Alhamdulillah, syukur pada Allah keranaku masih lagi diberikan hembusan
nafas untuk merasa nikmat pada tahu baru ini. Aku melangkah pada satu destinasi
yang baru walau hakikat di dalam tahun Islam sudah lama aku merasakannya. Ya,
sudah lama. Alhamdulillah pada iftitah tahun baru ini subuhku masih terjaga. Ya
Allah moga aku terus istiqamah dalam menjadi hambamu yang patuh akan ajaranmu
Wahai Allah, tiada kata yang dapat ku ungkapan hanya
doa yang mampu ku panjatkan. Pada mula kembara aku dan keluargaku ke tahun baru
ini, Dikau peliharalah, DIKAU jagalah kami. Wahai Allah syukur kami tidak
terhingga di atas segala karunia yang kami rasa. Pada tahun baru ini tiada azam
yang ku aku titipkan kerana masih lagi aku berhutang denganMU. Saat aku
dihenyak dengan perasaan bumgkam yang mengganggu diri, DIKAU hadir sebagai
PEMBERI, DIKAU berikan ketenangan,
kemenangan dan kebahagiaan dalam hidupku.
Wahai Allah, andai ramai yang membenci diriku ini, aku
pasti tidak akan sesekali membenci mereka kerana ku tahu mereka tidak tahu.
Benar, mereka tidak tahu. Biar aku di caci manusia tetapi tidak di matamu wahai Allah. Biarlah aku menjaga hubunganku
denganmu kerana ku pasti DIKAU juga akan menjaga ku.
Pada tahun baru ini, ku pohonkan moga DIKAU hadiahkan
aku hati yang baru, hati yang lebih mencintaimu hati yang sentiasa merindui
kekasihmu, Rasulullah. Wahai Allah, hatiku yang lama sudah layu dan beku, buta
dari taubat celik pada maksiat. Ya Allah, moga cinta kita berkekalan, moga kita
saling berkasihan. Wahai Allah, tiada apa yang dapat ku coretkan hanya selaut
kesyukuran ku panjatkan di atas segala nikmat dan ujian yang telah DIKAU
berikan.
Ku tinggalkan semua kenangan silam atas masa yang
kelam agar ku mampu bangkit dengan peristiwa semalam, semalam satu duka semalam
juga satu senyuman buatku. Ujian kepahitan yang ku rasakan rupanya DIKAU
gantikan dengan manisnya madu cinta BerTuhan. Alhamdulillah. Ya Allah
jauhkanlah jua aku dari segala sifat sombong, bongkak dan bangga diri yang
tidak ketahuan. Ku takut rasa ini memakan diriku. Ku takut rasa ini akan
mematikan aku sebagai hamba yang mencintai mu.
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, ampunilah
dosa guru-guru, ampunilah dosa pensyarah-pensyarahku, ampunilah dosa
rakan-rakanku dan ampunilah dosa seluruh ahli keluargaku. Wahai Allah, sudilah
apa kirany DIKAU mengampuni dosa ku dan terimalah taubatku ini. Ya Allah,
jauhkanlah kami dari maksiat, zina, perkara mungkar, fitnah Dajjal dan Azab Api
Neraka, Jauhkanlah Ya Allah, Jauhkanlah kami dari perkara yang merosakkan cinta
kami kepadamu. Wahai Allah jadikanlah aku anak yang soleh dan permudahkanlah
urusanku di duniamu ini. Ameen..
Secangkirbicara Husairi Hanafi….pohon doa dari kalian
semua moga saya dipermudahkan menjawab peperiksaan pada esok hari. Ameen.
Sayang semua kerana Allah
1 comment:
Insyaallah..amin
Post a Comment