“Rul, aku tengok budak Rahman tue semakin menjadi-jadi lagak dia. Dengan awek kau pun dia nak tunjuk baik.” Kata Dojot kawan kepada Badrul.
“A’ah Rul, aku pun pernah tengok diorang berjalan berdua.” Tambah Botan yang juga merupakan kawan Badrul.
Usia mereka baru setahun jagung tapi sudah pandai bermain dengan cinta
“ Kau nie biar betul, dahla kawasan aku dia langgar takkan awek aku dia nak rembat.” Gaya bercakap seperti seorang samseng besar!
“Aku dah lama aim budak nie, hari tue lalu depan aku dia boleh buat tak tahu jer, semua form 1 takut dengan aku!” Sergah Badrul. Mungkin lengkap packagenya sebagai seorang samseng. Mempunyai suara yang garau dan tubuh yang agak gempal tetapi tegap badannya.
“Apa kata kita ajar dia Rul.” Hasut Botan.
“Okay, kita tunggu nanti.”
“Kringg…” Loceng tanda waktu sekolah sudah tamat!
Rahman berjalan berseorangan dan menuju pulang ke rumahnya. Ketika itu basikal tua ayahnya masih digunakan oleh ibunya. Dia seperti biasa berjalan kaki sambil menyepak batu-batu kecil. Tiba-tiba
“Woi, kau berenti jap.” Satu sergahan buat Rahman.
Badrul, Botan dan Dojot mendekati Rahman. Rahman terpinga-pinga kehairanan.
“Err..Assalamualaikum, ada apa awak panggil saya yer?” soal Rahman sambil menghulurkan tangannya.
“Kau tanya aku kenape? Kau buat apa dengan Sakinah semalam hah?”
“Eh, saya tak buat apa dengan dia, saya sekadar membantu dia sahaja.”
Kau tak payah nak berbohong
“Dush..” satu tumbukan hinggap di pipi Rahman.
“ Sekali lagi aku dengar kau cuba kacau Sakinah nahas kau aku kerjakan.”
Rahman terduduk dan belum sempat di berbicara mereka pergi meninggalkannya.
“Ya Allah dosa apakah yang aku lakukan untuk hari ini dan semalam. Astagfirullahalazim. Siapa budak lelaki tue. ” Soal Rahman.
Rahman berjalan sambil fikirannya melayang entah ke mana. Lama masa perjalanannya sehinggalah dia sampai ke rumah.
“Man kenapa dengan pipi kau nie, lebam ni nak?”
Err..takde apa-apalah mak, mak terjatuh tadi masa di sekolah. Man kan nak jadi jaguh untuk mewakili sekolah masa Man lari tiba-tiba man tak dapat nak kawal mak. Hehehe
“Mari sini mak letakkan ubat.” Puan Solehah seakan meragui jawapan anaknya itu.
Keesokan harinya Rahman seperti biasa berjalan kaki ke sekolah. Dia antara pelajar yang awal datang ke sekolah. Dia agak kehairanan kerana tiga orang pelajar yang memukulnya semalam juga berada di situ. Rahman memasuki kelasnya dan terus bertanya dengan rakan-rakan kelasnya.
“Shuib, kau kenal tak tiga orang pelajar lelaki yang macam samseng tue, sorang gempal badan dia, sorang hitam macam men in black dan sorang lagi gigi rongak.”
“Takdela semalam diorang tiba-tiba tahan aku, kemudian ugut aku jangan ganggu Sakinah. Diorang ada apa-apa ke dengan Sakinah tue.?”
“Setahu aku, Sakinah tue awek Rahman yang badan gempal tue.”
“Hah? Patutlah semalam beria dia ugut aku. Aku tak takut pun Allah ada dengan aku. Tapi dalam tak takut kena juga aku sebijik penumbuk dia.”
“Eh, Man kau kena pukul dengan dia? Jom kita buat report dekat Cikgu Din.”
“Tak payahlah Shuib, biarlah dia.”
Waktu rehat bermula..
“Maaflah kawan, lauk aku tak sehebat korang hanya nasi kosong dan telur rebus je. Tapi aku syukur.”
