Labels

Pages

Followers

Wednesday, August 1, 2012

♥ Buat Isteriku Sayang ♥-Last Part


“Erm..awak jangan risau, isteri awak selamat cuma, dia perlukan rehat. Dia kehilangan banyak darah. Tapi kesihatan isteri dan anak awak stabil.”

“Boleh saya masuk untuk melihat isteri saya doktor?”

“Silakan”

Hazmi merenung wajah suci isterinya. Air matanya mengalir.

“Terima kasih sayang, Allah kabulkan doa kita. Sayang, abang doakan sayang menjadi antara ahli syurga. Sayang isteri yang terbaik buat abang. Tiada galang gantinya.” Hazmi bermonolog dalam diri.

Setelah lama menunggu akhirnya isterinya kembali sedar. Hazmi yang kepenatan tertidur di kerusi berdekatan katil isterinya.

“Abang…” Maisarah cuba mengejutkan suaminya.

“Err..ye sayang”

“Abang macam mana dengan anak kita?”

“Alhamdulillah sayang, kita dikurniakan seorang puteri yang sangat cantik macam sayang. Terima kasih sayang. Anakda kita ada di sebelah katil sayang”

“Alhamdulillah. Abang, terima kasih kerana sentiasa ada dengan sayang. Sayang bertarung nyawa. Sayang rasa macam dah hilang kekuatan tapi, mungkin berkat doa dari semua. Sayang sihat dan dapat lahirkan puteri kita abang. Abang tolong dukungkan puteri kita tue bang. Sayang nak tatap wajah puteri comel abang nie. Abang dah azankan ke?”

“Sudah sayang, moga dia menjadi anak yang solehah dan baik macam uminya. Ameen”

“Abang sama-sama kita ingat ayat Allah ni ye?”

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Surah At- Tahrim, ayat 6)

*********
Aisyah Humaira, itulah nama yang diberikan oleh Maisarah dan Hazmi kepada puteri mereka yang tercinta. Sedar tak sedar kini usia puterinya itu sudah mencecah 2 tahun.

“Sayang dah makin membesar kan anak kita nie. Lincah telatah dia. Manja betul dengan umi dia. Buat abang jealous jer tau.”

“Hehehe..abang nie dengan anak pun nak jealous. Sayang bagi kasih seadilnya kan abangkan.?”

“Hehe..ye sayang abang bergurau jer”

“Abang, sayang nak ke kedai kejap lagi. Abang nak kirim ape-ape tak?”

 “Ada. Abang nak kirim salam rindu je dekat isteri abang nie. Hehe”

“Ish abang nie.” Maisarah mencubit pipi suaminya itu.

“Abang ampunkan dosa-dosa sayang yer.? Abang jagakan Aisyah baik-baik tau. Abang izinkan sayang pergi dulu yer.” Maisarah mencium tangan suami dan memeluk erat anaknya yang tercinta itu.
“Hati-hati yer sayang.”

Entah kenapa Aisyah seperti tidak mahu melepaskan uminya pergi. Hazmi memujuk Aisyah dengan sedayanya.

**********
Dalam perjalanan di kedai untuk membeli barangan dapur,  pandangan Maisarah seakan samar-samar. Dia tidak mampu lagi meneruskan langkahnya. Maisarah terbaring kaku di pinggiran jalan. Mujurlah ada penduduk kampung yang melihat keadaan Maisarah itu. Mereka terus membawa Maisarah ke hospital yang berdekatan.

Hazmi mula berasa gusar kerana pada kebiasaannya selepas membeli barangan, isterinya akan terus pulang ke rumah tetapi kali ini isterinya belum lagi tiba ke rumah mereka. Dia bingkas bangun dan mendukung anaknya untuk mencari isterinya itu. Ketika Hazmi ingin melangkah kaki ke luar rumah. Telefon bimbitnya mula berdering.

“Assalamualaikum, nie Encik Hazmi ke?”

