Labels

Pages

Followers

Wednesday, September 5, 2012

Kau bukan tak tahu... tapi kau malas!



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.”~Surah Ar-Rad :11~

“Kau bukan tak tahu... tapi kau malas!”

Pernahkah kita mendengar ungkapan seperti itu? Saya yakin mesti ada yang pernah mengungkapnya. Kita sering merasa lemah apabila menempuh jalan kegagalan. Semangat kita menjadi luntur jiwa kita kian kendur dan rasa kita seakan terkubur. Adakah ini ciri-ciri sang ‘khalifah” yang dikurniakan kepada Allah untuk kita. Ayuh! Kembalilah kepada fitrah kita sebenar. Ketahuilah asbab musabab mengapa Allah ciptakan kita dan untuk apa Allah mencipta kita.

Ramai yang menyalahkan nasib ataupun takdir apabila sesuatu musibah menimpa kita. Kata mereka sudah menjadi suratan dan rencana dari yang Esa. Benar ia sudah menjadi suratan tetapi adakah kita melakukan persiapan sebelum musibah itu menimpa kita. Setidak-tidaknya kita berusaha. Sebagai contoh kita ingin pulang ke kampung dan memandu kereta. Untuk mengelakkan kemalangan, kereta kita mestilah diservice dan diselenggara dengan baik dan rancang perjalanan kita sebaik-baiknya. Itu usaha kita! Apa yang berlaku sebaliknya hanya Allah yang tahu. Betulkan?

Kita berusaha untuk mengubah sesuatu tapi adakah kita benar-benar berusaha atau sekadar menamamkan azam di minda dan tanpa dilaksana dengan kerahan tenaga? Saya yakin dan percaya apabila kita menempuh alam persekolahan dan universiti sudah pastinya matlamat utama kita adalah untuk berjaya dalam pelajaran. Tapi kena menambahnya kita berjaya untuk. Cukupkah sekadar memakan pil-pil perangsang minda yang entah benar keberkesanannya ataupun meminum ‘air jampi’ yang diberikan kepada kita sahaja? Hanya sekadar itu. Kita tidak perlu berusaha lebih. Malam peperiksaan cukup sekadar membaca skema jawapan ataupun mendapatkan soalan-soalan bocor. Bila tiba keputusan, kita cemerlang. Ya, cemerlang tetapi adakah barakah ilmu kita itu. Adakah sekadar mengisi jawapan di kertas peperiksaan sahaja.

Saya mula teringat dengan perbualan antara seseoarang dan saya…

“ Budak-budak sekarang ramai yang pandai dan hebat-hebat tapi…”

“Tapi kenapa Mat?” Soal saya.

“Yela, kau tahukan berapa ramai pelajar kita yang pintar tetapi akhlak dan peribadi dia tidak sehebat ilmu dia.”

“Kau rasa kenape?”

“Erm, berkat dan faham.” Jawabnya ringkas

“Err..maksud kau? Boleh kau terangkan?”

“Yela, bila kita sebut soal keberkatan nie penting dalam hidup kita. Keberkatan dalam rezeki, hidup, anak, ketenangan kita. Anak merupakan anugerah bagi ibu bapa. Rezeki juga merupakan hadiah dari Allah untuk kita. Kedua-duanya saling berkait. Andainya kita perolehi rezeki itu tidak berkat dan dalam jalan yang salah pasti akan memberikan padah kepada kita dan anak-anak kita nanti. Kerana rezeki yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita! Sumber makanan yang kita perolehi itu mungkin bahannya halal tetapi bagaimana cara kita perolehi itu? Adakah melibatkan rasuah atau penyelewengan atau penindasan. Hanya kita sendiri yang mengetahuinya. Andai rezeki kita dapat itu melalui jalan yang bukan diberikan Tuhan pasti kelak anak kita yang mungkin akan mendapat balasan kerana mereka turut sama memakan rezeki yang kita makan itu”

“Owh, macam tue ceritanya. Tadi awak ada sentuh soal faham? Bagaimana pulak ye?” Balas saya lagi.

“Baik, tanya diri kita adakah selama kita belajar di alam persekolahan dan universiti kita benar-benar memahami ilmu yang diajarkan oleh guru kita dan adakah kita benar-benar menguasai setiap mata pelajaran yang telah kita belajar itu. Untuk mengujinya kita dipertemukan  dengan medan peperiksaan. Tetapi di medan itu kita sudah siapkan senjata kita. Kita bertempur sehabisnya. Apabila selesai pertempuran kita itu. Selesailah ia. Itu yang kita rasa. Ringan beban yang terpikul selama ini. Sudah lama menahan segala hafalan dan akhirnya kita muntahkan semua di medan itu.”

“Natijahnya, kita menjadi kosong selepas semuanya kita zahirkan. Kita lakukan atas desakan peperiksaan bukan atas kefahaman kita. Kita tidak memahami sepenuhnya pun ilmu yang kita pelajari itu. Ia hanya sekadar hafalan! Sebagai contoh kita belajar bahasa Inggeris sudah hampir berpuluh tahun tetapi kenapa kita masih belum mampu bertutur dengan baik bahasa itu, tahu nahunya mahir sarafnya. Kerana kita belum mampu memahaminya secara lebih serius! Bangsa lain mampu menguasai pelbagai bahasa tetapi bangsa kita hanya boleh mengungkapkan perkataan “1 Malaysia” atau “ Janji ditepati” sekadar bahasa itu sahaja. Ini bukan kata perli tetapi ini bicara hakiki dari jiwa yang memerhati!” Tambah beliau lagi.

“Kenapa remaja Islam kita masih lagi melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh NYA. Sedangkan mereka juga bersolat. Kenapa dikatakan solat itu sebagai tiang agama?” Soal saya.

“Sebab dengan solat akan mencengah dari melakukan perbuatan mungkar. Tetapi benarkah?”

“Solat sememangnya mencegah kita dari kemungkaran tetapi bagaimana? Solat merupakan ‘dating kita dengan Allah’. Adakah kita benar-benar memahami maksud setiap bacaan yang kita bacakan dalam solat itu. Bacaan Al-Quran bukan sekadar kita membacanya sahaja tetapi perlu tahu maknanya. Baru akan menimbulkan kegerunan dalam hati kita untuk tidak melakukan maksiat”

“Betul tue. Kita sebenarnya bukan tidak tahu semua ilmu ini tetapi kita malas untuk mengambil tahunya. Ilmu itu boleh diperolehi dengan pelbagai cara, dengan apa? Dengan membaca, berbincang, mengkaji, mendengar majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Kita hendak berubah tetapi kita tidak mampu mengubah diri kita. Kita malas untuk merubah diri dan jiwa kita supaya menjadi yang terbaik. “Tuntutlah ilmu bermula dari buaian hingga ke liang lahat” dan “tuntutlah ilmu sehingga ke seluruh dunia” dan carilah ilmu agama sebanyaknya untuk bekalan kita di sana”. Bicara saya meluah idea.

3 comments:

Munira Yaakop said...

btul2...mmg sokong.2 la slalu sume xtau tp xpnh nk ambk tau n mls nk bljar tuk tau....sapai bila pn kita akn duk thap 2 jer....umm sy pn kdg2 cmni gak he =)

Husairi Hanafi said...

hehehe..moga cik nira dpt menimba secebis ilmu pada entry kali nie ye

ANIA NIQIYSA said...

very impressive entri .keep it up =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...