers

Thursday, July 26, 2012

~Senyumlah Bila Kita di Uji~


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.(Al-Anbiyaa, ayat 35)

Kehidupan kita merupakan sebuah ujian yang begitu mencabar. Berada di sebuah negara yang membangun juga begitu besar cabarannya. Kita patut berasa beruntung kerana tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur. Walau bermacam-macam pelakon dunia di dalamnya tetapi kita bersyukur kerana kehidupan kita tidak diancam dengan nyawa dan darah. Tetapi harus diingat. Keselesaan ini bukannya akan terus berkekalan. Kita kembali memutar sejarah. Jenayah, pembunuhan, rogol dan penyeksaan juga telah berlaku di negara kita yang tercinta. Perempuan mati di letupkan dengan bom sudah menjadi sejarah di negara ini.

Sabarlah bila kita diuji dari setiap segi. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Coretan kali ini tidak begitu panjang kerana saya ingin anda menilai apa yang terpampang di dalam gambar dan video yang akan saya paparkan nanti. Sentuhlah sedikit rasa sedih pada diri kita. Titiskanlah air mata untuk mereka. Dan hadiahkanlah doa buat mereka. Mereka sama seperti kita cuba berbeza takdir dengan kita. Kita di takdirkan untuk berada di sebuah singgahsana indah tapi mereka sebaliknya.

Kita selalu mengeluh tentang kehidupan. Semuanya dirasakan tidak mencukupi. Yang kaya terus tamak mengaut segala apa yang ada di dunia dan yang miskin semakin lena dibuai dengan dunianya tanpa ada daya usaha. Alangkah malangnya kepada manusia yang tidak menghargai setiap anugerah dan ujian dari Allah. Alhamdulillah, makan dan minum kita sentiasa mencukupi walau tidak semewah makanan para menteri-menteri tetapi kita wajib bersyukur. Apa yang penting sumber makanan itu halal kerana ia merupakan darah daging kita.

Adakah hati kita pernah terfikir tentang nasib mereka? Bagaimana mereka di sana? Bahagiakah mereka di sana? Biarlah beberapa lakaran ini berbicara..hayatilah…

Wajah anak kecil yang suci, senyum mereka punya isi tersembunyi..kita bukan di sini tapi letakkan hati kita pada potret ini..



Hanya ini yang mampu dilakukan untuk mengilangkan dahaga. Bagaimana kita?

Lihat mayat anak kecil ini. mati diikat bersama ibu tercinta. Apa dosa mereka?


Tangisan dari seorang anak kecil. Dia sudah mengerti tentang insan mulia yang bernama ibu. Ke mana agaknya ibunya pergi. Dia tidak mahu tinggal sendiri. Bagaimana dengan kita? Hargailah seorang insan mulia yang bernama ibu selagi beliau masih ada di dunia ini. Bahagiakanlah mereka apa adanya.

Sang abang yang masih belum arif tentang hukum duniawi kini terpaksa memikul amanah abi dan umi


Saksikanlah..
Wahai jasad yang masih punya hati dan sanubari. Hadapilah semua dugaan dengan jiwa yang penuh pengharapan pada tuhan. Jangan sesekali disalahkan takdir. Redahi apa sahaja kesedihan dan kedukaan yang -menimpa. wahai jasad yang masih punya hati. kau mampu mengubah semua ini! Janji Allah itu pasti, kata-kata nabi bukan sekadar untuk dimengerti tapi difahami dihayati dan diikuti.... 

م حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah, ayat 214)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...