“Waalaikumussalam, ye saya.”

“Encik, kami dari Hospital Taiping, untuk pengetahuan encik, isteri encik sekarang berada di hospital dan di tempatkan di wad kecemasan.”

“Apa? Kenapa dengan isteri saya encik?”

“Sabar ye encik, Encik datang ke hospital dulu ye.”

“Baiklah.”

Hazmi bergegas ke hospital bersama puterinya yang tercinta. Tidak lama selepas itu Hazmi tiba di Hospital Taiping. Dia terus berlari mendapatkan isterinya.

“Nurse di mana isteri saya ditempatkan?”

“Di wad A 4”

“Terima kasih nurse.”

Kebetulan pula doktor baru sahaja keluar dari bilik pembedahan itu.

“Doktor bagaimana dengan keadaan isteri saya?”

“Encik bawa bersabar ye, sekarang ini isteri encik masih tidak sedarkan diri. Sila ke bilik saya ada beberapa perkara yang perlu saya bincangkan.”

“ Baik doktor.”

*********

“Encik, sebenarnya isteri encik mengidap barah otak tahap terakhir. Sekarang peluang untuk isteri encik sembuh amat tipis. Sekarang nie kita berdoa dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk merawat isteri encik.”

“Ya Allah. Dugaan apakah ini doktor. Saya tak mampu hadapi semua ini doktor. Kenapa isteri saya yang terima kenapa bukan saya? Cukuplah kesakitan semasa dia melahirkan zuriat kami dulu. Kali ini dia di uji lagi.”

Encik, sabar yer. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Ujian ini tanda Allah sayang pada kita”

“Tapi dokor saya tak sanggup melihat isteri saya dalam keadaan begini. Saya tak pernah terkecil hati dengan dia. Dia sentiasa menjaga makan minum saya dan anak-anak sebaik mungkin. Saya terlampau sayangkan dia. Doktor, boleh tak doktor tukarkan nyawa saya dengan nyawa isteri saya.?” Soalan dari Hazmi yang di luar kotak pemikirannya.

“Astagfirullahalazim, encik bawa istighfar encik, Saya bukan malaikat untuk mencabut atau menukar nyawa seseorang. Semua ini datang dari yang maha Esa. Saya hanya mampu menjalankan tugas saya sebaik mungkin sahaja. Semuanya itu datang dari Allah. Allah yang memberikan menyakit dan menyembuhkannya semula.”
Sedang asyik mereka berbicara tiba-tiba bunyi alarm yang terdapat di dalam bilik isterinya di rawat itu berbunyi dan nurse terus memanggil doktor. Keadaan menjadi agak riuh rendah. Mesin nyawa bantuan itu menunjukkan lakaran mendatar dan ini bermakna……

Hazmi terdiam kaku. Dia menjadi buntu. Dia mengintai dari luar sahaja kekalutan doktor dan pembantunya untuk menyelamatkan nyawa isterinya itu. Hanya doa dan air mata yang mampu Hazmi titipkan. Saat isterinya berdepan dengan malaikat maut, Hazmi menjadi buntu. Fikirannya tiba-tiba teringatkan perbualan mereka sehari sebelum isterinya menghadapi musibah ini.

“Abang, anak dah tidur ker?”

“Sudah sayang, sayang minta maaf ye tak dapat tidurkan anak untuk malam ini. Saya rasa tak sihatlah bang.”

“Eh, takpe sayang. Abang tak kisah kan tugas abang meringankan tugas sayang. Sayang tak sihat ae? Ada muntah-muntah tak? Ehem..ehem…tak lama lagi puteri kita tue dapatlah adik baru kan?hehe”

“Hehehe..abang nie..ke situ pulak. Muntah-muntah tu ada bang tapi bukan mengandung. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti sayang bagi tau abang ye? Kali nie sayang nak buat surprise dekat abang”

Surprise ape sayang? Eleh sayangni..suprise konon. Nanti abang pakai je minyak wangi Simply Siti nak tengok sayang dapat detect ke tak bau tue. Masa mengandung Aisyah hari tue pun, sayang kata abang pakai minyak petrol. Tak boleh baula minyak wangi yang abang pakai tue. Hehe”

“Ala abang nie..abang, abang sayang sayang banyak mana yer?”

