Berkahwin pada usia muda? Nikah Khitbah? Persoalan ini hangat dalam kalangan remaja Islam kita pada masa kini. Barakahnya perkahwinan jika disulamkan keikhlasan dan keredhaan. Tujuan penulisan ini bukanlah sesekali untuk menentang perkahwinan pada usia muda bahkan saya orang yang pertama menyokongnya. Kerana untuk mengelakkan kita dari perkara zina. Bagi kita yang masih belajar kita boleh melakukan nikah khitbah.
Benar, rezeki akan melimpah-ruah apabila berkahwin pada usia muda. Ibu bapa yang memahami situasi ini pasti akan mengizinkan anak-anaknya berkahwin pada usia muda. Tetapi bagaimana perjalanan kita nanti. Allah tempat kita berserah tetapi harus di ingat akan tanggungjawab yang akan kita pikul kelak. Alam pernikahan merupakan alam yang ingin di kecapi oleh semua manusia. Oleh itu, sudah menjadi lumrah kehidupan lelaki pasangannya kaum perempuan. Itu hukum Tuhan.
Namun perlu diingat pada hari ini, laman sosial dijadikan medan oleh para remaja meluah rasa cinta kepada pasangan mereka. Baik yang berpewatakan sosial ataupun yang berpewatakan Islamik. Bagi yang berpewatakan sosial akan menulis dengan cara sosialnya dan yang berperwatakan Islamik akan mengarang ayat cinta dengan cara Islamiknya. Begitulah kreatifnya kita meluah rasa cinta kepada pasangan kita. Rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa. Tidak salah untuk meluah rasa tersebut, tetapi biarlah berpada kerana mungkin orang yang kita cintai itu bukan milik kita hatta masih dalam tempoh pertunangan sekalipun pelbagai ujian akan tiba. Hadis nabi ada menyebut ~rahsiakanlah pertunangan dan sebarkanlah pernikahan~.
Tetapi yang terjadi pada kita sekarang adalah menyebarkan percintaan sebelum kita bertunang dan berkahwin. Dengan siapa? Dengan pasangan yang bukan pasti milik kita. Ibarat kata lagu XPDC- bukan milik aku tanpa restuMU. Lihat sahaja di laman sosial facebook. Kita boleh menukar hubungan kita kepada single, menjadi in a relationship, engaged dan married atau divorce. Islam tidak mengajar kita begitu. Islam mengajar kita supaya menghargai erti perhubungan yang halal dan sah. Bukan sekadar tempelan di facebook yang hakikatnya adalah dusta semata-mata. Status in a relationship with…begitu popular dalam kalangan remaja kita..konon ingin memberitahu bunga di taman sudah dipetik orang. Seakan berbangga kita mempunyai teman untuk melakukan DOSA! Tapi sedarkah bunga itu seakan menghilangkan sendiri bau wangi yang ada pada dirinya itu dan memberi kelayuan pada hayatnya. Siapa kita untuk menetapkan jodoh kita. Sekadar main-main sahaja? Bagi saya tidak, status ini boleh mengganggu kita.
Kuasa facebook pada pasangan bercinta begitu hebat penangannnya. Akhlak runtuh juga kerana laman maya ini. Hubungan punah juga dek kerana laman maya ini. Ini hakikat! Tanyalah kepada mereka yang pernah bercinta atau mempunyai pengalaman bercinta ini. Semasa hangat dalam alam percintaan, berjuta gambar diupload di laman tersebut, berpegangan tangan, berlaga pipi dan bertemu muka semuanya ada, baik yang menutup kepala atau membuka rambutnya. Sama sahaja riaknya ketika bercinta. Ke mana perginya maruah anda wahai seorang wanita. Bayangkan jika pasangan itu bukan nanti suami anda dan gambar anda bersama dengannya tetap menjadi sejarah. Bagaimana pula rasanya bila bakal suami anda nanti yang melihatnya.
