Labels

Pages

Followers

Thursday, September 13, 2012

Kita hanya merancang..



Ujian selalu datang dalam hidup kita. Ujian itu hadir tika kita suda dan juga tika kita bahagia. Allah telah memberikan banyak ujian kepada kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini. Kekasih Allah juga diuji dengan bermacam-macam ujian yang menyantuni keimanan begitu jugak kita. Tetapi ujian yang diberikan kepada kita tidak sehebat para kekasih Allah itu. Bagaimana hati kita apabila menghadapi sesuatu musibah itu. Apa sebenarnya yang kita lakukan untuk mengubati hati kita yang tengah berduka itu. Adakah kita hanya terus-menerus bersedih atau kita mencari Allah untuk meluah rasa kasih.

Kita terkadang diuji dengan bermacam-macam ujian, ujian di dalam kehidupan seperti persahabatan, kewangan, percintaan dan sebagainya. Lebih sakit lagi apabila Allah memberikan seseorang yang kita cintai atau sayangi menjadi alat untuk menjadi ujian kita. Teruji kita pada ketika itu. Harus kita ingat mencintai bukan bererti kita memiliki. Di dalam perkahwinan juga hebat ujiannya. Ramai orang beranggapan apabila kita sudah mendirikan rumah tangga kita akan selamat dari perkara-perkara maksiat dan fitnah manusia. Sebenarnya, perkahwinan adalah permulaan bagi kita menjadi seorang manusia bagi kita untuk menilai siapa pasangan yang kita cintai itu. Ujian makin hebat, pergerakan akan menjadi terikat dan batasan harus diambil berat.

Tidak perlu kita hairan pasangan yang berkahwin selama berpuluh tahun juga turut menghadapi perceraian. Kerana apa? Kerana sudah tiada kepercayaan. Sekadar ungkapan cinta sahaja tidak mencukupi. Kepercayaan, ketaqwaan dan keimanan disulami dengan kejujuran harus diadun bersama agar kita mampu mempertahankan tembok yang kita bina itu. Hati memainkan peranan penting. Buat pasangan yang begitu hangat bercinta mungkin mereka tidak memikirkan soal ini. Hanya membayangkan bahagia semasa bercinta tetapi bagaimana bila sudah mendirikan rumah tangga.

Ingatlah, ketika mana kita melafazkan kata ‘cinta’ kepada seseorang itu bermakna kita berjanji untuk bertanggungjawab kepada dirinya. Oleh itu, jagalah dia sebaik mungkin. Lindungi dia bukan merosakkan! Mungkin Allah datangkan orang yang kita cintai itu merupakan ujian buat kita. Mungkin ujian untuk menjadikan kita tabah atau menjadikan kita lemah. Kita harus pandai menilainya. Boleh jadi ap yang kita benci itu akan memberikan kebaikan kepada kita dan boleh jadi apa yang kita suka itu akan memberikan kemudharatan kepadak kita.Wassalam.

3 comments:

BeLLa said...

betul2 tapi some people tak tahu apa itu cinta dia hanya tahu cakap je tak penah dia tunjuk sedihnye:(

Nira said...

btul...nira sokong.cinta N hdup akn slalu d uji bg2 gak ngn ikatan prkhwnan...dlm hal ni kmatangan kita pntg utk mghrungi stiap ujian darinya...sntiasa kuat N redha ngn stiap ujianya krn d sblik sume tu pasti ada hikmmahnya :)

HUSAIRI HANAFI said...

Bella : cinta itu besar takrifannya..cintalah NYA nanti akan hadir cinta dari dia..=)

Nira : betul cik nira..moga kita dapat mencari erti cinta yg sejati..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...