“Dunia ini penuh
perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.”
(Hadis riwayat
Muslim)
“Wahai Zaujjahku yang ku sayang kerana
Allah, damailah engkau di sana..ku relakan dikau bertemu cinta sejatimu, akan ku pohon doa pada Tuhan
moga dosa-dosamu gugur bersama titis air mata tangisanku. Wahai Zaujjahku yang
ku cinta kerana Allah, kau telah meninggalkan aku di dunia yang fana ini, ku
bermohon pada Tuhan agar cinta kita berkekalan hingga ke syurga Allah. Pergilah
dikau wahai mawarku yang suci. Akan ku berjanji untuk menjaga puterimu sehabis
dayaku. Sayang, ku ucapan rimbunan kasih kerana memberikan aku harta yang tidak
ternilai ini…”
Tangisan Hazmi semakin kuat kedengaran.
Tangisan itu memecah kesunyian kamarnya. Dulu kamar ini menjadi saksi kisah
cinta dia dan isterinya yang tercinta dan di kamar ini juga menjadi saksi
pemutus cinta mereka di dunia. Hazmi begitu merindukan arwah isterinya yang
tercinta. Maisarah seorang isteri yang begitu cantik paras rupanya. Molek
peribadinya dan sememangnya cocok dengan Hazmi seorang yang kuat pegangan
agamanya.
Kehidupan mereka begitu bahagia. Cinta
mereka tidak pernah pudar walau sesaat dan ke mana sahaja mereka pergi pasti
akan bersama. Sudah menjadi kewajipan isteri untuk membahagiakan suami dan
begitu jugalah bagi suami. Mencari rezeki dan menghiburkan hati isteri. Bagi
Hazmi, semua insan mempunyai kehendak untuk berkahwin tetapi kesanggupan untuk
melayari alam perkahwinan tidak ramai yang mampu melaksanakan dengan baik. Ya,
benar berkahwin di usia muda akan membuka ruang rezeki yang luas dan dapat
menyempurnakan sebahagian iman. Tetapi baginya ada misi yang perlu dia utamakan
iaitu berbakti kepada kedua ibu bapanya. Dia yakin bahawa jodoh akan datang
berlari padanya apabila dia sudah bersedia.
“Tempatkanlah
mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan
janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka; dan jika
mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu perempuan-perempuan yang sedang
hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sampai mereka bersalin.”
(Surah
Ath-Thalaq, ayat 6)
Sabarnya dibalas dengan dikurniakan seorang
isteri yang begitu membahagiakannya. Perkahwinannya dengan Maisarah seorang
gadis kampung tidak menjadi halangan buatnya. Apa yang penting agama dan
maruahnya terjaga. Soal paras rupa di letak di dalam angka kedua. Tapi
kecantikan yang ada pada Maisarah menjadi bonus buatnya!
Hari demi hari pasangan kekasih yang halal
ini menabur cinta suci, mereka berjanji akan sehidup semati dan hanya janji
Ilahi yang dapat memisahkan mereka berdua. Masih segar dalam ingatan Hazmi saat
mula mengenali isterinya itu. Masih tergiang-giang perbualan mereka pada malam
pertama pertemuan mereka.
*********
“Tuk..tuk..tuk” Pintu bilik di ketuk.
“Err…Assalamualaikum Puan…boleh saya masuk
bilik?” Gurau Hazmi kepada isterinya.
“Waalaikumussalam..masuklah..Encik.”
“Eh, kenapa awak panggil saya macam tue? Sekarang
saya kan dah bergelar suami awak? Muka awak macam nervous jer?”
“Erm..saya malu.”
“Hah? Kenapa awak malu? Awak tak pakai baju
ke puan? Wahai Puan Maisarah, kalau awak berpakaian seksi atau tak pakai
apa-apa pun untuk suami yang halal untuk awak tak menjadi dosa awak tau. Dapat
pahala lagi tau.Hehe”. Awak pernah dengar tak maksud hadis nabi nie?
“Sesungguhnya
apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan
penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra
dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran
disela-sela jari tangan mereka.”
