Labels

Pages

Followers

Tuesday, August 7, 2012

Kembara 10 akhir Ramadhan


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum w.b.t dan  salam pertemuan buat sahabat semua. Alhamdulillah sudah masuk 19 Ramadhan kita berpuasa. Syukur pada ilahi di atas nikmat yang diberikan ini. Hela nafas kita masih lagi berfungsi. Terasa begitu sekejap masa berlalu. Alangkah ruginya kita seandainya 10 akhir Ramadhan yang terkakhir nanti tidak kita gunakan dengan sebaiknya. Sedarkah usia kita semakin meningkat dan sedarkah malaikat maut sentiasa memerhatikan gerak-geri kita.

            Bagaimana pengakhiran kita nanti? Adakah di dalam kebaikan ataupun di dalam kejahatan? Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Kita mampu membuka laman muka buku selama berjam-jam dan menaip coretan di blog berjela-jela panjangnya di sana. Yang punya kekasih asyik menceritakan kebaikan, kesetiaan dan kisah percintaan mereka. Kononnya sweet tapi dia tidak menyedari tulisannya itu turut memberikan saham kepada pembaca. Masa bercinta begitu manis sehinggakan apa sahaja  yang mereka lalui bersama diceritakan di dalam blog. Tidak cukup dengan itu, muka buku turut menjadi sasaran mereka. Bahagianya mereka rasa!

Bukankah itu satu ujian bagi kita? Bukankah itu satu dugaan buat mereka? Kita sudah mengembara ke 10 terakhir Ramadhan. Tapi adakah Ramadhan yang kita kecapi itu mempunyai barakah? Andainya di bulan Ramadhan juga kita turut sama melakukan zina. Zina yang di maksudkan adalah zina tangan, zina mata dan zina hati. Terselamatkah anda dari segala zina ini? Buat pasangan yang hangat bercinta, anda jawablah persoalan saya ini. Selamatkah anda dari zina hati? Sepanjang Ramadhan ini adakah anda ada menghantar sistem pesanan ringkas kepada pasangan anda? Dan apa isi pesanan tersebut?

Ramadhan sepatutnya diraikan dengan hati bukan sekadar amali. Hanya orang melihat kita berpuasa tetapi hakikatnya kita turut sama menyemai dosa! Ada di antara kita yang begitu mengagung-agungkan pasangan mereka. Rasa rindu, cinta, sayang semuanya di luahkan di muka buku dan blog bahkan ada yang sanggup memasukkan video cinta mereka di you tube dan sebagainya. Nah! Ini yang terjadi pada masa kini. Sedarkah kita, perkara seperti ini boleh mengundang kemurkaan Allah?

Saya tertarik dengan ungkapan pasangan yang hangat bercinta ini : kata mereka , biarlah apa orang kata tentang hubungan kita yang penting kita jaga hubungan kita dengan Allah. Alahai, Islamiknya bahasa. Wahai adikku sayang, kalau betul kamu hendak menjaga hubungan kamu dengan Allah tinggalkan pasangan kamu itu! Seek for Halal! Hanya Allah tahu rahsia jodoh kita.

Bayangkan, sekiranya ketika kita bercinta kita sudah pandai berpegang-pegangan tangan  dan macam-macam lagi yang kita lakukan. Alangkah ruginya kita! Kesian kepada suami kita nanti merasa yang sudah di rasa orang! Saya menulis coretan ini bukan bermakna saya ingin membuka aib sesiapa atau menunjukkan diri saya sempurna. Saya juga punya banyak dosa tetapi saya juga ingin mengumpul pahala untuk menjadi bekal di sana nanti.

            Wahai pasangan di luar sana. Ingatlah pada NYA bukan pada dia. NYA yang memberikan hati dan membolakkan hati. Andai dikau merindui dia dia boleh sahaja memberi kesakitan pada hatimu tetapi andai dikau merindu NYA, NYA pasti akan menyembuhkan hatimu. Hati kita milik NYA bukan milik dia. NYA yang bermaksud di sini ialah Allah dan dia yang saya maksudkan di sini ialah kekasih anda yang bernama manusia! Moga-moga kembara kita pada 10 Ramdhan yang terakhir ini ada sesuatu yang kita perolehi. Jauhi maksiat, Maruah pasti selamat!

4 comments:

Zufar Najib said...

bagus mengingatkan mereka yang dalam alam percintaan tuh. Semoga Allah beri Hidayah Petunjuk ke atas mereka semua.amin :)

Azee Hana said...

thanks untuk peringatan tu..=)

Anonymous said...

sentiasa doakan yg terbaik utk kita semua! Tq singgah laman KA ye, dah follow u 903

Husairi Hanafi said...

Zufar Najib, Azee Hana, Kesuma Angsana : syukran kerana sudi memberi komen. moga kita terhindar dari segala maksiat..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...