“Saiful, kau betul ke suruh mak meminang
Sofea tue nak? Kau sedar tak kedudukan keluarga kita?” Luah Puan Mariah kepada
anaknya, Saiful.
“Ayah bukan tak setuju dengan hasrat kau
tue Saiful tapi, ayah takut keluarga dia menolak. Dia enggang Saiful tapi kita
nie pipit je.” Tambah Pak Murad
“Ayah, mak, dia dah jelaskan kepada Saiful,
harta bukan ukuran bagi dia.”
“Tapi, keluarga dia? Kau dah berjumpa
keluarga dia?” Soal Pak Murad
“Erm…belum mak.”
“Apa nanti keluarga dia kata. Kau tahukan
keluarga kita nie sederhana. Bapak kau nie hanya ada tanah sekangkang kera je.
Harta pun takda. Mak pulak ada rantai pusaka pemberian arwah nenek kau je.”
“Saiful, mak tak halang kau nak bernikah
tapi mak risau dengan jodoh pilihan kau. Dia anak orang berada Saiful.”Luah
puan Mariah
Pak Murad dan Puan Mariah seakan menentang
hajat anaknya itu. Mereka sedar akan status sosial yang akan menjadi batu penghalang
kepada niat suci anaknya. Allah itu maha berkuasa. Kadang-kadang Allah
memberikan nikmat yang tidak pernah kita rasa dan kadang-kadang Allah akan
menarik berkat yang amat kita pinta. Allah itu adil sifatnya.
Puan Mariah seakan memahami isi hati
puteranya yang tercinta itu. Dia akur akan keputusannya tetapi biarlah pihak di
sana juga bersependapat dengannya dan mampu menerima kehidupan mereka
sekeluarga. Jika harta yang menjadi prasyarat utama, itu bukan mereka dan jika
takhta yang menjadi matlamat utama, juga bukan mereka tetapi jika bahagia yang
dipinta mereka pasti akan berusaha, mereka pasti akan memberikannya.
“Saiful, mak rasa kau jumpalah dengan
keluarganya dulu ye? Berdoalah moga keluarga Sofea suka kepada kau.”
“Baik mak.”
Telefon Samsung Corby berwarna hitam
dan putih dicapai. Dia pantas menaip nombor telefon Sofea
“Tut..tut…tut…tut..Hello Assalamualaikum,
Sofea esok family awak ade dekat rumah tak. Saya nak berjumpa dengan family
awak la, ada perkara penting yang perlu dibincangkan. Saya harap boleh ye. Ini
soal hubungan kita.” Soal Saiful bertubi-tubi
“Err….siapa ye awak nie??Ni makcik Sufiah
la, amboi Saiful.. macam mana boleh tersalah dial nie?? Nama mak cik dengan
Sofea pun kau dah tak dapat bezakan? Takkan nama mak cik pun kau tulis my love
jugak???” Usik Makcik Sufiah ibu saudara Saiful.
“Alamak mak cik, hehehe malunya saya. Mak cik,
saya minta maaf ye? Mak cik doakan ye moga semuanya berjalan lancar.
Assalamualaikum mak cik.”
“Kali nie mesti betul! Sabar Saiful..” Bisik
hati Saiful.
Belum sempat Saiful mencari nama Sofea di
telefon bimbitnya, tiba-tiba nama itu tertera dan dia terus menekan punat
terima panggilan.
“Allah, mudahnya untukmu mendekatkan jodoh
hambamu ini.” Bisik hati Saiful
“Assalamualaikum awak, sebenarnya ada
perkara penting yang saya perlu beritahu awak.”
“Waalaikumussalam, saya pun ada perkara
untuk saya sampaikan kepada awak. takpela awak cakap dulu ye?”
“Erm baiklah, awak family saya nak jumpa
awak la”
“Gullp..er….awak bergurau ae?”
“Ish takla awak, saya serius nie. Esok awak
free tak?”
“Ya Allah, Sofea sebenarnya perkara itu
jugak yang saya nak sampaikan kepada awak.”
“Awak, datang ye esok saya dan keluarga
tunggu awak.”
“Erm..awak, awak dah jelaskan ke tentang
saya dan family saya?”
“Sudah awak, awak jangan risau ye.”
Pucuk dicita ulam mendatang dan seperti
orang yang mengantuk disorongkan bantal begitulah bidalan tepat untuk diri
Saiful. Dia bertekad, walau apa pun yang terjadi dia akan berusaha untuk
memenangi hati ayah dan ibu Sofea. Dia berusaha, dan selebihnya dia hanya mampu
berdoa pada yang Esa.
Hari itu bagai hari yang paling bersejarah
buatnya. Dia kini berada di hadapan sebuah rumah banglo. Ketinggian pagar melepasi
ketinggian dirinya. Dia kaget! Benarkah ini rumah Sofea. Dia memberanikan diri
menekan loceng rumah itu.
“Assalamualaikum, Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam” Mak Cik Salmah yang
merupakan orang gaji di rumah Sofea itu menjawab salam Saiful.
“Anak nie Saiful kan? Masuklah nak, tuan
dan puan dah tunggu kamu nak”
Suara dan lenggok gaya bahasa Mak Cik
Salmah persis ibunya. Saiful terus mendapat kekuatan apabila terbayang wajah
ibunya.
“Ya Allah, moga dipermudahkan segala
urusanku ini untuk memetik setangkai mawar cintaku ya Allah.” Doa Saiful.
“Tuk..tuk..tuk.. Assalamualaikum pak cik,
mak cik”
“Waalaikumsalam awak nie Saiful ke?” Soal ibu
Sofea
“Ye Mak Cik” Jawab Saiful ringkas sambil
menghulurkan tangan kepada ayah Sofea.