(
Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)
“Ish..awak nie” Wajah Maisarah yang malu
kemerahan akibat usikan suaminya.
“Sayang, abang minta maaf ye..abang
bergurau je tadi. Sayang, abang rasa macam tak percaya jer rupanya tinggi jugak
taste mak ayah abang. Bukan sahaja diorang nak cari calon menantu yang
baik agamanya tapi jugak elok paras rupanya. Ya Allah! Cantiknya isteri abang
nie. Abang rasa inilah berkat kesabaran abang menanti. Cinta untuk si halal
yang abang pendam selama 25 tahun akhirnya milik sayang.”
“Abangni….sayang banyak lagi yang masih
kekurangan. Baik ilmu dunia ataupun ilmu akhirat. Sekarang sayang dah jadi
amanah abang. Abang tolong jagakan sayang baik-baik ye. Abang jangan cintakan
sayang atas paras rupa tau? Sebab paras rupa sayang nie akan berkedut bila
sampai usia tua. Nanti bila abang dah bosan mesti abang cari pucuk yang muda.
Sayang tahu kahwin empat tue kan sudah nabi. Tapi kahwin seorang pun sunah nabi
tau. Abang nak ikut yang mana?” Sayang pun nak baca hadis untuk abang.
"Janganlah
kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu
membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana
berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita
kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
(Riwayat Ibnu Majah)
(Riwayat Ibnu Majah)
“Amboi sayangni macam bagi amaran awal
nampak.Sayang sekarang nie cinta abang pada sayang seorang jer. Abang akan
hargai amanah dari Allah dan keluarga sayang nie. Abang janji!”
“Baik abang sayang akan pegang janji abang
tue. Sayang tak sanggup berkongsi kasih dengan orang yang sayang cintai. Sayang
tak mampu abang…”air mata Maisarah tiba-tiba mengalir laju.
“Sayang kenapa menangis nie? Abang dah buat
salah ke?”
“Takdela abang, sayang rasa sayang dah buat
dosa pada malam pertama pertemuan kita. Abang, sayang minta maaf. Sayang minta
maaf….”
“Sayang, dah, jangan bersedih. Abang faham
maksud sayang dan abang akan cuba menjadi seorang suami yang terbaik untuk
sayang. Kita berdoa sama-sama yer? Sayang pun perlu bantu abang untuk menjadi
seorang suami mithali tau?”
“Baik suamiku sayang. Abang boleh sayang
bisik sesuatu?”
“Boleh sayang.. sayang nak buat apa dekat
abang pun abang rela sayang”
“Abang..I love u whatever you are and I
love u so much.” Satu kucupan hinggap dipipi Hazmi.
“Sayang, gelojohnya! Hehehe..abang gurau je
sayang..terima kasih banyak-banyak sayang I love u also..eh betul ke English
abang nie? Ok, abang tukar I love u infinity.”
Abang..sayang nak jadi isteri yang solehah.
Abang ajar sayang untuk dapatkan pahala banyak-banyak tau. Abang jangan curi
pahala sayang ae? Tau?”
“Ye isteriku sayang”
“Abang, perjalanan kita jauh sangat-sangat
dan terlalu panjang. Sayang harap abang dapat bertahan dengan sayang dan
sayangpun yer. Abang sayang takut sangat kalau nanti lukakan hati abang.”
“Sayang, biasalah dalam perhubungan mesti
ada salah faham tapi kita kena berjanji akan cuba selesaikan dengan hemah dan
penuh berhikmah yer?” Kita sama-sama membantu. Ape yang penting? Kerjasama”
“Baik suamiku yang ku sayang kerana Allah.
Moga Allah restui percintaan kita ini..”
“Ameen”
Malam itu menjadi saksi bisu percintaan
cinta antara Adam dan Hawa. Pelayaran di kamar bahagia..Di hiasi dengan pahala
dan barakah dariNYA. Segala yang haram kini menjadi halal!
Lamunan Hazmi terhenti. Air matanya semakin
mengalir laju. Kini, dia tidak akan dapat merasa lagi semua kenangan itu.
