Labels

Pages

Followers

Saturday, August 4, 2012

Seseorang Seperti Kamu !- Last Part


Sedang asyik lelaki itu ingin menanggalkan seluarnya. Tiba-tiba…

“Pap” Satu hentakan kuat hinggap di kepala lelaki itu. Seorang lelaki yang berwatakan perempuan telah memukulnya. Lelaki itu pengsan.

“Ya Allah nok…kau tak ape-ape ke? Cepat lari. Kita terus ke balai ye? Nasib mak berani datang dekat kau nok. Mak tak sanggup tengok kaum seperti mak teraniaya oleh lelaki bangsat nie.”

Mujurlah jeritan Adela itu didengari oleh insan yang kebetulan melalui kawasan itu.

“Em..abang, terima kasih tolong saya.”

“Eh, bukan abanglah. Ko panggil aku Akak Sally okay? Dah. kita lari dari sini sebelum lelaki ni bangun.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Akak Sally.

Makhota Adela yang dijaga selama ini terselamat. Bantuan dari Allah untuk hambanya !

********

Laporan polis telah di buat. Akhirnya lelaki itu berjaya di tangkap. Mungkin Adela dan insan yang telah membantunya itu telah berjaya menyelamatkan ramai lagi maruah perempuan di luar sana dari menerima kerakusan nafsu lelaki seperti itu.

Adela terus memberitahu Haziq terhadap perkara yang menimpanya itu. Adela terus menelefon Haziq.

“Awak, awak ada di mana?”

“Saya ada di rumah.”

“Awak boleh tak datang di Balai Polis Ipoh?”

“Hah? Kenapa dengan awak?”

“Awak datang dulu ye. Adela menangis tersesak-esak.”

Beberapa minit kemudian Haziq dan keluarganya tiba di balai polis Ipoh.

Melihat sahaja kelibat Haziq dan keluarganya, Adela terus mendapatkan mereka. Adela menceritakan kejadian yang menimpa dirinya itu. Mujurlah semuanya dalam keadaan selamat.

**********

Kejadian itu memberikan kesan kepada Adela. Dia kini tinggal bersama keluarganya di kampung. Hubungan Haziq dan Adele berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari.

“Assalamualaikum, Adela, boleh tak saya nak berjumpa dengan awak?”

“Wassalam, boleh Haziq.”

“Di tempat biasa ye?”

“Baiklah.”

Pertemuan mereka kali ini lebih seperti baru bermula perkenalan. Diam dan tidak banyak bicara yang diucapkan.

“Haziq, ada apa awak nak jumpa saya? Awak nak bincangkan soal perkahwinan kita ye?”

“Erm…Awak..sebenarnya..sebenarnya…” Haziq seakan tidak mampu meneruskan kata-katanya
“Sebenarnya apa awak?”

“Saya minta maaf awak…awak ingat tak lagi saya pernah ucap kadangkala hidup kita ini akan berakhir dengan percintaan dan kadangkala mungkin akan berakhir dengan kesakitan.”

“Jadi awak nak akhiri hidup saya dengan kesakitan? Kenapa awak sanggup buat macam nie Haziq? Awak ragu-ragu dengan peristiwa hitam yang menimpa saya? Kenapa awak mudah menghukum saya Haziq?” Bertubi-tubi soalan dari Adela.

“Awak, saya tak pernah sesekali ragu-ragu tentang awak atau kejadian yang pernah menimpa awak tue..tapi…saya terpaksa mengikut pilihan keluarga saya. Awak, saya tak pernah bezakan taraf hidup kita. Saya terima awak seadanya.”

“Awak bohong. Kenapa baru sekarang awak nak ungkap tentang nie. Awak dah rampas hati saya awak dah curi hati dan perasaan saya. Awak, kalau dah tak suka saya mohon awak pulangkan balik hati dan perasaan saya. Tolong awak..” Air mata Adela mula membasahi pipinya.

“Ya, memang saya nak pulangkan hati awak hari ini dan waktu ini.”

Bagai terkena panahan petir. Adele tidak dapat lagi menahan kesedihan itu. Perpisahan baginya merupakan satu penyiksaan yang amat pedih!

“Kenapa awak perlu menunggu selama hampir 2 tahun Haziq? Sampai hati awak permainkan saya.”

“Adela, saya tidak berniat langsung untuk melukakan awak. Tapi saya terpaksa memilih jalan ini. Jalan untuk melepaskan awak. Awak, bukan bermaksud saya tidak mahu menikahi awak. saya rasa bersalah. Saya tersepit antara ibu dan awak. Adela, saya minta maaf.”

“Takpela awak, taatlah kepada ibu bapa awak. Mungkin Tuhan sudah takdirkan saya begini. Awak saya mohon sesuatu dari awak. Boleh awak tunaikan permintaan saya ini.” Ungkapan yang agak bersahaja dari Adela tetapi, jauh di lubuk hatinya beribu duka yang terpaksa dirahsia.

“Baiklah awak”

“ Saya berharap awak takkan lupakan saya dan takkan sesekali membuang kisah kita.” Balas Adela.”

