Kita minta panas hingga ke malam tapi Allah
datangkan hujan kedamaian. Kita pinta senyuman yang berpanjangan tetapi Allah
hadirkan tangisan sebagai penyeri rasa kita dan terkadang kita pohon moga
diberikan kesenangan di dalam kehidupan tetapi Allah berikan kesempitan di
dalam hidup. Apa sebenarnya erti pemberian Allah itu kepada kita. Adakah benar
Allah menyayangi hambanya?
Benar ia memang benar. Allah tidak pernah
membenci hambanya yang sentiasa meminta, cuma tempoh masanya cepat atau lambat
sahaja. Bersabarlah dalam berdoa. Apa yang penting apabila kita berdoa itu
mestilah ada keyakinan yang kuat. Yakin bahawa Allah pasti memperkenankannya.
Insya Allah doa kita pasti termakbul. Saya teringat perbualan di antara saya
dengan seorang hamba Allah yang berniaga burger berdekatan dengan tempat
saya belajar.
“Assalamualaikum pak cik, burger
ayam special satu ye.”
“Waalaikumussalam ye nak. Mujur anak sempat
kalau tak dah habes tinggal satu je lagi. Ujar pak cik itu kepada saya
“Alhamdulillah rezeki pak cik malam ni kan?
Sekejap je Allah nak beri kan pak cik kan.” Soal saya kepada beliau.
“Ye Nak. Allah makbulkan doa pak cik hari
ni. Alhamdulillah. pak cik sentiasa berdoa moga rezeki pak cik bertambah dan burger
pak cik habes dijual. Kalau tak terpaksa pak cik tunggu sampai ke lewat pagi.”
Saya melihat ukiran senyuman yang ada pada
wajahnya. Saya sudah mengenali pak cik ini dari semester 3 lagi. Alhamdulillah,
kadang-kadang dia memberikan ilmu santai kepada saya yang saya tidak akan dapat
di mana-mana. Pesan saya kepada semua, jangan sesekali kita sombong dengan
insan seperti ini, ramahlah dengan mereka kerana ada sesuatu yang pasti mereka
berikan bukan burger percuma tetapi suatu ilmu yang berguna yang
tidakkan kita perolehi di mana-mana. Sebenarnya hati ini sudah lama
menginginkan burger bakar Abang Burn. Mudah-mudahan dapat saya rasa
suatu hari nanti.
“Anak, kita nie selalu sombong dengan
Allah, termasuklah pak cik ni. Kita nak jadi kaya tetapi kita malas berusaha
apatah lagi berdoa pada DIA. Kita nak harta yang banyak tetapi usaha kita tidak
padan dengan apa yang kita hendak. Pak cik bersyukur kerana rezeki pak cik
makin bertambah. Alhamdulillah nak, kita pinta je pada Allah, Allah pasti akan
perkenankan dan bila Allah bagi lebih dari itu yang kita dapat. Betul tak nak?”
Ujar pak cik itu kepada saya
“Ye pak cik. Allah yang berhak memberi dan
Allah yang berhak menarik balik apa yang DIA berikan.”
“Anak, cuba kita lihat ayah kita, kalau
kita minta sesuatu yang baik. Pernah tak dia tidak tunaikan permintaan kita
itu? Kalau ayah takde duit sekalipun dia akan cuba berusaha untuk menunaikan
hajat anaknya itu. Ayah akan gigih bekerja untuk pastikan hati anaknya dan dia
gembira. Ayah kita hebat nak, cuba tengok kulit dan uban yang ada padanya. Itu lambang
kegigihan dia bekerja, untuk apa? Untuk kita nak. Anak, begitu juga dengan
Allah, kita mesti berdoa dan meminta kepadanya kemudian kita berusaha dengan
segigihnya. Allah pasti akan membantu kita”
Saya terkedu dengan kata-kata itu…
“Ish pak cik nie, buat ayat sentimental
pulak dekat sini. Aku ni exam pun tak start lagi, dahla tak dapat balik
kampung. Hati dah terlampau rindu nak jumpa mak dan abah. Ya Allah sabarkankanlah
hati ini.” Bisik hati saya laju. Andai tiada orang yang melihat pasti air mata
saya akan mengalir. Tetapi sebagai seorang lelaki yang sopan, biarlah air mata
itu hanya mengalir di dalam hati.=)
Mudah-mudahan kita dapat pengiktibaran dari
sedikit cerita saya ini. Saya pasti mungkin ada yang pernah mengalaminya. Tetapi
bukan hanya digunakan untuk modal perbualan tetapi jalan kita untuk sentiasa
rasa hidup mengingati Tuhan. mudah-mudahan kita menjadi hambanya yang soleh dan
bertaqwa.Insya Allah.
No comments:
Post a Comment