Kenangan yang hanya tinggal kenangan dan takkan mampu lagi untuk diulangi. Dia
amat merindui isterinya yang tercinta.
*********
Masa yang dinantikan selama 2 tahun
akhirnya membuahkan hasil. Walau mereka diuji dengan kesabaran yang tinggi.
Tapi pengharapan dan doa kepada yang Esa tidak pernah pudar. Maisarah kini
telah disahkan hamil 2 bulan. Gembiranya pasangan itu bukan kepalang. Cahaya
mata yang ditunggu-tunggu akhirnya akan hadir juga untuk menyinari kehidupan mereka.
Walau usia kandungan Maisarah di peringkat permulaan tetapi Hazmi begitu teruja
untuk mejadi seorang bapa. Segala kelengkapan dan pakaian untuk bayi mereka
sudah dibeli oleh Hazmi. Hazmi begitu terkejut apabila isterinya memberitahunya
berita gembira itu.
“Abang doktor ada pesan ape-ape tak dekat
klinik tadi?”
“Takde pun.”
“Abang, ada perkara yang sayang nak
bagitahu abang nie. Abang janji jangan bersedih ae? Tau?”
“Iye sayang.”
“Erm..sayang cantik tak hari nie? Hehehe”
“Sayang cantik, sayang kurniaan dari Allah
untuk abang. Tapi abang yakin ada perkara penting lagi yang sayang nak bagitahu
kan? Cakaplah sayang”
“Err..abang, sayang mengandung.”
“Hah? Alhamdulillah. Sayang terima kasih.
Sayang, abang speechless.” Hazmi memeluk Maisarah seeratnya.
“Ish abang nie. Tue abang cakap jer..speechless
ape pulak. Abang, jangan berterima kasih dekat sayang tau. Kita sama-sama ucap
syukur dan terima kasih pada Allah. Allah yang memberikan kita rezeki nie. Kan
abang sayang?”
“Iye sayang. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.
Allah takkan biarkan hambanya bersedih dan Allah takkan berikan dugaan kepada
hambanya melainkan apa yang terdaya baginya.”
“Tapi abang..”
“Kenapa sayang? Sayang macam tak suka jer
dengan kehadiran keluarga baru kita nanti?”
“Bukanlah abang. Sayang terlalu suka dan
merindui cahaya mata kita. Abang, kalau sayang tak sempat tengok anak kita
nanti macam mana ye? Kalau sayang pergi dulu nanti abang janji dengan sayang
boleh? Abang jangan sakiti anak kita ye.? Abang jaga dia macam sayang jaga
abang yer? Abang boleh berjanji kan ?”
“Sayang, jangan tinggalkan abang sayang.
Abang tak sanggup besarkan anak kita tanpa sayang di sisi. Abang tak mampu
sayang.”
“Abang suami yang baik, sayang yang banyak
kerenah nie pun abang boleh jaga dengan baik. Inikan anak kita kan abang.?”
Hazmi tidak sanggup kehilangan isterinya
yang tercinta. Impiannya untuk membesarkan cahaya mata mereka bersama amat
diharapkan oleh Hazmi. Dia sentiasa berdoa pada Tuhan agar isterinya sentiasa
selamat dan mendapat kesihatan yang baik ketika mengandung dan melahirkan
zuriatnya itu.
**********
Usia kandungan Maisarah kini sudah
menjangkau 9 bulan 10 hari. Kini mereka hanya menunggu masanya sahaja. Di suatu
subuh yang hening itu. Maisarah merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena
pada tubuhnya. Dia mengejutkan suaminya.
“Abang, tolong sayang terasa sakit
sangat-sangat.”
Hazmi bingkas bangun dan mencapai kunci kereta.
“Sayang sabar ye, kita pergi hospital.”
Mujurlah jarak di antara hospital dan rumah
mereka tidak begitu jauh. Keadaan semakin sibuk di hospital. Hazmi berada
diruangan menunggu. Isterinya yang tercinta sedang berjuang untuk melahirkan
zuriat yang mereka nantikan selama ini. Hanya bekalan doa dan tawakal pada yang
Esa yang menjadi tali penghubung antara mereka.
