Labels

Pages

Followers

Wednesday, July 18, 2012

mencari BIDADARI syurga..


Hai lelaki penegak panji dunia kembara kita terlalu panjang. Amanah yang kita sandar begitu berat dan lelah. Perjuangan kita sebagai hamba Allah masih lama dan penuh ranjau. Kita mengembara ke tinta dunia. Tanpa dibayar dengan harga yang tinggi..setiap nafas yang kita hela adalah percuma.

Hai lelaki kita sudah hampir dipermulaan purnama yang dapat mencuci segala noda kita. Melupus segala apa yang bersarang di dada. Wahai lelaki carilah barakah di purnama ini. Hentikanlah segala dosa di hari suci nanti. Perjuangkanlah segala kebaikan selagi masih ada di bumi ini.
Hai lelaki, jadilah kita seperti nabi, didiklah diri dari setiap segi, bentuklah hati dari sebarang benci dan hiasilah setiap amalan dengan penuh rasa rendah diri. Kembaralah kita sejauhnya, kelanalah kita sebebasnya kerana nanti kita akan terhenti di hari, raja segala hari.

Rindukah kita pada bidadari firdausi?  Impikah kita pada senyuman mereka? Hai lelaki andai kita tak mampu mencontohi Imam Shahid Hassan Al-Bana, Sayid Qutb dan Syeikh Ahmad Yassin..mereka shahid di medan agama. Tapi nanti dengan bidadari syurga. Kita jadilah diri kita yang senantiasa berjuang demi agama. Tanamkan dalam diri segala apa amalan yang kita laksana semua kerana PENCIPTA KITA..kerana Allah maha berkuasa. Jangan dinilai seberapa banyak yang telah kita sumbangkan kepada agama tetapi nilailah apa yang telah kita sumbangkan pada agama kita.

Hai lelaki penerus rantai juang agama. Pahatkanlah impian di purnama suci ini untuk menjadi lelaki sejati yang tahu hukum duniawi juga ukhrawi agar nanti kau tidak digelar lelaki yang punya wajah cerminan tinggi tapi rosak peribadi. Ayuh! kita bersama seiring dan sejalan mencari sucinya cinta kasih Ramadhan. Hai lelaki tiada alasan untuk kita tidak melaksanakan kewajipan di purnama ini. 30 hari kita kan berjuang. Tekadkan semangat, tingkatkan matlamat dan perbanyakan ibadah kepada-NYA.
~Salam kasih cinta Ramadhan~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...