Labels

Pages

Followers

Saturday, October 13, 2012

Secangkir Ilmu Dari Ustaz Don Daniyal Biyajid





Salam buat pembaca bingkaibiru semua, maaf kerana agak lama tidak mengupdate blog ini, biasalah kesibukan yang melanda diri. Minggu yang agak meletihkan buat saya. Hehe. Saya harap sahabat semua tidak melupakan blog ini ye. Walaupun blog ini tidak sehebat blog rakan-rakan semua tapi jangan lupa untuk teruskan pembacaan di dalam blog ini. Kita sama-sama berkongsi ilmu.

Semalam punya berjuta kenangan, Alhamdulillah dalam kesibukan belajar, mengajar dan bekerja saya diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ulama muda tersohor di Malaysia ini. Begitu teruja untuk melihat dan mendengar ceramah beliau. Siapa tidak kenal dengan Ustaz Don Daniyal. Ucapan yang bersahaja tetapi penuh hikmah di samping bijak memikat hati pendengar dengan alunan suara-suaranya memperdengarkan ayat- ayat Allah begitu memukau hati khalayak yang hadir. Lautan Muslimin dan muslimat yang hadir untuk mendengar kuliah beliau itu.

Teringat saya pada artikel yang ditulis di sebuah ruangan akhbar yang seakan menghentam mahasiswa di universiti kami. Al-maklumla, pada ketika itu pihak universiti juga membuat suatu majlis ilmu. Tokoh yang hebat juga dipanggil untuk memberikan ceramah berkaitan bidang penulisan. Saya rasa, rakan-rakan semua mesti kenal tokoh yang dikaitkan dengan novel yang berunsurkan syiah. Tidak perlu saya nyatakan namanya di sini. Menurut akhbar itu, mahasiswa tidak begitu berminat dengan program penulisan dan kurang nilai ilmu.

Hebat putar belit akhbar ini. Lumrah di dalam berita. Tidak semestinya benar belaka. Saya ingin bertanya wartawan yang membuat artikel itu, adakah dia pergi menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Don pada petang semalam. Jika dia ingin mengetahui ilmu yang menjadi pilihan hati mahasiswa/i di universiti saya bukanlah ilmu yang boleh menggugat pemikiran kita tetapi ilmu Allah, ilmu agama. Nanti saya sertakan buktinya.

Kami mahasiswa/i dahagakan ilmu agama. Hanya ilmu ini sahaja yang mampu membentuk peribadi kami. Saya rasa tiada masalah memanggil ustaz-ustaz yang popular daripada kita memanggil artis yang entah apa-apa gayanya. Harga dibayar mahal kesannya kosong pada diri mahasiswa/i. Masalah sekarang ini kita terlalu takut dengan politik. Ada Ustaz yang diblacklistkan sehingga tidak boleh memberikan ceramah di mana-mana agensi kerajaan. Ilmu itu bukan kita punya. Tapi Allah punya. Perlu disebarkan dan wajib di dakwahkan!

Agaknya saya sudah lari dari tajuk ye. Hehehe.. okayla berbalik pada isi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don semalam. Banyak perkara yang dikongsikan oleh beliau terutamanya berkaitan dengan solat kita. Para sahabat yang sayang kerana Allah, solat itu tiang agama. Hanya solat yang akan membentuk disiplin kita. Jaga adab bacaan di di dalam solat. Tahu rukun solat. Ingat ye jika kita salah membaca Al-Fatihah, maka solat kita akan terbatal. Saya ulangi solat kita akan batal!. Hendak tahu bagaimana diri seseorang itu, lihat cara dia beribadah. Gunakan waktu yang ada untuk berdating dengan Allah

Beliau juga turut menceritakan tentang akhlak nabi, sebagai seorang pemimpin, suami, dan kekasih Allah. Kita mesti mencontohi kekasih Allah ini. Jangan sesekali kita menghina atau membuat tanggapan yang negatif kepada baginda Rasulullah dan keluarga baginda. Beliau juga turut mengesyorkan sebuah buku yang perlu dibaca oleh kita semua iaitu ‘Wajah Kasih Rasulullah’ karangan Misbah Em Majidy. Saya sudah mendapatkannya dan saya menyeru anda semua perlu mendapatkannya juga. Buku itu menceritakan bagaimana peranan nabi sebagai seoarang suami, calon isteri pilihan nabi, cara nabi menjaga hati isteri-isteri baginda dan banyak lagi topik menarik yang perlu kita khadamkan sebelum kita mendirikan rumah tangga. InsyaAllah

Kepada mahasiswa di universiti saya, rugilah anda sekiranya tidak menghadiri majlis ilmu yang dipayungi malaikat rahmat semalam. Carilah ilmu itu di mana sahaja kerana ilmu tidak cukup dengan membaca atau melihat kita perlu mendengar. Besar pahalanya dan hebat kuasanya kepada kita.

Sedikit sedutan potret semalam…

Saya dan Ustaz Don. Pejam mata la pulak!


Gaya Ustaz ketika penyampaikan ceramah



Antara khalayak yang hadir


Kami dan ustaz Don


Cuba cari gambar sy tengah berbual dengan Ustaz. 
Hehehe


Ada jugak gambar tengah bersalam dengan ustaz, moga-moga ada ibrah dari beliau




Sedikit sedutan video. Selamat menonton!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...