“Ya Allah kau selamatkanlah isteriku dan zuriatku
ini, berikanlah isteriku kekuatan, kau hilangkanlah kesakitan yang membelenggu
nyawanya. Ya Allah, andai nyawa menjadi pemisah, ku rela kau tukar nyawaku
dengan nyawanya..Ameen.”
Detik berganti detik dan jam berganti jam…
“Uweek…uweekkk…” Tiba-tiba kedengaran
tangisan bayi memecah kesunyian pagi itu. Akhirnya doktor keluar di dalam bilik
bedah. Hazmi bingkas bangun.
“Doktor, macammane dengan isteri dan anak
saya?”
“Doktor, kenapa doktor diam? Ada apa-apa
yang terjadi ke doktor?” Fikiran Hazmi menjadi tidak tentu hala kerana Doktor
itu membisu tanpa kata.
“Erm..tahniah encik. Awak dikurniakan seorang
bayi puteri yang comel.”
“Alhamdulillah. Syukur! pada Allah. Tapi
doktor macam mana keadaan isteri saya?”
“Erm..awak jangan risau, isteri awak
selamat cuma, dia perlukan rehat. Dia kehilangan banyak darah. Tapi kesihatan
isteri dan anak awak stabil.”
“Boleh saya masuk untuk melihat isteri saya
doktor?”
“Silakan”
Hazmi merenung wajah suci isterinya. Air
matanya mengalir.
“Terima kasih sayang, Allah kabulkan doa
kita. Sayang, abang doakan sayang menjadi antara ahli syurga. Sayang isteri
yang terbaik buat abang. Tiada galang gantinya.” Hazmi bermonolog dalam diri.
Setelah lama menunggu akhirnya isterinya
kembali sedar. Hazmi yang kepenatan tertidur di kerusi berdekatan katil
isterinya.
“Abang…” Maisarah cuba mengejutkan suaminya.
“Err..ye sayang”
“Abang macam mana dengan anak kita?”
“Alhamdulillah sayang, kita dikurniakan
seorang puteri yang sangat cantik macam sayang. Terima kasih sayang. Anakda
kita ada di sebelah katil sayang”
“Alhamdulillah. Abang, terima kasih kerana
sentiasa ada dengan sayang. Sayang bertarung nyawa. Sayang rasa macam dah
hilang kekuatan tapi, mungkin berkat doa dari semua. Sayang sihat dan dapat
lahirkan puteri kita abang. Abang tolong dukungkan puteri kita tue bang. Sayang
dak tatap wajah puteri comel abang nie. Abang dah azankan ke?”
“Sudah sayang, moga dia menjadi anak yang
solehah dan baik macam uminya. Ameen”
“Abang sama-sama kita ingat ayat Allah ni
ye?”
"Hai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang
tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Surah At- Tahrim, ayat 6)
*********
Aisyah Humaira, itulah nama yang diberikan
oleh Maisarah dan Hazmi kepada puteri mereka yang tercinta. Sedar tak sedar
kini usia puterinya itu sudah mencecah 2 tahun.
“Sayang dah makin membesar kan anak kita
nie. Lincah telatah dia. Manja betul dengan umi dia. Buat abang jealous
jer tau.”
“Hehehe..abang nie dengan anak pun nak jealous.
Sayang bagi kasih seadilnya kan abangkan.?”
“Hehe..ye sayang abang bergurau jer”
“Abang, sayang nak ke kedai kejap lagi. Abang
nak kirim ape-ape tak?”
“Ada. Abang nak kirim salam rindu je dekat
isteri abang nie. Hehe”
“Ish abang nie.” Maisarah mencubit pipi
suaminya itu.
“Abang ampunkan dosa-dosa sayang yer.?
Abang jagakan Aisyah baik-baik tau. Abang izinkan sayang pergi dulu yer.”
Maisarah mencium tangan suami dan memeluk erat anaknya yang tercinta itu.
