Kumpulan The Cranberries ini mungkin ada yang sudah mengenali kumpulan ini. Tapi suatu masa dahulu kumpulan ini menjadi kegilaan para remaja di seluruh dunia. Mereka muncul pada tahun 1990 dan mempunyai berjuta peminat. Antara lagu yang telah berjaya menaikkan nama mereka ialah lagu ‘berhantu’ mereka iaitu lagu yang berjudul “Zombie”. Benarkah lagu ini mempunyai unsur pemujaan syaitan?
Jika kita melihat klip video ini sememangnya mempunyai unsur agama yang boleh menggugat akidah kita. Lambang salib yang begitu besar dan di hadapannya terdapat seorang wanita persis permaisuri firaun pada zaman dahulu sambil dikelilingi oleh kanak-kanak kecil. Jika kita lihat bagai ada aktiviti ritual yang berlaku di klip video itu.
Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan dengan unsur tersebut kerana kita mungkin telah sedia maklum berkenaan dengan unsur-unsur illimunati atau freemason yang semakin membarah di dalam masyarakat kita pada hari ini. Kegiatan mereka begitu cerdik dan licik. Awas, banyakkan doa kita moga kita semua terselamat dari fitnah Dajjal.
Beralih kepada lagu zombie itu. Saya masih ingat lagu ini pertama kali saya dengar semasa saya berumur 6 tahun apabila Pak Su saya memasang lagu tersebut di radio buruk miliknya. Saya menjadi tertarik apabila mendengar lagu itu. Bagai ada tarikan. Saya cuba-cuba menyanyikan lagu itu kembali tetapi di marahi oleh nenda saya. Katanya, jangan nyanyi lagu tue lagu puja syaitan tue. Mungkin nenda saya juga sempat mendengar lagu itu dan nenda merasakan suara perempuan itu seperti suara yang mengilai-ngilai dan maksud yang sukar difahami. Hati saya berbisik “memangla nenek tak faham sebab lagu tu bahasa orang putih”. Kolotnya saya ketika itu.
Saya mendengar lagu itu buat kesekian kalinya. Kali ini umur saya sudah berbeza sudah mencecah dewasa. Soal saya benarkah lagu itu lagu yang mempunyai unsur yang tidak baik. Mungkin saya agak terlambat dalam membicarakan soal kumpulan ini. Tetapi ini hak saya! Baiklah mari kita merungkai apakah isi sebenarnya lagu ‘berhantu’ yang bertajuk zombie ini. Lagu ini di tulis sendiri oleh vokalis The Cranberries iaitu Dolores O’Riordan. Sebenarnya lagu ini terhasil apabila dia menyaksikan satu peristiwa pengeboman Warrington oleh kumpulan bersenjata dari Cheshire, England dan telah menyebabkan 2 orang kanak-kanak telah terkorban. Lagu ini menceritakan berkenaan kemanusiaan yang berlaku di Ireland Utara yang dikenali sebagai The Troubles. Jika kita menyaksikan klip video lagu ini, kita dapat melihat kanak-kanak kecil menjadi watak utama dan mereka ada yang menjadi korban akibat keganasan yang telah dilakukan. Rujuk sini .
Mengapa Zombie digunakan sebagai tajuk lagu tersebut? Sebenarnya lagu ini adalah suatu sindiran terhadap peristiwa pengeboman itu. Lihat sahaja bagaimana zombie digunakan sebagai subjek. Lihat bagaimana rupa dan keadaaan zombie. Zombie digambarkan sebagai makhluk yang sudah mati kemudian hidup semula yang tidak mempunyai akal dan bertindak tanpa berfikir. Keganasan yang berlaku tanpa ada belas kasihan. Masihkah kita ingat filem arahan Mamat Khalid yang bertajuk Zombi Kampung Pisang? Ramai yang mengkritik filem ini. Kata mereka ia membosankan. Tetapi ia tidak bagi saya kerana ia mempunyai mesej dan sindiran yang penuh makna kepada kehidupan kita. Filem ini menceritakan berkenaan dengan golongan penduduk kampung yang telah memakan hidangan percuma yang telah disediakan oleh seorang pemilik warung yang mana makanan itu telah dicemari dengan sisa-sisa toksik dan akhirnya mereka telah menjadi Zombi. Pelikkan? Tidak logik sungguh filem ini. Nanti dahulu. Sebenarnya itulah mesej yang cuba disampaikan mesej yang begitu tersurat tetapi ia hakikat! Sememangnya benar bangsa kita ini terlalu bergantung dengan bangsa dan orang lain. Tetapi lebih malang lagi apabila bangsa kita itu sendiri yang mengkhianati kita. Kita tidak mampu untuk berusaha sendiri dan semuanya ingin di suap.
Oleh itu, pihak yang hanya mementingkan diri sendiri akan mengambil kesempatan ini dan memberikan kita pelbagai janji dan kesenangan tetapi hakikatnya ia akan menjadi bisa yang berpanjangan buat diri kita. Lihat sahaja bagaimana situasi politik di negara kita. Begitu menjengkelkan! Lihat sahaja pemerintahan di negara kita begitu melemaskan! Yang kaya terus dibiarkan kaya dan yang miskin terus dibiarkan miskin. Saya sempitkan pula kepada skop pembelajaran. Jika di sekolah murid-murid sentiasa hendak dimanjakan. Kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak mampu dilaksanakan dengan baik seandainya guru tidak mendidik dari a hingga z. Semuanya hendak di suap. Budaya suka di suap ini begitu parah dalam diri kita.
Di dalam cerita ini juga digambarkan golongan Zombi yang suka memakan otak manusia yang berminda atau berIQ tinggi. Biar benar? Mengarut. Nanti dahulu. Seperti yang saya cakapkan tadi ia hanyalah sindiran. Mari kita teliti pada dunia realiti kita sekarang. Sebagai contoh, bukankah golongan yang suka mengambil kesempatan ini akan menggunakan orang-orang yang mempunyai akal dan IQ yang tinggi untuk melariskan produk jualan mereka. Ramai tokoh-tokoh terkenal seperti pakar motivasi, pendakwah terkemuka, professor dan doktor di jadikan agen pelaris jualan mereka. Mengaut keuntungan yang banyak akibat dari kebodohan dan kemalasan kita yang hanya ingin di suap sahaja.
Saya menutup perbincangan ini dengan mengambil dialog dari filem tersebut yang dilakonkan oleh Awie. Katanya.. “zombie tu macam orang yang ikut ajaran sesat, politik sesat…”
Nie videonya.. The Cranberries- Zombie
Nie versi 2012 punya,Udah tue..
Cer tengok jap cerita nie..
3 comments:
assalamualaikum..syukran di atas perkongsian ilmu...moga dirahmati-NYA selalu...
ouhhh baru [paham msg citer zombi kampung pisang tu hahha
ππΌπ
Post a Comment