“Sekali menulis dan selamanya akan terus
menulis”. Kata-kata ini saya ambil dari ungkapan dan prinsip hidup seorang
pensyarah saya. InsyaAllah suatu hari nanti saya ingin menjadi penulis yang
berjaya seperti beliau. Bidang dakwah itu maha luas dan banyak cabangnya. Terpulang
pada kita untuk memilihnya ada dakwah melalui lisan, gerak badan dan penulisan.
Tetapi apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah dakwah melalui penulisan. Ya
penulisan. Ruang legar di dalam skop begitu luas dan kita bebas untuk menulis
apa sahaja yang kita hendak tuliskan. Tetapi ingat apa yang penting adalah kita
menulis perkara yang kita perlu tulis dan bukan perkara yang kita hendak tulis.
Amat berbeza ‘perlu’ dan ‘hendak’. Begitu juga dengan perkara yang ingin kita
ucapkan. Biar berkesan dan terkesan. Kita bercakap bukan dasar kita hendak
bercakap tetapi atas dasar kita perlu bercakap untuk menzahirkan sesuatu. Jika ada
ilmu yang kita tidak ketahui, baik kita diam kerana diam itu akan menutup
kebodohan kita. Saya setuju dengan istilah ini.
Tetapi ingin saya tegaskan bahawa lebih
baik kita nampak bodoh sekejap bertanya soalan yang bodoh daripada kita bodoh
selamanya. Saya agak terkilan kepada orang yang mempunyai ilmu apabila
ditanyakan sesuatu kepadanya dia menyatakan bahawa ‘tolong jangan tanya soalan
bodoh’. Mungkin agak kasar penulisan kali ini tetapi moga ada peringatan buat
kita. Mereka juga ingin tahu dan sememangnya kita harus memberi tahu. Sabar itu
kunci kejayaan. Jangan sesekali bangga dengan ilmu yang kita ada kerana
semuanya milik Allah belaka. Jadi, jawablah segala pertanyaan itu dengan tenang
dan memberi kepuasan kepada si penanya walaupun kita menganggap itu hanya
soalan picisan atau soalan bodoh.
Berbalik kepada bidang penulisan ini. Saya bersyukur
kerana diberikan secebis ilmu dari Yang Esa untuk saya menzahirkan pendapat
saya. Blog ini akhirnya berjaya diwujudkan. Terima kasih kepada rakan yang
memperkenalkan saya dakwah IT ini. Moga Allah merahmati anda. Blog ini bermula
dari seorang follower dan pageviewsnya hanya mencecah 10-20
sahaja dalam sehari. Tapi hari ini, Alhamdulillah ia bertambah sedikit demi
sedikit. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan pembaca yang sudi menziarahi
blog saya yang tidak seberapa ini. Blog ini tidak popular dan hanya picisan
ilmu dari seorang insan sahaja. Lucu juga jika ada yang menyatakan blog
Secangkir bicara ini diwujudkan hanya untuk meraih bilangan follower
yang ramai. Ingin saya tegaskan di sini. Saya bersyukur kepada yang sudi
mengikuti blog saya ini kerana saya berharap moga ada ilmu yang di sampaikan
oleh rakan-rakan blog saya apabila membaca blog saya ini. Penting! pengikut
yang banyak kerana dakwah itu akan mudah tersebar dan apabila dikongsi ia
menjadi bonus pahala kita di Akhirat kelak. InsyaAllah. Saya menulis bukan
kerana hendakkan nama tetapi saya menulis untuk kepentingan agama. Saya tidak
petah berbicara juga daif dalam berbahasa tetapi saya berharap penulisan saya
ini adalah salah satu medan dakwah saya.
Agak lucu juga apabila melihat beberapa
penulisan di blog yang menceritakan banyak tentang hal peribadi dan kononnya ia
adalah berbentuk peribadi dan tidak mahu dibaca oleh orang. Jika ia kita anggap
sebagai peribadi jangan diletakkan di dalam laman maya. Tulis sahaja pada diari
anda. Bagi yang punya buku diari letakkan sahaja cerita anda di situ. Dan niat
untuk berubah. Barulah ia digelar peribadi. Namun apabila kita sudah berkongsi
cerita kita kepada somebody ia sudah tidak dikatakan sebagai peribadi. Saya
amat tidak berminat untuk menceritakan terlalu banyak kisah peribadi kita
kerana takut ia akan menyatakan riak dalam diri kita. Itu bahaya. Gunakanlah penulisan
ini dengan sebaiknya.
Saya yakin ada di antara kita yang terlalu
aktif dalam laman twitter, facebook dan blog tetapi ingat YANG KIRI kita
sentiasa memerhati dan mencatat amalan kita dan ingat kita akan
bertanggungjawab terhadap apa yang kita tulis di akhirat nanti. Allah akan
menilai amalan kita itu. Bagi yang punya twitter saya nasihatkan berhentilah
dari banyak meluah dan mengeluh. Ini menandakan dirinya tidak bahagia dan
banyak masalah! Sedikit-sedikit tweet di twitter lapar, sakit
perut, marah semuanya hendak diluahkan. Ada yang mengatakan twitter itu
lebih privasi dari facebook tidak banyak yang komen sekiranya kita
meluahkan sesuatu tetapi bagi saya kita lupa, YANG KIRI KITA juga sedang mengupdate
statusnya terhadap dosa yang kita lakukan. Berhentilah menulis perkara yang
sia-sia. Teguran ini khusus untuk diri saya dan anda semua.
Akhir kalam, menulislah selagi mana kita
mampu menulis tetapi ingat biarlah penulisan kita untuk menjadi air yang jernih
bukan menjadi nanah yang ada pada kudis..walau apa yang kita lakukan ingatlah
bahawa Allah dan malaikat Rakib dan Atib sentiasa memerhati dan mencatat amalan
kita. Salam dakwah dari saya.=)
3 comments:
sy suka baca blog ni..teruskan menulis ..^^ semoga anda sentiasa dirahmati Allah~
saya tahu awak ada dtg blog saya.terima kasih krn singgah di blog sy.terima kasih juga atas entri ini krn dpt mengingatkan sy bahawa stp apa yg kita lakukan adalah kerana Allah swt.
Syukran atas ingatan.. penulisan juga menjadi sbahagiaan saham akhirat kte. In Shaa Allah.. Moga Allah memberkati-Nya.. Terasa plak kongsi2 pengalaman dlm blog sndiri, namun bg sye niat dan perkongsian yg bermnfaat kita ingin smpaikn kpd pembaca paling penting.. bukan mengejar bilangan pengikut yg ramai namun tdk memberikan sbrg manfaat.. sme2 lah kte meneruskan penulisan bermnfaat dlm menyampaikan ilmu Allah yg dkurniakan-Nya.. yg lemah itu daripada kelemahan ini sndiri dan yg baik diilhamkn Allah Yg Maha Agung.. :)
Post a Comment