“Hati-hati yer sayang.”
Entah kenapa Aisyah seperti tidak mahu
melepaskan uminya pergi. Hazmi memujuk Aisyah dengan sedayanya.
**********
Dalam perjalanan di kedai untuk membeli
barangan dapur, pandangan Maisarah
seakan samar-samar. Dia tidak mampu lagi meneruskan langkahnya. Maisarah
terbaring kaku di pinggiran jalan. Mujurlah ada penduduk kampung yang melihat
keadaan Maisarah itu. Mereka terus membawa Maisarah ke hospital yang berdekatan.
Hazmi mula berasa gusar kerana pada
kebiasaannya selepas membeli barangan, isterinya akan terus pulang ke rumah
tetapi kali ini isterinya belum lagi tiba ke rumah mereka. Dia bingkas bangun
dan mendukung anaknya untuk mencari isterinya itu. Ketika Hazmi ingin melangkah
kaki ke luar rumah. Telefon bimbitnya mula berdering.
“Assalamualaikum, nie Encik Hazmi ke?”
“Waalaikumussalam, ye saya.”
“Encik, kami dari Hospital Taiping, untuk
pengetahuan encik, isteri encik sekarang berada di hospital dan di tempatkan di
wad kecemasan.”
“Apa? Kenapa dengan isteri saya encik?”
“Sabar ye encik, Encik datang ke hospital
dulu ye.”
“Baiklah.”
Hazmi bergegas ke hospital bersama
puterinya yang tercinta. Tidak lama selepas itu Hazmi tiba di Hospital Taiping.
Dia terus berlari mendapatkan isterinya.
“Nurse di mana isteri saya ditempatkan?”
“Di wad A 4”
“Terima kasih nurse.”
Kebetulan pula doktor baru sahaja keluar
dari bilik pembedahan itu.
“Doktor bagaimana dengan keadaan isteri
saya?”
“Encik bawa bersabar ye, sekarang ini
isteri encik masih tidak sedarkan diri. Sila ke bilik saya ada beberapa perkara
yang perlu saya bincangkan.”
“ Baik doktor.”
*********
“Encik, sebenarnya isteri encik mengidap
barah otak tahap terakhir. Sekarang peluang untuk isteri encik sembuh amat
tipis. Sekarang nie kita berdoa dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk
merawat isteri encik.”
“Ya Allah. Dugaan apakah ini doktor. Saya
tak mampu hadapi semua ini doktor. Kenapa isteri saya yang terima kenapa bukan
saya? Cukuplah kesakitan semasa dia melahirkan zuriat kami dulu. Kali ini dia
di uji lagi.”
Encik, sabar yer. Allah maha mengetahui apa
yang terbaik buat hambanya. Ujian ini tanda Allah sayang pada kita”
“Tapi dokor saya tak sanggup melihat isteri
saya dalam keadaan begini. Saya tak pernah terkecil hati dengan dia. Dia sentiasa
menjaga makan minum saya dan anak-anak sebaik mungkin. Saya terlampau sayangkan
dia. Doktor, boleh tak doktor tukarkan nyawa saya dengan nyawa isteri saya.?”
Soalan dari Hazmi yang di luar kotak pemikirannya.
“Astagfirullahalazim, encik bawa istighfar
encik, Saya bukan malaikat untuk mencabut atau menukar nyawa seseorang. Semua
ini datang dari yang maha Esa. Saya hanya mampu menjalankan tugas saya sebaik
mungkin sahaja. Semuanya itu datang dari Allah. Allah yang memberikan menyakit
dan menyembuhkannya semula.”
Sedang asyik mereka berbicara tiba-tiba
bunyi alarm yang terdapat di dalam bilik isterinya di rawat itu berbunyi dan nurse
terus memanggil doktor. Keadaan menjadi agak riuh rendah. Mesin nyawa bantuan
itu menunjukkan lakaran mendatar dan ini bermakna……
Hazmi terdiam kaku. Dia menjadi buntu. Dia
mengintai dari luar sahaja kekalutan doktor dan pembantunya untuk menyelamatkan
nyawa isterinya itu. Hanya doa dan air mata yang mampu Hazmi titipkan. Saat
isterinya berdepan dengan malaikat maut, Hazmi menjadi buntu. Fikirannya
tiba-tiba teringatkan perbualan mereka sehari sebelum isterinya menghadapi musibah
ini.