Pertemuan itu berakhir dengan sebuah tangisan. Tembok yang dibina bersama kini roboh. Impian yang kini diharapkan tercapai kini runtuh bersama linangan air mata. Adela pasrah dengan apa yang menimpa dirinya. Haziq berlalu pergi dengan penuh penyesalan. Dia telah menitiskan racun pada hati seorang wanita yang dia cinta. Tapi apakan dayanya. Cintanya kepada keluarga terpaksa diturutinya jua.

“Maafkan aku Adela.” Bisik hati Haziq

********

4 tahun sudah berlalu. Berita mengenai Haziq tidak lagi diketahui oleh Adela. Dia pun sudah hampir melupakan kisah cinta mereka. Takdir Allah merencanakan sesuatu buat hambanya. Pada hari itu, entah kenapa Adela berhajat untuk bercuti di sebuah pulau peranginan. Dia ingin mencari ketenangan dan membuka sebuah buku baru.

            Adela amat menggemari kawasan percutian yang mempunyai panorama yang indah dan menarik. Setiap tahun dia pasti akan membawa kedua ibu bapanya untuk bercuti bersama. Kali ini Pulau Pangkor menjadi tempat percutian mereka. Tempat itu menjadi saksi pertemuan antara Adela dan ‘dia’.

“Eh, macam kenal jer pasangan keluarga itu. Aku pernah lihat lelaki itu” Bisik hati Adela.

Sepasang suami isteri berlari berkejar-kejaran bersama anak-anak mereka yang begitu comel. Mereka berlari-lari anak sambil disambut dengan hela tawa. Gembiranya mereka!

Tiba-tiba bola yang dipegang oleh anak kecil dari pasangan itu telah terlepas dari tangannya dan bantuan sang angin telah membawa bola itu ke kaki Adela. Ini bukan perlawanan bola sepak. Ini adalah titik mula pertemuan kedua antara ‘dia’ dan ‘dia’. Sang ayah berlari mendapatkannya.

“Err..cik maafkan anak saya ye.”

“Eh, takpe dia tak sengaja”

Mata mereka bertentang. Suasana menjadi tenang…

“Adela?”

“Haziq? ”

“Allah pertemukan kita di sini. Adela, saya minta maaf menyepi tanpa berita. Err..Awak macam mana keadaan awak sekarang? Erm….Awak dah berkeluarga?” soalan Haziq tersekat-sekat.

“Alhamdulillah, InsyaAllah, cuma jodoh saya masih belum sampai. Awak doakan ye. Kenapa awak macam malu-malu jer dengan saya? Awak, jangan risau. InsyaAllah hati saya dah kuat. Awak tak perlu takut dan malu dengan saya ye.”

“Abang…” Panggilan dari isteri Haziq.

“Adela, perkenalkan ini isteri dan anak-anak saya.”

Air mata Adela kembali berkaca. Dia cuba menahan rasa sebak di dada tapi tidak terdaya. Bukan kerana status Haziq yang sudah beristeri tetapi kesanggupan dan kesabaran Haziq menerima keadaan isterinya itu dengan sebaiknya.

            Haziq mempunyai seorang isteri yang cacat sebelah matanya. Hanya mata kirinya sahaja yang berfungsi. Isterinya begitu solehah, bertudung labuh dan peramah. Mereka bersalaman tanda berkenalan.
“Haziq kini aku rela kenapa kau tidak memilih aku, kau telah memilih seorang insan yang istimewa rupa untuk dibahagiakan. Aku pasti kau juga turut bahagia.” Bicara hati Adela.

“Awak nie Adela kan? Haziq pernah menceritakan tentang awak. ” soal Fatimah, isteri kepada Haziq.

“Err..ye saya kak…akak, bersyukur pada Allah ye kerana kurniakan suami macam Haziq. Dia seorang lelaki yang baik kak.”

“Ye dik, Adik akak minta maaf kalau akak menjadi perampas cinta kamu berdua.”

“Tak kak..cinta saya milik Allah. Allah ada seseorang istimewa untuk saya. Saya redha kak. Saya rasa bahagia bila Haziq mendapat seorang isteri solehah macam akak. Terima kasih ye kak”

“Akak tak secantik adik, tapi akak bersyukur di atas kurniaan ini dik.”

“Umi..jom main” tiba-tiba putera dan puteri Haziq memanggil uminya.

“Adik, kami minta diri dulu ye. Moga Allah pertemukan kita lagi ye.” Bicara Fatimah mengundurkan dirinya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumssalam.”

Haziq dan isterinya berlalu pergi. Mereka sempat berbalas senyuman.

“Moga mereka bahagia di dunia dan akhirat. Akan ku cari pengganti seseorang seperti kamu.” Doa Adela kepada pasangan itu.

Buat Haziq terima kasih atas berkenalan lalu..ku hadiahkan kau sebuah melodi lagu untukmu..aku bangga denganmu.


~Someone Like You~
~Adele~

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,

"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives

We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."


Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah
  
Dengarlah lagu ini sebelum anda menutup cerita Seseorang seperti kamu ini!Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah mereka.=)

2 comments:

Nira said...

ending y menarik wlupn agk sedih tp sy ttp suka..smoga sy pn akn stbah Adela ni gak nti...thnkz tuk cerpen y indah ni =)..lagu 2 mmg sy suka sgt2 hee...

nur said...

sedihnya cerita ni. bersalut pengajaran. hanya hati yg kuat dan redha dpt menepis kehendak hati. cuma dpt doakan adela dpt seseorg spt haziq.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...