Lebaran Yang Suci
Perginya kekasihku Ramadhan
Hilang bersembunyi
Kita bercinta menyemai rasa
Mencari berjuta pahala
Membuang segala dosa
Pada purnama yang mulia
Kini hadir gemersik Syawal
Tanda kemenangan kita raikan
Bersama bertaut hati
Menyubur kasih pada Ilahi
Beryukur tanda melafaz kata
Moga dipertemukan lagi cinta kita
Duhai lebaran suci
Moga dapat kita bersama
Menyemai kasih dan sayang
Sentosa subur dijiwa
Aidilfitri kita raikan bersama.
Ramadhan Kali ini
Ramadhan kali ini punya berjuta erti
Ku hela setiap haruman mawar yang mewangi
Ku buang sejauhnya noda yang menghantui diri
Mengisi ruang kolam hati yang mati
Membuka peluang pada jiwa untuk mengenal diri
Ramadhan kali ini takkan ku persia
Kerana mungkin ini terakhir dari yang Esa
Akan ku pelihara
Akan ku teguk semua ganjarannya
Kerana ia purnama mulia
Ramadhan kali ini ku hiasai rimbunan zikir Ilahi
Ku curah doa pohon Firdausi
Mencari, merindu, dan mencintai
Setiap detik ia berlari
Akan ku kejar tanpa henti
Biar jauh ia bersembunyi
Takkan ku lelah untuk menanti
Ramadhan kali ini penuh barakah
Mengubat setiap jiwa yang gundah
Menjadi penawar hati yang resah
Membuka segala maghfirah
Agar sekalian hamba bertemu cinta yang indah.
No comments:
Post a Comment