“Abang, anak dah tidur ker?”
“Sudah sayang, sayang minta maaf ye tak
dapat tidurkan anak untuk malam ini. Saya rasa tak sihatlah bang.”
“Eh, takpe sayang. Abang tak kisah kan
tugas abang meringankan tugas sayang. Sayang tak sihat ae? Ada muntah-muntah
tak? Ehem..ehem…tak lama lagi puteri kita tue dapatlah adik baru kan?hehe”
“Hehehe..abang nie..ke situ pulak.
Muntah-muntah tu ada bang tapi bukan mengandung. InsyaAllah kalau ada rezeki
nanti sayang bagi tau abang ye? Kali nie sayang nak buat surprise dekat
abang”
“Surprise ape sayang? Eleh
sayangni..suprise konon. Nanti abang pakai je minyak wangi Simply
Siti nak tengok sayang dapat detect ke tak bau tue. Masa mengandung
Aisyah hari tue pun, sayang kata abang pakai minyak petrol. Tak boleh baula
minyak wangi yang abang pakai tue. Hehe”
“Ala abang nie..abang, abang sayang sayang
banyak mana yer?”
“Terlampau sayang sayang, takde terhitung
dengan nilai.”
“Erm..kalau Allah sayang sayang lebih dari abang
sayang sayang, abang sanggup tak lepaskan sayang?”
“Sayang, kenapa sayang cakap macam tue?
Sayang dah rasa kita dah tak sehaluan ke? Abang ada buat salah dengan sayang
ae?”
“Taklah abang, abang sempurna untuk
sayang..erm..maksud sayang kalau Allah jemput sayang dulu abang redha tak?”
“Emmmm..” Hazmi hanya mampu mendiamkan
diri.
“Abang kenapa abang diam nie? Abang
cakaplah..”
“Sayang, abang yakin dengan kematian, tapi
abang tak mampu untuk menerima andai insan itu adalah sayang. Abang tak sanggup
sayang. Tapi andai itu yang sudah tersurat, abang redha sayang.”
“Abang mati tue kan pasti. Abang tahukan
andai sudah sampai masanya. Kematian kita takkan dilambatkan walau sesaat dan
takkan dicepatkan walau sesaat pun kan?”
“Iye sayang.”
“Abang, Sayang minta maaf sangat-sangat
kalau sayang dah tak mampu lahirkan zuriat untuk abang lagi..”Air mata Maisarah
jatuh berguguran.
“Abang, Allah kurniakan anugerah untuk kita
cintai, dan kadang-kadang Allah menarik kembali apa yang diberi. Itu pun tanda
benci dari Allah tapi bukti sayangnya Allah pada kita.”
“Sayang, abang tak mampu lagi berkata.
Cukuplah abang berserah. Hanya pada Allah yang Maha berkuasa. Sayang, andai
abang boleh memilih jangka umur akan abang pendekkan umur abang untuk diberikan
kepada sayang. Tapi Allah Maha berkuasa sayang. Andai jodoh kita panjang pasti
akan berkekalan. Ameen”
“Ameen. Abang, terima kasih kerana sudi
hadir dalam hidup sayang.”
“Sama-sama sayang. Terima kasih untuk
sayang juga.”
********
Pembedahan itu akhirnya dihentikan. Doktor
pakar itu keluar dengan wajah yang muram.
“Doktor, isteri saya….”
“Maafkan kami, encik. Sabarlah dengan ujian
ini. Allah lebih sayangkan isteri encik. Kami sudah cuba sedaya kami encik.
Allah maha mengetahui apa yang direncana.”
“Innalillahilahirajiun..Allahu Akbar..ujian
mu begitu kuat bagiku Ya Allah. Aku tak mampu Ya Allah menahan kesedihan ini.”
