Salam pertemuan buat pembaca semua.
Alhamdulillah bersua kita lagi. Diri mohon maaf kerana tidak sempat meletakkan
sedikit ilmu pada lembaran ini. Alhamdulillah hari ini saya diberikan
kesempatan oleh Allah s.w.t untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan pembaca. Apa yang
penting bukan untuk menunjukkan kehebatan yang ada pada diri tetapi sekadar
menyampaikan rahsia ilmu Ilahi. Insya Allah sama-sama kita mengutip tinta yang
baik mog nanti kita mendapat pengakhiran yang baik.
Bicara kali ini tentang hubungan kita
dengan Pencipta kita. Bagaimana kita pada hari ini? Bagaimana dengan iman kita?
Tahun demi tahun kita hidup di alun dengan ujian kehidupan kita tabah sehingga
ke hari ini. Tapi fikirkanlah sejenak, kita ada Pencipta kita. Ya kita ada
pencipta. Siapa? Dialah Allah. Allah yang zat maha besar. Kesyukuran apa yang
telah kita berikan pada Allah atas nikmat yang telah kita dapat di dunia ini? Kita
mampu bergelak tawa dengan keluarga dan rakan, bersuka ria dengan handai tanpa
rasa gusar akan natijah kita nanti.
Allah sentiasa ada dengan kita tetapi kita
yang selalu mentiadakan Dia. Allah selalu memerhatikan kita tetapi kita selalu
bersembunyi dari Dia. Allah juga amat merindukan doa dan rintihan kita tetapi
kita selalu dendangkan melodi lagha dari mengingati Dia. Di mana kita sebagai
hamba Allah yang kata cinta pada NYA. Selalu Allah datangkan ujian kepada kita
tetapi ada yang masih tidak peka. Kata mereka datang dari kesilapan diri bukan
dari ujian Tuhan. Hidup diteruskan tanpa sedikit pun berfikir tentang Allah.
Kita boleh memikirkan hal yang remeh dengan
lamanya bahkan sanggup memikirkan masalah rakan-rakan kita dan terus membantu
mereka. Tapi ingatlah bahawa jangan sekali-kalai lupakan masalah kita dengan
Allah. Bagaimana tanggungjawab kita dan apa amar maaruf yang telah kita lakukan
atau sudahkan kita lakukan? Tepuk dada tanyalah iman. Tika ada hati yang
membenci jangan sekali kita berkata pada Allah ‘Ya Allah ada insan yang
membenciku’ tetapi berkatalah pada hati, Aku ada Allah yang sentiasa mengingati
dan merinduiku’.
Ayuh pada masa yang kita ada ini, eratkan
kembali hubungan kita dengan Allah, jangan jadikan kesilapan dulu sebagai titik
noktah untuk kita menjalin cinta dengan Allah dan ingat jangan sekali-kali
membenci kesilapan itu kerana mungkin dia yang telah membawa kita dengan Allah
walau dengan cara yang salah tetapi setidaknya kita masih ada hati untuk
merubah dan terus berubah. Usah lagi kita fikirkan dosa semalam. Natijahkannya dengan
taubat. Ingat. Sesungguhnya Allah maha pemaaf dan pemgampun.
1 comment:
Syukran atas perkongsian. peringatan bersama. Yakin Allah sentiasa ada setiap detik tanpa pernah hilang dari sisi kita. Allah Maha Melihat segalanya .. :')
Post a Comment