Labels

Pages

Followers

Friday, July 20, 2012

♥ ♥ ♥ KISAH ABANG DAN SAYANG ♥ ♥ ♥


Perempuan : Abg, esok dah puasa. Tahun nie abg dah siap ke jadual untuk kita berbuka puasa sama2?

Lelaki : Ish, belum lagi la syg..erm..abg rasa tahun nie kita tak payah la ae berbuka puasa sama-sama? Tau?

Perempuan : Eh, kenapa plak?

Lelaki : Erm..abg rasa tahun nie abg nak buka puasa di masjid atau dengan kawan-kawanla. Abg rasa macam tak berkat jer bila buka puasa berdua dengan yang bukan mahram .Memangla kita buat benda yang baik. Tapi nafsu nie kan sentiasa menghasut kita buat benda yang jahat. Syg tak rasa ae semua tue?

Perempuan : Dulu abg jugak yang ajak syg buka puasa sama-sama. Kata nak praktik untuk persediaan kawen la, nak praktik puasa  dan berbuka sama-samala..tapi sekarang..abg nie dah ada orang lain ke? Atau ada perempuan lain yang sudi berbuka puasa dengan abg?

Lelaki : Eh, taklah syg, abg takut kita jadi berdosa, iye kita tak bersentuhan, kita tak berpegang tangan atau tau buat perkara yang menjadi larangan, tapi kita seakan menuju ke arah itu! Abg takut sangat bulan mulia kali kita cemari dgn dosa dan noda. Memangla kita dah kenal lama. Tapi tak salah kan kalau abg nak berubah untuk kebaikan hubungan kita?

Perempuan : Syg faham..tapi abg yang mula dulu, abg yang ajar syg.

Lelaki : Iye syg..tapi abg akan tamatkan..err..maksud abg bukan tamatkan hubungan kita tapi tamatkan benda yang tak sepatutnya kita buat

Perempuan : Erm..dulu abg kata kalau tak berbuka bersama rasa tak bestla..rasa tak boleh puasa lagilah, rasa macam-macamla. Apela abg nie dulu cakap lain sekarang cakap lain!

Lelaki : Syg, itu dulu..syg bagilah abg peluang untuk menjadi bakal suami yg soleh. Kita bukan ada hubungan yang sah lagi pun. Abg tahu perasaan sayang tapi semua tue kan dah ditetapkan Allah

Perempuan : Sejak bile pulak dia dah pandai jadi ustaz nie (bisiknya di dalam hati)

Lelaki : Dalam bulan mulia nie takkan kita nak campurkan antara halal dan haram. Siang kita jadi baik malam sebaliknya. Abang taknak puasa abg kali nie sekadar menahan rasa lapar dan dahaga je. Abang takut nie puasa terakhir abg. Yang dah lepas biarkan lepas, biar kita bermula dengan bulan yang mulia nie. Sekurang-kurangnya kita dah mula berubah! Abg tak nak jadi macam kawan-kawan kita, kapel punya pasal sampai semua nak di Islamik kan. Nak persendakan agama. Allah maha melihat syg. Nanti tiba pulak raya berkepit pulak, beraya bersama. Konon cinta bahagia! Tapi kita lupa kita dah top up dosa selepas kita reload pahala!

Perempuan : Baik, my incik ustaz.

Lelaki : Wanita yang baik adalah wanita yang menjaga maruah, agama dan keluarganya. Kita berusaha untuk berubah okay

Perempuan : Okla tak payah la kita bahasakan diri kita nie abg n  syg,..kalau macam tue kita guna ana n anti jerla okay pak ustaz?

Lelaki: Errr….okay!

*bersambung…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...