Buat kaum lelaki juga. Anda semestinya ingin mencari gadis yang masih suci terpelihara dari setiap segi. Walau jahat mana pun anda sudah semestinya calon yang ingin bertakhta di hati anda adalah calon yang baik budi pekertinya. Tetapi harus dikau ingat akan maksud kalam Allah ini ~Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik~. Kasihanlah pada kaum wanita yang dipermainkan perasaannya. Anda sepatutnya pewaris akhlak nabi bukan menjadi racun kepada mawar yang berduri! Hiasilah mereka dengan acuan Al-Quran. Bentuklah mereka dengan ilmu Tuhan. Buat kaum wanita, wajah yang cantik hanyalah akan menjadi fitnah kepada kaum lelaki andainya disalah guna. Buat kaum wanita juga, malanglah anda sekiranya pasangan anda itu hanya menyayangi rupa dan apa yang ada pada anda sahaja, bukan kerana akhlak dan jiwa. Lebih malang lagi jika mereka hanya menginginkan mahkota anda. Sudah dirasa semuanya anda akan ditinggal oleh si dia. Bahana yang akan anda terima! Bukan lagi bahagia yang anda damba!
Jika kita memerhati di blog-blog gadis-gadis dan teruna-teruna kita pada hari ini sama sahaja jadinya. Bahkan lebih hebat lagi. Saya sebenarnya tidak begitu berminat pada blog-blog yang begitu mendewakan pasangan mereka. Bagaimana ya nanti kalau hubungan itu terputus di tengah jalan? Sudah semestinya blog itu akan deactivated ataupun dirombak keseluruhannya. Membuang kenangan lama, kata mereka. Bahkan ada yang boleh meletakkan jangka masa hubungan mereka. Gambar pasangan turut di tulis dengan perkataan my hubby, my wife, dan bermacam-macam-macam lagi. Wah, ini hebat! Kita sudah tahu berapa lama kita mengenali dia. Tetapi pernahkah kita terfikir berapa banyak dosa yang kita lakukan sepanjang kita bersama dengan dia. Ibarat kata hukama- andainya dosa itu berbau pasti tidak ramai yang akan mendekati atau melakukannya.
Siapa sebenarnya pemilik tulang rusuk kiri kita wahai kaum Adam? Jawapan ini hanya Allah yang mengetahui kerana di Luh Mahfuz sana jodoh, rezeki dan ajal telah dicatatkan kepada kita. Kepada remaja yang berhajat ingin meneruskan perkahwinan di awal usia, teruskan! Pastikan ilmu rumah tangga ada pada diri anda. Agama menjadi panduan utama. Dan kepada mereka yang masih belum bersedia untuk melangkah ke gerbang ini. Peliharalah syurga yang ada di bawah tapak kaki bonda. Jaga mereka sebaiknya. Bakti kepada mereka. Serahkan jiwa dan raga anda kepada mereka selagi anda belum bersedia untuk ke alam bahagia. Curahkan segala pahala kepada mereka. Moga anda menjadi permata yang soleh dan solehah.
Jangan takut kepada badai yang menimpa di alam perkahwinan. Cabarannya sama Cuma situasi berbeza. Kepada pasangan yang sudah berkahwin mereka akan menghadapi cabaran di alam perkahwinan dan kepada pasangan yang belum berkahwin mereka akan menghadapi cabaran semasa di alam bujang. Kepada pasangan yang hangat bercinta jagalah adab dan segala perkara yan dilarang. Ingatlah keseronokan melakukan perkara haram hanyalah sementara sahaja! Jadi, apa tunggu lagi halalkanlah apa yang haram itu.
******
NIKAH KHITBAH :
Nikah gantung atau di dalam bahasa Arab disebut sebagai Nikah Khitbah sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan. Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tetapi majlis kenduri diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya. Akan tetapi, rukun-rukun perkahwinan adalah seperti biasa yang perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Lafaz Ijab dan Qabul). Selain itu maskahwin juga perlu dibayar dan hantaran boleh ditangguhkan dahulu. Baca selanjutnya di sini-http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1164-nikah-gantung-khitbah-satu-alternatif.html
6 comments:
allah~~ :) bagusnya entri ni :)
Terima kasih untuk nasihat dalam entri ini.
Entri yang sgt menarik~ syukran =)
hebat2.
terima kasih di atas penulisan ini
hebat2.
terima kasih di atas penulisan ini
si cuya: terima kasih kerana sudi melawat Secangkirbicara,
Teka-teki: Nasihat untuk diri dan semua.Moga Allah redha
Nur Alia: syukran.mudah2-mudahan dapat kita amalkan.
Shafiq Hasnan: selamat bersama Secangkir bicara. Mudah2 an ada ilmu di sini.=)
Post a Comment