Hazmi menangis semahu-mahunya
“Maisarah…..” jerit Hazmi yang terduduk
kaku di muka pintu kamar isterinya itu. Dia tak mampu untuk menatap wajah
isterinya.
Sedang meratapi pemergian isterinya yang
tercinta. Hazmi didatangi oleh seorang nurse.
“Encik Hazmi kan? semasa saya ingin
mengubah beg tangan arwah isteri encik saya terjumpa sekeping kertas yang
terjatuh dari dalam beg tangan arwah. Saya berikan kepada encik ye.”
“Baiklah”
Sehelai kertas itu telah tercatat bicara
terakhir dari Maisarah. Hazmi membaca dengan tangan yang terketar-ketar…..
Wahai suamiku pejuang agama..Isterimu kini
sedang mengembara..daku jauh berkelana..suamiku yang ku cinta, mungkin warkah
ini dikau baca saat daku sudah tiada. Tapi jangan sesekali dikau alirkan air
matamu. Wahai suamiku sayang, daku memohon sejuta kemaafaan kerana merahsiakan
kesakitan ini. Daku tidak sanggup melihat kesusahan dikau lagi. Biarlah daku
yang merasa. Daku memohon ampun dan maaf andai dikau terkecil hati dengan
isterimu ini. Aku redha. Suamiku yang ku sayang. Takdir itu sudah menetapkan
perpisahan kita. Jangan sesekali kau lupa untuk memelihara permata kita. Kau
hiasailah dia dengan baja agama, kau semailah dia dengan akhlak yang mulia.
Jangan sesekali kau sakitinya. Suamiku sayang, daku memohon maaf kerana daku
tidak dapat menjadi isteri yang dikau suka. Terkadang watak ku berbeza tetapi
dikau sabar menghadapinya. Suamiku, terima kasih di atas percintaan ini.
Dikaulah suami yang terbaik yang daku ada. Andai nanti kau bertemu bidadari
syurga biarlah daku yang menjadi bidadari itu. Suamiku yang tercinta, ku
bermohon sudikanlah kuntuman doa buatku, mintalah pada yang Esa moga aku
terlepas dari azab dan seksaNYA . Aku telah sedaya untuk menjadi isterimu, aku
juga telah sedaya untuk menjadi ibu kepada puterimu. Moga dikau restu segala
apa yang telah berlaku, kerana itu sahaja yang termampu yang dapat ku zahirkan
untukmu wahai sayangku…. Ketahuluilah oleh mu wahai suamiku, daku tidak pernah
berkecil hati denganmu. Dikau menjadi nakhoda kami yang amat ku hormati. Suamiku,
daku akhiri warkah ringkas ini dengan memohon ampun dan maaf. Halalkanlah
segala makan dan minumku selama mana aku bersama denganmu. Moga cinta kita
berkekalan hingga ke syurga. Abang, sayang terlalu sayangkan abang. Tapi sayang
Allah kepada sayang lebih utama. Maafkan sayang abang..ikhlas dari
isterimu..Maisarah..
Hazmi terdiam kaku. Suasana di dalam
hospital itu menjadi sunyi seakan mengerti kesedihan yang dialami oleh beliau.
“Wahai isteriku sayang tidurlah engkau
sepuasnya. Akan ku kuntumkan doa buatmu. Isteriku sayang, bagiku tiada langsung
dosa mu terhadapku. Kau isteri mulia. Moga dikau menjadi bidadari syurga. Aku
sayang dan cinta kamu kerana Allah.”
*******
“Abi..abi…kenapa abi menangis nie?” Jerit
Aisyah Humaira yang berlari ke arah Hazmi.
“Eh sayang, abi.. rindukan umi. Sayang
rindukan umi tak?” Anak kecil yang masih tidak mengenal kehidupan yang sebenar
itu terpinga-pinga apabila abinya bertanyakan soalan itu
“Mestilah rindu tapi, umi dah pergi abi.
Umi dah tak sayang Aisyah ke?”