“Terlampau sayang sayang, takde terhitung dengan nilai.”

“Erm..kalau Allah sayang sayang lebih dari abang sayang sayang, abang sanggup tak lepaskan sayang?”

“Sayang, kenapa sayang cakap macam tue? Sayang dah rasa kita dah tak sehaluan ke? Abang ada buat salah dengan sayang ae?”

“Taklah abang, abang sempurna untuk sayang..erm..maksud sayang kalau Allah jemput sayang dulu abang redha tak?”

“Emmmm..” Hazmi hanya mampu mendiamkan diri.

“Abang kenapa abang diam nie? Abang cakaplah..”

“Sayang, abang yakin dengan kematian, tapi abang tak mampu untuk menerima andai insan itu adalah sayang. Abang tak sanggup sayang. Tapi andai itu yang sudah tersurat, abang redha sayang.”

“Abang mati tue kan pasti. Abang tahukan andai sudah sampai masanya. Kematian kita takkan dilambatkan walau sesaat dan takkan dicepatkan walau sesaat pun kan?”

“Iye sayang.”

“Abang, Sayang minta maaf sangat-sangat kalau sayang dah tak mampu lahirkan zuriat untuk abang lagi..”Air mata Maisarah jatuh berguguran.

“Abang, Allah kurniakan anugerah untuk kita cintai, dan kadang-kadang Allah menarik kembali apa yang diberi. Itu bukan tanda benci dari Allah tapi bukti sayangnya Allah pada kita.”

“Sayang, abang tak mampu lagi berkata. Cukuplah abang berserah. Hanya pada Allah yang Maha berkuasa. Sayang, andai abang boleh memilih jangka umur akan abang pendekkan umur abang untuk diberikan kepada sayang. Tapi Allah Maha berkuasa sayang. Andai jodoh kita panjang pasti akan berkekalan. Ameen”

“Ameen. Abang, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup sayang.”

“Sama-sama sayang. Terima kasih untuk sayang juga.”

********
Pembedahan itu akhirnya dihentikan. Doktor pakar itu keluar dengan wajah yang muram.

“Doktor, isteri saya….”

“Maafkan kami, encik. Sabarlah dengan ujian ini. Allah lebih sayangkan isteri encik. Kami sudah cuba sedaya kami encik. Allah maha mengetahui apa yang direncana.”

“Innalillahilahirajiun..Allahu Akbar..ujian mu begitu kuat bagiku Ya Allah. Aku tak mampu Ya Allah menahan kesedihan ini.” Hazmi menangis semahu-mahunya

“Maisarah…..” jerit Hazmi yang terduduk kaku di muka pintu kamar isterinya itu. Dia tak mampu untuk menatap wajah isterinya.

Sedang meratapi pemergian isterinya yang tercinta. Hazmi didatangi oleh seorang nurse.

“Encik Hazmi kan? semasa saya ingin mengubah beg tangan arwah isteri encik saya terjumpa sekeping kertas yang terjatuh dari dalam beg tangan arwah. Saya berikan kepada encik ye.”

“Baiklah”

Sehelai kertas itu telah tercatat bicara terakhir dari Maisarah. Hazmi membaca dengan tangan yang terketar-ketar…..