“Duduklah Saiful”
“Terima kasih pakcik, makcik.”
“Mak cik, sebenarnya saya membawa hajat
besar datang ke sini.”
“Kalau kau ada hajat pergilah dekat tandas
belakang tue. Minta mak cik Salmah tunjukkan.” Jawab Dato Salleh selamba sambil
membelek akhbar Kosmo
“Ish abang nie, bergurau tak kena tempat.
Mak cik minta maaf ye Saiful, biasalah pak cik kau nie memang selalu bergurau.
Sofea selalu jadi mangsa dia mal cik pun sama.”
“Eh, takda apa-apala mak cik, mak cik…pak
cik..er…se..se…se..be..be..narnya..sebenarnya..”
“Kau nie kenapa Saiful gagap je. Cakap jer.
Pakcik tak pekak lagi la.” Nada Dato’
Salleh tegas kali ini.
Saiful begitu gugup apabila berhadapan
dengan kedua orang tua Sofea. Pada kebiasaannya, Dato Salleh dan Datin Sarifah
lebih selesa dengan gelaran Auntie dan Uncle. Panggilan moden! Tetapi lidah
Saiful seakan sukar untuk menyebut perkataan Inggeris itu. Dia memanggil mereka
dengan gelaran pak cik dan mak cik sahaja. Panggilan kampung!
Mereka sebenarnya sudah tahu hajat Saiful
itu. Walaupun hanya pertemuan pertama
mereka tetapi mereka sudah dapat membaca apa yang bermain di kotak fikiran
Saiful.
“Kau nak melamar anak kami?” Suara Datin
Sarifah memecah kebuntuan Saiful.
Sofea yang masih berada di bilik sambil
mencuri dengar perbualan antara Saiful dan kedua orang tuanya ketawa di dalam
biliknya. Sengaja dia membiarkan Saiful berseorangan.
Saiful terdiam.
“Mak cik, saya tahu saya tidak layak untuk
anak mak cik saya mengaku mak cik saya hanya bekerja sebagai seorang tukang
cuci sahaja. Siapa saya jika nak dibandingkan dengan keluarga mak cik. Mak cik
saya akan cuba sedaya upaya membahagiakan Sofea seadanya saya dan sehingga
akhir hayat saya mak cik. Pak Cik, Mak cik saya tahu mak cik dan pak cik mesti
ragu-ragu dengan saya tapi saya akan buktikan pada makcik dan pak cik. Saya
tiada harta yang boleh buat Sofea bahagia tapi saya ada Allah yang akan menolong
saya untuk membahagiakan Sofea.” Jelas Saiful
Dato’ Salleh dan Datin Saripah berpandangan
sesama mereka. Mereka bagai seia dalam memberi jawapan.
“Kamu betul-betul ingin melamar Sofea? Kamu
boleh turuti permintaan kami ini?”
“InyaAllah mak cik saya akan cuba sedaya
upaya saya”
“Selalunya beginilah jawapan pemuda yang
datang untuk melamar Sofea.” Jawab Dato’ Salleh ringkas.
“Mak cik, saya akan cuba usahakan apa yang
pak cik dan mak cik hajati itu.”
“Baiklah kalau begitu, sediakan kami 7
dulang hati nyamuk, 8 mangkuk limpa kuman dan 7 kolam air mata ikan duyung!”
Muka Dato’ Salleh serius!
“Ape abangnie, abang nie dah giler ke?”
Marah Datin Sarifah
Sofea yang berada di dalam bilik terus
ketawa. Mahu sahaja mengeluarkan suaranya tetapi dia tidak terdaya
“Bergurau pulak orang tua nie…” Bisik hati
Saiful
“Kau ada RM100,000 tak?”
“Astagfirullahalazim, banyaknya pak cik,
mana saya ada duit sebanyak tue, gaji saya pun belum cukup nak kumpul wang
sebanyak tue.”
“Habis tue macam mana kau nak kahwin dengan
anak aku? Ni bukan soal jual anak tapi kau tahu kan Sofea tue satu- satunya
anak kami.”
“Pak Cik, Mak Cik kalau duit yang diimpikan saya pohon maaf, saya tak mampu nak
tunaikan hasrat saya itu. Saya mendoakan Sofea mendapat jodoh yang terbaik dari
saya.”
Sofea
terkejut dengan kata-kata Saiful itu. Air matanya tiba-tiba menitis. Tergamak
ayahnya berbuat begitu. Mengapa harta yang ayahnya pentingkan, mengapa tidak
kebahagiaan dirinya.
Mungkin
jodoh mereka tidak mampu lagi diteruskan. Perbedaan status tidak dapat lagi
dielakkan. Siapa Saiful untuk menandingi Sofea. Cinta yang dulunya indah kini
menjadi parah. Harapan yang diimpikan mekar kini bertukar warna yang pudar!
“Mak Cik, pak cik izinkan saya mengundur
diri. Saya mengucapkan terima kasih kerana mak cik sudi berjumpa dengan orang
hina seperti saya. Assalamualaikum.”
Saiful berlalu pergi tanpa berpaling lagi.
Harapan yang diimpikannya sejak sekian lama dibiarkan terbang menggapai langit
biru Ilahi. Pudar segala angan. Luntur setiap apa yang menjadi pandangan..Sepi
menyelubungi diri. Langkahnya longlai meninggalkan pintu rumah Dato’ Salleh.
********
BERSAMBUNG DA….
No comments:
Post a Comment