Labels

Pages

Followers

Monday, October 1, 2012

Tika Ibu Menangis



Tika Ibu menangis

Tika ibu menangis
tidak siapa rasa kepedihan setiap titis
denyut rasa menongkah jiwa
ada kesedihan di raut wajah sucinya
dia simpan di dalam selimut rahsia
dia kunci di dalam peti duka

Langsung tidak mahu permatanya merasa
ibu diam, ibu hanya berkata dia bahagia
tapi hakikat  ombak derita menongkah ubunnya
gigih di luar pesona
terselit pasrah di jiwa

Tika ibu menangis,
permatanya di dalam senyuman unggas rimba
tidak langsung diketahui derai mata ibu yang tumpah ke bumi
jangan menjadi permata di celahan kaca
jadilah madu yang ada di kuntuman bunga

Kenang jasa insan yang bernama ibu
andai hari ini tiada senda dari dia
jangan lagi kau kesali
usahla kau tangisi
kerana esok sudah tiada

Nyanyikanlah lagu merdu irama kalbu buat ibu
gesekan akhlak sucimu buat ibu
dendangkan gurindam iman buat ibu
puisikan cintamu buat ibu
zikirkan doa kebahagiaan buat ibu
dan dodoikan rasamu di jasad ibu

Wahai permata ibu,
usah pernah kau sakiti syurgamu itu
kerana ia payung untukmu dari rancak hujan neraka
jangan kau tega lukakan dia
kerana dia ubat yang akan membaluti sakitmu
usah lagi kau beri linangan air mata kesangsian
ukirlah senyum suka untuk ibumu
demi harga sebuah cinta ibu nan suci

Hai permata sinar bahagia ibumu
dengarlah harapanku ini
jadilah dikau insan yang berguna
mawarmu bisa demi agama
tangkaimu menjadi penguat tali Esanya
bersatulah dalam berjuang
jangan kau berpadu di dalam cerita yang terbuang.

Husairi Hanafi
10.41 p.m






3 comments:

Unknown said...

:)

Bunda_nora said...

anak tidak akan dapat merasa sehebat mana penderitaan siibu sehingga mereka sendiri menjadi ibu bapa nanti..

Unknown said...

suka entry ni..
bagus dan memberi
pengajaran buat setiap anak :)
hargai ibu kita selagi mereka masih ada :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...