“Taklah sayang, umi tak pergi ke mana-mana
pun, umi sentiasa ada dihati abi dan Aishah.”
Kini usia Aisyah Humaira sudah mencecah 5
tahun. Uminya pergi meninggalkannya pada usianya 2 tahun. Anak kecil yang comel
ini persis wajah ibunya. Putih dan cantik.
“Sayang, kita doakan moga arwah umi
ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan sentiasa mendapat rahmah dan
hidayah dari Allah ye?”
“Baik abi. Aisyah sayang abi dan umi. Abi
janganlah menangis nanti Aisyah menangis jugakla.” Anak kecil ini seakan
mengerti kesedihan yang menimpa ayahnya yang tercinta.
“Sayangku Maisarah, kini anak kita sudah
membesar, wajahnya tak ubah seperti sayang, dia yang menjadi penawar buat
abang. Akan abang jaga zuriat kita ini sebaik mungkin selagi nyawa abang masih
ada.”
“Sesungguhnya
setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan
masuk syurga.”
(Hadith riwayat
Tirmizi dan Ibnu Majah)
Buatmu...
..TAMAT…
p/s: sekadar rekaan semata-mata. Moga kita
dapat menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah. Hargailah orang yang
sentiasa ada dengan kita. Kita tidak mungkin akan dapat menikahi orang yang
kita cinta tapi wajib bagi kita untuk mencintai orang yang kita nikahi. Hargai
dan cintailah mereka apa adanya. Ambillah segala pengiktibaran yang ada di
dalam coretan ini. Maaf andainya membuai perasaaan anda.Salam.
1 comment:
Kesaksian singkat ini dapat membantu Anda atau seseorang yang dekat dengan Anda. HARAP BACA
Nama saya Louisa, saya ingin memberi tahu dunia bagaimana Dr Kavi menyelamatkan pernikahan. marrigae saya hampir roboh. Saya menikah selama sebelas tahun tanpa seorang anak dan Anda tahu apa artinya menikah selama dua tahun tanpa seorang anak, tetapi saya berusia sebelas tahun, sehingga Anda dapat membayangkan tekanan yang dapat datang dari seorang ibu mertua pada saat itu. Ibu mertuaku membuat perkawinanku menjadi kacau untukku, meskipun suamiku sangat pengertian karena dokter keluarga kami telah memberi tahu kami bahwa tidak ada yang salah dengan kami berdua. Tetapi berapa lama seseorang dapat siap untuk memahami dan menunggu waktu Tuhan? Saya sangat khawatir sampai seorang teman saya memberi tahu saya tentang seorang pria yang ditemuinya yang membantunya mengakhiri ketidaksopanannya,
Tetapi saya tidak pernah percaya pada spiritualis ini. Tetapi setelah banyak tekanan dari teman saya, saya memutuskan untuk menghubungi DR Kavi dan memberi tahu dia tentang ketidakberadaan anak saya. Yang dilakukan pria hebat ini adalah mengajukan beberapa pertanyaan penting dan memberi tahu saya beberapa hal penting yang diperlukan untuk membuat saya memiliki anak-anak dalam kehidupan. Saya melakukan semua yang diminta untuk melakukan dan menyimpan semua instruksi ..
setelah 2 minggu saya dikonfirmasi hamil. Semua berkat Dr Kavi
Saya tahu apa artinya menjadi tanpa anak, jadi saya menggunakan media ini untuk membagikan kesaksian saya kepada Anda sehingga Anda juga dapat menghubungi Dr Kavi hari ini di salah satu masalah berikut ini
* Anda ingin mantan Anda kembali.
* Dipromosikan di kantornya
* Ingin kaya.
* Anda ingin menjaga suami / istri Anda menjadi miliknya sendiri selamanya.
* Apakah Anda akan mengendalikan pernikahan itu
* Apakah Anda ingin tertarik pada orang
* End Childlessness
* obat untuk penyakit apa saja.
Hubungi DR Kavi hari ini dan terima kasih nanti. Email: godkavi01@gmail.com
Post a Comment