Labels

Pages

Followers

Wednesday, August 8, 2012

♥♥ KISAH ABANG DAN SAYANG- (SAHUR) ♥♥


Perempuan : Assalamualaikum abg oi, kenape orang hantar mesej tak balas-balas erk?

Lelaki : Waalaikumussalam, maaf puan syg, abg sibuk la. Sekarang nie banyak kerja. Ala kan bulan puasa ni kite dah janji nak kurangkan bermesej-mesej kan?

Perempuan : Erm..yela..abg busuk!

Lelaki : Eleh, nie dah mandi ke belum? Bau dalam telefon menusuk dalam hidung abg le.Hehe

Perempuan : Wekk, dia yang berbau cakap orang..Erm..camne puasa abg hari ni? Sahur bangun tak? Biasanya orang lelaki kan susah nak bangun sahur. Ish3..macamanale nak jadi suami orang kalau bangun sahur pun susah pastu subuh ntah solat ke tak. Tapi, abg sy tak macam tue kan? Hihihii..

Lelaki : Amboi, iye, Alhamdulillah setakat nie sahur abang tak pernah tertinggal tau. Paling tidak abang sahur dengan seteguk air liur je. Ha, tapi abang celik mata tau tak tidur dah lepas tue. Syg kenala faham, abg kunci jam pukul 3 pagi tapi pukul 6 baru abang bangun.Hehehe. tak kan nak makan lagi. Tapi kalau terlupa kita boleh makan yg oi dan bila dah teringat jangan pulak nak makan lagi. Batal puasa. Bak kata hadis nabi ~ Sabda rasulullah bermaksud: “sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa, maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh allah kepadanya."~

Perempuan : Iyelah abg oi. Tapi kan ambik sahur tu kan sunah nabi kan bang? Cukuplah sekadar memakan sebijik tamar. Kalau takde tamar makanla kurma. Eh? Bukan sama ke bang? Hehehe dan minum seteguk air. Lagipun sahur nie kan nak topup energy kita kan? Ada orang cakap pukul 12 malam dia dah bersahur. Tapi itu bukan sahur la bang itu mentekedarah…hehe..kan hadis nabi ada cerita tentang keberkatan bersahur ~ Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Bersahurlah kerana kamu sesungguhnya pada sahur itu ada keberkata”.~Hadis Riwayat Bukhari &Muslim.~

Lelaki : Amboi ustazah nie. Alhamdulillah dah pandai ilmu agama ye bakal zaujah abg nie.Hehe. meh kita kongsi ilmu. Syg tahu tak waktu yang paling best untuk bersahur? Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur kira-kira 10 atau 15 minit sebelum azan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Perempuan : Ooo..macam tue..abg buat tak?

Lelaki : Err..hehehe

Perempuan : Takpe-takpe syg bersangka baik ye. Tapi kan bang, yang membezakan puasa kita dengan puasa Yahudi ialah makan sahur.

Lelaki : Baik, Ostazah. Syg pun jangan lupa ae. Nie abg nak bagitahu jangan lupakan amalkan sedekah pada bulan yang mulia ni ye yg? Barakah sedekah tue besar. Berkali-kali ganda besarnya. Abang kadang terkilan bila solat Jumaat. Kaum lelaki nie tengok je tabung duit lalu depan diorg bukan nak hulur pun. DompeT tebal, kereta besar, baju Melayu cantik tapi kedekut. Letaklah walau sedikit. Erm..

Perempuan : Ye.. kita doakan moga-moga diorang berubah ye sbg ye?

Lelaki : Yep. Penting kan sahur untuk kita kan yang. Kena ikut sunah nabi. Kalau berkahwin boleh empat takkan bangun sahur pun malas kan syg kan?

Perempuan : Betul..betul..betul..kena ikut sunah nabi..err..jap tapi kenapa abg perlu sebut berkahwin empat ae? Sensitif!

Lelaki : Alamak! Abg bergurau jerla syg..abg bagi analogi jer..jangan risau andai daku tak sekacak Yusuf cukuplah abg menjadi baik macam Yusuf Taiyoob. Abg setia..percaya pada ku ye?

Perempuan : Heheh..bergurau ae..yerla. Ha, jangan lupa ye bang. Waktu sahur juga merupakan waktu yabg mustajab untuk berdoa. Jadi banyakan doa ye. Jangan lupa untuk kita sekali ok?
Lelaki : Iyelah miss ustazah comel.


1 comment:

Unknown said...

wahhhh! cite ny pon sedapp sgt. bagus bagus, ika tertarik. byk benda kita boleh amek drpd cite nihh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...