Suasana menjadi sayu
“Man, awak ambikla lauk saya ni ye. Jangan risau kita kongsi ye?” Pujuk Sakinah.
Sedang Rahman ingin mengambil lauk dari Sakinah. Badrul meluru pantas ke arahnya
“Woi, aku dah cakap dengan kau semalam kan? Kau dah mencurah minyak tanah dekat api yang tengah membakar. Marah Badrul seakan berfalsafah.
“Apa yang aku dah buat Badrul?”
“Kau nak jadi pelakon ye? Nah ambik nie..Badrul terus merampas nasi yang dipegang Rahman dan terus membuangnya
“Rahman..” Jerit Sakinah.
“Kau tak layak makan makanan perempuan seperti dia. Sedar sikit diri kau tu siapa.” Ungkap Badrul. Dia terus berlalu pergi.
“Man, sabar ye.” Kata Shuib dan Sakinah
“Iye, shuib, aku sedih bukan sebab apa. Aku sedih nasi yang mak aku masak nie terbuang. Kalau mak aku tahu dia pasti sedih. Bukan senang kami nak cari duit untuk membeli beras. Kami keluarga susah Shuib.”
“Awak, awak ambik duit nie ye. Nanti awak beli nasi”. Kata Sakinah
“Eh tak payahlah awak. Erm..tapi boleh tak saya nak tanya awak satu soalan?”
“Ambik jerla. Saya sedekah untuk awak. Ye awak, boleh..”
“Erm..awak ada ape-ape ke dengan Badrul tue? Maaf ye menyibuk pulak.”
“Eh, takda ape-apela. Dia tue yang terhegeh-hegeh dengan saya. Kalau saya selalu balik sekolah dia mesti kacau saya.”
“Owh..”
“Sakinah, Man, loceng dah berbunyi jom kita masuk ke kelas.” Walau Sakinah di kelas yang lain tetapi hubungan mereka sebagai kawan tetap akrab.
*******
Tuhan maha mengetahui. Perancangan dicatur untuk mempertemukan Rahman dan Badrul di dalam tali persahabatan. Petang itu hujan agak lebat. Rahman basah kuyup. Dia terpaksa pulang ke rumah dan beg sekolahnya ditinggalkan di dalam mejanya. Mujurlah tiada kerja sekolah yang diberikan. Dalam perjalanan ke luar pintu pagar dia melihat seoarang pelajar yang terbaring.
Rahman terus berlari mendapatkan pelajar itu, rupa-rupanya Badrul! Dia terbaring. Badannya kaku dan berlumuran darah. Rahman terus menjerit meminta tolong. Mujurlah ada Pak Cik Mahmud yang menjadi menjaga di situ. Mereka terus membawanya ke hospital. Badrul dilanggar oleh seseorang penunggang motosikal yang tidak dikenali. Hujan lebat menjadi kesempatan buat lelaki itu melarikan diri.
Di hospital Badrul masih tidak sedarkan diri. Segala laporan telah dibuat. Ini semua hasil bantuan dari Pak Cik Mahmud dan Rahman. Keluarga Badrul pun turut sama berada di hospital. Mujurlah keadaan Badrul tidak begitu teruk.
Rahman dan keluarga Badrul sentiasa berada di sisinya.
“Mama, papa, Badrul ada di mana ni ma?”
Sayang, sayang kena langgar tadi dan sayang pengsan. Mujurlah Rahman dan Pak Cik Mahmud menolong sayang.
“Erm..ma, di mana Rahman”
Rahman baru je balik nak, Pak Cik Mahmud hantar dia.
Sehari sahaja Badrul di tahan di wad kemudian dia dibolehkan untuk pulang ke rumah.
“Mama, boleh tak ajak papa bawa Badrul pergi rumah Rahman. Badrul nak ucapkan terima kasih kepada dia.”
“Baik sayang”
Mereka akhirnya sampai ke rumah Rahman dengan bantuan penduduk kampung. Setibanya di teratak usang Rahman, tidak semena-mena air mata Badrul tumpah. Ya Allah apa yang aku telah buat kepada dia sebelum ini.”
Kedengaran bunyi hon kereta. Rahman terus melihat dari jendela tingkap
Siapa pula yang datang nie.” Bisik hati Rahman.
