Labels

Pages

Followers

Wednesday, October 23, 2013

PIKATLAH HATI PASANGAN ANDA DENGAN……(EDISI KHAS BUAT HAWA)


Lelaki dan perempuan itu sememangnya berbeza. Bukan sahaja dari sudut perkataan tapi juga dari segi hati dan perasaan. Bukan mudah untuk memahami hati dan gerak badan kaum lelaki tetapi tidak payah untuk mengambil hati dan budi mereka. Wahai kaum hawa, kita mesti dan wajib tahu tentang hati dan gerak badan insan yang bernama lelaki. Ya, wajib! Kecuali jika anda meminati kaum sejenis. Nauzubillah moga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang melanggar syariah dan fitrah. Lelaki itu tega semangatnya, gagah egonya namun hatinya pastikan selembut sutera andai kita dapat memahami dan mencuba untuk menyelaminya.

Insan bernama lelaki ini kadang-kadang membuat kita letih, kadang-kadang ‘mengada’nya mengalahkan kaum wanita dan terkadang lagi merajuknya lebih lama dari anda!.Ini fakta dan bukan auta. Wahai kaum hawa, anda harus tahu sebenarnya dunia anda dengan mereka adalah berbeza! Tetapi perbezaan itu bukan bermakna menidakkan anda untuk bersama meraih kebahagiaan. Perbezaan yang ada pada anda dan mereka itulah persamaan yang perlu kita fahami.

Kaum lelaki ini lebih mementingkan pencapaian, matlamat, keputusan dan kebolehan dan lebih banyak memberi arahan dan kadang-kadang suka kepada memberi jalan untuk penyelesaian sesuatu masalah. Kaum wanita pula tidak. Mereka lebih tertumpu kepada kasih sayang, perasaan dan hubungan dan kecantikan! Itulah dunia mereka. Kegagalan kita memahami dunia dan perbezaan ini akan menyebabkan hubungan menjadi dingin dan renggang bahkan boleh membawa kepada keretakan rumah tangga. Lelaki dan wanita menyalahkan sesama sendiri. Masing-masing menyatakan bahawa tiada siapa memahami hati dan perasaan mereka namun hakikatnya mereka telah melupakan bahawa mereka sememangnya berbeza. Tiada persefahaman dan pengakuan bahawa mereka perlu mencari persamaan itu.

Oleh itu, hubungan antara lelaki dan wanita tidak cukup sekadar CINTA. Cinta sahaja tidak dapat menjamin keharmonian rumah tangga. Ada sahaja di antara pasangan yang mengalami kegagalan rumah tangga menggunakan alasan ‘SUDAH TIADA LAGI CINTA DI HATI MEREKA’. Cinta itu bukan sekadar luahan tetapi harus ada kefahaman yang kuat. Cinta itu adalah tanggungjawab kita buat dia. Bukan sekadar melibatkan sentuhan hati tetapi juga merangkumi keringat dan kekuatan diri. Tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Di dalam menilai hubungan, bukanlah dapat di nilai kepada kekuatan cinta  yang ada pasangan itu tetapi sejauh mana mereka memahami dan mengenali pasangan mereka. Itulah isi utama yang dapat menjaga keharmonian rumah tangga. Persefahaman!

Buat pasangan ‘couple’ yang sedang mengalami politik cinta DAP atau (Di Alam Percintaan) anda harus faham dan ‘masyi’ dengan istilah cinta ini. Ujian pasti dan akan datang kepada pasangan yang berada Di Alam Percintaan ini, ujian yang pertama adalah hati. Bagaimana anda mengemudi hati anda dan pasangan anda. Jika silap menilai cinta maka kita akan menjadikan nafsu itu tujuan yang utama dan jika salah mentafsir cinta kita akan melihat ‘body’’ yang ada pasangan kita berbanding budi mereka dan jika khilaf mencari cinta kita akan meng ‘aulakan’ rupa luaran (cantik) dari rupa dalaman (akhlak) yang ada dalam diri mereka. Oleh itu, awas! Berhati-hati memberi hati! Cinta bukan pembaziran bukan juga top-up kepada dosa. Awas buat adik-adik yang sedang asyik di buai cinta adam dan hawa, jika benar anda mencintai dia pastikan anda tahu politik cinta yang utama iaitu PAS atau (Pastikan Allah Suka!).

Bagaimana hendak memastikan hubungan yang kita bina dengan pasangan kita itu di sukai Allah? Jawapannya! Jauhkan diri kita dari mengenal cinta yang tiada tujuan dan matlamat. Jika matlamat sekadar suka-suka atau sekadar mengisi kekosongan jiwa bukan untuk tujuan berumah tangga itu bukanlah membawa kepada kesukaan Allah. Cinta itu harus ada matlamat! Matlamatnya kerana Allah dan tujuannya Syurga! Itulah cinta. Pastikan Allah Suka! Namun bagaimana Allah hendak meredhai hubungan sesama kita jika penuh dengan maksiat dan zina. Itu pasti akan mendatangkan kemurkaan Allah. Perempuan yang mudah jatuh cinta mudah juga untuk mencurangi pasangan mereka dan berpotensi untuk kehilangan ‘dara’ mereka! Bahaya. Oleh itu, mahalkan harga cinta anda. Jangan cair dengan kata-kata baik lelaki yang biasa-biasa atau lelaki yang menggunakan agama sebagai ‘topeng’ untuk memikat anda.

Railah pasangan anda dengan sepenuh hati. Selami dunia mereka pasti ego mereka akan terkawal. Wahai kaum hawa, lelaki itu kadang sering menyakitkan hati tetapi itulah ujian untuk kita menjadi isteri mithali, wahai hawa, lelaki itu kadang penuh dengan rungutan tetapi itulah cinta yang memerlukan pengorbanan. Lelaki juga mudah sensitif. Kadang-kadang kita merasakan teguran kita kepada mereka itu adalah teguran yang baik tetapi bagi mereka itu memperkecilkan kemampuan mereka. Jadi harus pandai dan berseni. Mudah-mudahan kita dapat sama-sama mengenali diri.

Khas buatmu hawa.........



3 comments:

Unknown said...

Kita selalu berdoa..
(dia bakal menjadi "IMAM" nanti)..YA ALLAH,jika benar dia jodohku,maka permudahkan hubungn kami dengan tali pernikahan..

TAPI tak ramai Doa..
(ISH ! dia bakal rosakkan IMAN sekarang..)YA ALLAH,sesungguhnya dia telah melalaikan aku daripada mengingatiMu,maka kurniakan aku kekuatan untuk melupakannya.sesungguhnya hnya Engkau Hati dan cintaku berserah!


sekadar ingin berkongsi..:)

Unknown said...

Kita selalu berdoa..
(dia bakal menjadi "IMAM" nanti)..YA ALLAH,jika benar dia jodohku,maka permudahkan hubungn kami dengan tali pernikahan..

TAPI tak ramai Doa..
(ISH ! dia bakal rosakkan IMAN sekarang..)YA ALLAH,sesungguhnya dia telah melalaikan aku daripada mengingatiMu,maka kurniakan aku kekuatan untuk melupakannya.sesungguhnya hnya Engkau Hati dan cintaku berserah!


sekadar ingin berkongsi..:)

ayuzan said...

semoga rumahtangga yg bakal dibina nanti mempunyai persefahaman yang baik. rumahtangga yg bahgia bukan lgsung sunyi dr gaduh tapi bagaimana kita menanganinya.. itulah yg ustaz sharing masa kursus kawin haritu. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...