Labels

Pages

Followers

Friday, September 14, 2012

Awas! Kawasan Kemalangan.....


'Berhati-hati di jalan raya'. Ungkapan ini selalu kita dengar. Tapi pernahkah kita amalkannya. Bagi yang mengamalkannya tahniah saya ucapkan. Walau bagaimanapun, ada juga yang sudah berhati-hati ketika memandu kenderaan mereka tapi ada pula insan lain yang cuai dan menyebabkan mereka turut sama terlibat dalam kemalangan. Ya, malang tidak berbau.

Lihat sahaja di negara kita kadar kemalangan semakin meningkat setiap tahun. Tidak pernah berkurang. Mengapa hal ini boleh berlaku? Salah jalan raya? Tidak..kerajaan sudah melebarkan jalan raya dan membina banyak jalan-jalan baru. Tapi sedarkah kita walau besar mana pun saiz jalan raya itu dibuat tetapi kenderaan di negara kita tetap akan bertambah dan tidak akan berkurang. Apa yang berkurang ialah tanah dan bukit yang digadaikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab! Kesedaran di dalam diri kita sendiri amat penting. Kita yang boleh membetulkan dan mengubahnya.

Di dalam Islam kita diajar banyak cara untuk mengelak berlakunya kecelakaan contohnya di dalam kemalangan jalan raya. Pakar-pakar kenderaan juga turut memberikan pelbagai nasihat untuk menjaga kenderaan kita begitu juga dengan agama kita. Kita diajar dengan doa. Bacalah doa menaiki kenderaan ketika mana kita ingin memulakan perjalanan. Andai kita gugur di atas jalan dan nyawa sudah bertemu tuhan , sekurang-kurangnya kita sudah ada menyebut nama Allah dan masih mengingati agama kita.

Bahaya dijalan raya ini begitu hebat. Sudah banyak nyawa yang terkorban sehinggalah Rahmat pun turut mencipta sebuah lagu yang bertajuk ‘Pusara di Lebuh Raya’.  Sayangilah orang yang tersayang ketika mana kita di dalam perjalanan. Pandulah sehematnya jangan cuai, jangan lalai! Sebagai pengajaran buat kita semua saya menghadiahkan anda sebuah tontonan video kemalangan jalan raya yang berlaku di China dan Taiwan. Ada yang ngeri dan ada juga yang menyayat hati. Jadikan ia pengajaran buat diri.



Apa guna kita mempunyai kereta dan motosikal yang mewah andainya langkah kita di titian sirat nanti lemah! Tiada guna kita mempunyai pangkat hebat yang boleh memacu kenderaan kita tanpa sekatan tetapi kita akan tersekat apabila berdepan dengan Tuhan. Sekadar renungan..Selamat menonton.

3 comments:

Azee Hana said...

ingat lah insan yang tersayang...

Unknown said...

ingatlah kekasih hati :D

Husairi Hanafi said...

azee hana : majulah jalan raya untuk kita.haha

Bella : amboi...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...