Badrul dan keluarganya keluar dari kereta. Rahman terus menyambut mereka.
“Mak, ada orang datang, kawan Badrul.”
“Ye, Nak, ajak mereka masuk”
“Badrul, awak sihat? Mak cik, Pak cik jemputlah masuk. Maaf mak cik rumah saya tak cantik maaf jugak kalau nanti m.cik tak selesa.”
“Tak ape nak..”
Mereka bersalaman tanda perkenalan dua buah keluarga.
“Sebenarnya kak, tujuan kami datang nie nak mengucapkan terima kasih kepada Rahman. Dia yang menolong anak kami dari kemalangan. Mak cik ucapkan terima kasih ye Man. Kalau takde Rahman taktaula apa nak jadi dengan Badrul.”
“Man, aku minta maaf ye banyak menyusahkan kau sebelum nie. Aku minta maaf. Ni balasan yang Allah bagi kepada Aku man. Maafkan aku man”
“Takda apala Badrul. Mungkin Allah dah tetapkan cerita kita macam nie. Kita kawan kan Badrul?”
“Oklah kak, kami terpaksa minta diri dulu ye sebab petang nie saya kena keluar ke Kuala Lumpur. Rahman ambil nie ye. Hadiah dari mak cik dan Mak cik.”
“Eh mak cik, saya tak minta balasan pun m.cik.”
“Belum sempat rahman menyerahkan kembali ayah Badrul meletakkan sampul itu ke dalam kocek Rahman.”
“Kami pulang dulu ya. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Peristiwa itu menjadikan mereka akrab. Sehinggalah Badrul berjaya menaiki kelas pertama. Persahabatan mereka sehinggalah ke tingkatan 5.
*********
“Badrul…. Oi…kenapa nie termenung nie?Aku dah lama maafkan kau la..sudah, perkara lepas tue kita jadikan pengajaran ye. Lagipun dah lama dah.”
“Terima kasih ye man. Kau sahabat kau teman. Eh dah macam pantun pulak.” Kata Badrul
Waktu pembelajaran berjalan seperti biasa. Mereka tekun pada setiap mata pelajaran yang di ajar. Mereka ingin berjaya bersama. Moga impian mereka tercapai.
“Badrul, kau pulang dulu ya? Aku terpaksa pulang lewat sebab ada sedikit urusan yang aku kena buat.”
“Baiklah, nanti sampaikan salam aku kepada keluarga kau ya?”
“InsyaAllah.”
Selepas tamat waktu persekolahan, Rahman akan pergi ke Warung Pak Samad untuk mengambil upah membasuh pinggan. Dia melakukan kerja tersebut untuk meringankan tugas ibunya dan untuk membantu ayahnya. Walau upah yang diberikan tidak seberapa tetapi cukuplah untuknya membuat belanja sekolah dan membeli sedikit keperluan di rumah.
Dia tidak langsung merasa kesusahan kerana dirinya sudah terdidik sedari kecil lagi. Baginya setiap kejayaan mestilah bermula dengan kesusahan!. Rahman seorang anak yang baik dan sentiasa menolong ibu dan bapanya. Setelah selesai bekerja, Rahman bergegas ke rumah. Rezeki Rahman amat murah kerana setiap kali pulang ke rumah Pak Samad akan membekalkannya dengan lauk dan nasi untuk santapan dia dan keluarganya. Dia bersyukur mempunyai majikan yang baik dan pemurah.
Tiba di rumah, Rahman terus memanggil ibunya..
“Mak, mak.. Alhamdulillah mak, hari nie rezeki kita murah lagi. Ayah mana mak?
“Alhamdulillah ayah kau tidur”
“Man, mak nak bagitahu kau ni, tadi ada pegawai kebajikan masyarakat bagi tahu. Ada hamba Allah nak tolong ayah kau nak berikan kaki palsu.”
“Ya Allah, betulke nie mak? Syukur. Allahu Akbar. Mak , Allah dah makbulkan doa kita dan ayah kan mak?”
“Ye nak. Allah sayang kita. Dah pergi mandi nanti kita makan sama-sama ye.”
“Baik mak.”
Tamat.
No comments:
Post a Comment