Wahai suamiku pejuang agama..Isterimu kini sedang mengembara..daku jauh berkelana..suamiku yang ku cinta, mungkin warkah ini dikau baca saat daku sudah tiada. Tapi jangan sesekali dikau alirkan air matamu. Wahai suamiku sayang, daku memohon sejuta kemaafaan kerana merahsiakan kesakitan ini. Daku tidak sanggup melihat kesusahan dikau lagi. Biarlah daku yang merasa. Daku memohon ampun dan maaf andai dikau terkecil hati dengan isterimu ini. Aku redha. Suamiku yang ku sayang. Takdir itu sudah menetapkan perpisahan kita. Jangan sesekali kau lupa untuk memelihara permata kita. Kau hiasailah dia dengan baja agama, kau semailah dia dengan akhlak yang mulia. Jangan sesekali kau sakitinya. Suamiku sayang, daku memohon maaf kerana daku tidak dapat menjadi isteri yang dikau suka. Terkadang watak ku berbeza tetapi dikau sabar menghadapinya. Suamiku, terima kasih di atas percintaan ini. Dikaulah suami yang terbaik yang daku ada. Andai nanti kau bertemu bidadari syurga biarlah daku yang menjadi bidadari itu. Suamiku yang tercinta, ku bermohon sudikanlah kuntuman doa buatku, mintalah pada yang Esa moga aku terlepas dari azab dan seksaNYA . Aku telah sedaya untuk menjadi isterimu, aku juga telah sedaya untuk menjadi ibu kepada puterimu. Moga dikau restu segala apa yang telah berlaku, kerana itu sahaja yang termampu yang dapat ku zahirkan untukmu wahai sayangku…. Ketahuilah oleh mu wahai suamiku, daku tidak pernah berkecil hati denganmu. Dikau menjadi nakhoda kami yang amat ku hormati. Suamiku, daku akhiri warkah ringkas ini dengan memohon ampun dan maaf. Halalkanlah segala makan dan minumku selama mana aku bersama denganmu. Moga cinta kita berkekalan hingga ke syurga. Abang, sayang terlalu sayangkan abang. Tapi sayang Allah kepada sayang lebih utama. Maafkan sayang abang..ikhlas dari isterimu..Maisarah..

Hazmi terdiam kaku. Suasana di dalam hospital itu menjadi sunyi seakan mengerti kesedihan yang dialami oleh beliau.

“Wahai isteriku sayang tidurlah engkau sepuasnya. Akan ku kuntumkan doa buatmu. Isteriku sayang, bagiku tiada langsung dosa mu terhadapku. Kau isteri mulia. Moga dikau menjadi bidadari syurga. Aku sayang dan cinta kamu kerana Allah.”

*******

“Abi..abi…kenapa abi menangis nie?” Jerit Aisyah Humaira yang berlari ke arah Hazmi.

“Eh sayang, abi.. rindukan umi. Sayang rindukan umi tak?” Anak kecil yang masih tidak mengenal kehidupan yang sebenar itu terpinga-pinga apabila abinya bertanyakan soalan itu

“Mestilah rindu tapi, umi dah pergi abi. Umi dah tak sayang Aisyah ke?”

“Taklah sayang, umi tak pergi ke mana-mana pun, umi sentiasa ada dihati abi dan Aishah.”

Kini usia Aisyah Humaira sudah mencecah 5 tahun. Uminya pergi meninggalkannya pada usianya 2 tahun. Anak kecil yang comel ini persis wajah ibunya. Putih dan cantik.

“Sayang, kita doakan moga arwah umi ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan sentiasa mendapat rahmah dan hidayah dari Allah ye?”

“Baik abi. Aisyah sayang abi dan umi. Abi janganlah menangis nanti Aisyah menangis jugakla.” Anak kecil ini seakan mengerti kesedihan yang menimpa ayahnya yang tercinta.

“Sayangku Maisarah, kini anak kita sudah membesar, wajahnya tak ubah seperti sayang, dia yang menjadi penawar buat abang. Akan abang jaga zuriat kita ini sebaik mungkin selagi nyawa abang masih ada.”

“Sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.”

(Hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


..TAMAT…

Buat Maisarahku…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...